Itu kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Nurul Huda, 35, antara ribuan pasangan suami isteri yang rumah tangga mereka runtuh disebabkan campur tangan keluarga, terutama mentua.
Nurul Huda yang bekerja sebagai doktor di sebuah klinik swasta, di sini berkata, dia cukup kecewa kerana selepas menjalin cinta selama tujuh tahun sebelum berkahwin, rumah tangga mereka hanya bertahan kurang setahun.
Menurut Nurul Huda, dia mula menyedari sikap cemburu mentuanya itu selepas dua bulan berkahwin dengan bekas suaminya dikenali sebagai Aziz yang bertugas sebagai jurutera.
Katanya, campur tangan ibu mentua dalam perkahwinannya berlaku buat kali pertama ketika suaminya merancang untuk berbulan madu ke Australia.