Setelah hampir sebulan lebih menjalinkan hubungan Johan nekad memutuskan perhubungannya dengan Lana ekoran perhubungan itu tidak mendapat restu daripada keluarganya. Menurut Johan, dia tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana dan menganggap hubungan itu hanya sekadar kawan biasa.
“Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.
“Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja.
Dalam pada itu juga, Johan turut menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa dirinya mencari publisiti murahan dengan membuat kontroversi sebegitu“Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya,” ujar Johan As’ari.
Laporan Asal ohartis