KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia
11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik
itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu
berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih
bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila
melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah
nenek mereka di Manir, di sini.
Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior
itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya
menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik
berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di
rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.

Sebaik selesai menonton video lucah
itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video
berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap
mangsa.
Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan dipukau apabila mengikut kehendak suspek.
Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir, katanya.
Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks
sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua
suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.
Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat
lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di
bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam,
dua hari selepas mangsa dirogol.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376
Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman
selama satu hari bermula semalam, katanya