London – Kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Sanggup memanggang kucing hidup hidup dalam
mikrowave hanya kerana menyerang ikan emasnya.
Laura Cunliffe, 23, mengaku memasukkan kucing berusia empat bulan itu dalam mikrowave selama lima minit.
Kucing betina itu bagaimanapun masih hidup selepas Cunliffe mengeluarkannya dari mikrowave namun kemudiannya mati.
Susulan itu, mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas wanita kejam itu pada 13 Mac ini.
Menurut pendakwaraya, Brian Orsborn, Cunliffe memelihara kucing itu sejak ia berusia beberapa minggu.
“Anak kucing itu berada dalam keadaan
parah selepas Cunliffe mengeluarkannya dari oven. Dia kemudiannya
membawa binatang itu ke rumah saudaranya.
“Anak kucing itu tidak dapat bernafas
dan mati 19 minit kemudian. Cunliffe telah menanamnya dengan bantuan
seorang lelaki,’’ katanya.