Nora Danish: Kami Tidak Seteruk Disangka

Sepanjang menjadi anak seni, cakaplah apa sahaja tohmahan, kata-kata nista, kalau dikumpulkan mahu berguni-guni makian dan cacian yang dah diterima aktres comel ini.

Empunya badan, Nora Danish pun dilihat semakin lali dengan perkara tersebut malah menganggap ianya merupakan asam garam seorang anak seni atau figura awam yang hidupnya senantiasa menjadi titik perhatian orang luar.

Namun, ada ketikanya Nora pun seperti manusia biasa, hatinya bisa menjadi sensitif membaca segala tohmahan yang dilemparkan buat dirinya.

Dan, jika diperhatikan kisah percutiannya bersama teman tapi mesra, Nedim Nazri ke London, baru-baru ini turut menjadi titik perdebatan di kalangan peminat dan hatersnya di Instagram.

Nora Danish- Nedim Tak Suka Pukul Canang

Ditohmah ditaja tiket penerbangan dan duduk sebilik, Nora membidas perkara itu dengan mengatakan, “apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya”.



“Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu!” katanya dipetik menerusi laporan Bi-Pop, hari ini.

Ibu tunggal berusia 32 tahun ini juga menafikan tiket penerbangannya ditaja kerana hasil kerja kerasnya selama ini, dia masih lagi mampu menanggung segala kos perbelanjaan ke negara Eropah itu tanpa melibatkan tajaan mana-mana pihak.

Sabar je la Nora, yang pasti jadikan segala kata-kata negatif itu sebagai penguat anda untuk meneruskan lagi kecemerlangan dalam bidang seni dan biarkan perkara-perkara negatif sebegitu berlalu pergi.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE - mynewshub