
Aktres
terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo menjadi mangsa pihak tidak
bertanggungjawab apabila gambar bogelnya telah tersebar meluas di laman
web.
Namun bagi Dian, dia tidak langsung tidak menampakkan
kegusaran atau risau, malah Dian bersikap tenang sahaja menghadapi
kontroversi gambar bogelnya itu.
"Saya tenang saja kerana saya
tahu itu bukan gambar saya. Buat apa saya perlu peningkan kepala untuk
buat laporan polis, ia bukan saya, jadi tenang saja saya." Kata Dian
kepada WowKeren ketika ditemui di Hotel Kempinski, Jakarta Pusat, Khamis
yang lalu.
Gambar yang dikatakan bintang filem "Ada Apa Dengan
Cinta" itu menperlihatkan seorang perempuan mirip Dian berbogel tanpa
seurat benang dengan kedua-dua kakinya menutup payudaranya.
Wajah
wanita dalam gambar tersebut memang sama seperti Dian Sastro, namun ia
jelas kelihatan bahawa gambar tersebut tidak asli dan ia dihasilkan
melalui teknik 'super impose' (pertindihan).
Sebelum ini, ibu kepada Syailendra Sutowo pernah terkena kontroversi gambar bogel palsu beberapa tahun yang lepas.
“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.
Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Khamis lalu, suspek yang juga
rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama
seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini.
Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai
akibat mabuk.
“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.
Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.
“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.
“Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak
menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang,
malam kelmarin.
“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor
berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,”
katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di
sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar
menggunakan objek tajam.
Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul
Majid Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian
itu dan berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini.