Perbuatan Khianat! (Sungguh Tidak Ada Akal) Al-Quran Dibuang Dalam Tandas.. ASTAGFIRULLAH

Perbuatan Khianat! Al-Quran Dibuang Dalam Tandas

ASTAGFIRULLAH…Perbuatan khianat di masjid Limbungan, Kg Raja Besut.
2
3
Kejadian berlaku jam 1 pagi tadi. Pintu masjid dipecahkan, Al-Quran diselerakkan dan ada yang dibuang di dalam tandas masjid. Tok Imam yang melihat kejadian itu menangis kerana tidak sampai hati melihat Al-Quran diperlakukan sedemikian rupa. Laporan polis juga telah dibuat oleh Adun Kota Putera, YB Mohd Mahdi Musa sebentar tadi. – Terengganu Today

Gempak ! Erra Fazira Dah Ada Orang Lain Plak.. Siapa ?

Erra Fazira Kena Gossip Dengan Tengku Adnan Pulak Dah...
Aktres terkenal tanahair, Erra Fazira menafikan mengenali secara rapat Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Terkejut dengan perkara itu, Erra menyifatkan desas desus yang mengatakan hubungannya dengan Tengku Adnan itu hanya gosip semata-mata, lapor Berita Harian hari ini.
“Tolong jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki hanya kerana dengar gosip. Saya tiada masa untuk berfoya-foya,” katanya seperti dilapor akhbar itu.
Laporan itu juga menyebut, bekas ratu cantik Malaysia menjelaskan beliau tiada masa untuk menjalin hubungan istimewa apatah lagi untuk diri sendiri juga tidak mencukupi.
“Selalunya, Januari atau Febuari adalah masa untuk saya bawa kakitangan bercuti. Namun, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat berbuat demikian.
“Jadi, bila masa untuk saya jalin hubungan, sedangkan untuk diri sendiri pun saya tidak cukup masa?,” kata Erra yang baru bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Febuari lalu.
Laporan itu juga meneyebut sejak bercari, ini kali pertama Erra dikaitkan dengan lelaki lain.
Berita Harian semalam melaporkan Tengku Adnan turut menafikan mempunyai hubungan dengan bintang filem Sembilu itu, bahkan menegaskan dirinya cukup bahagia dengan perkahwinan sekarang.

GEMPAK ! Lelaki Telah Sembelih Abang Ipar Demi Rm1,000..

Sembelih


Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 40-an kini bertarung dengan maut akibat kecederaan parah di leher selepas disembelih adik iparnya hanya kerana gagal menjelaskan hutang tidak sampai RM1,000.
Kejadian berlaku jam 2 pagi semalam di rumah mangsa di Ampang di sini, ketika dia nyenyak tidur di ruang tamu.
Sumber polis berkata, suspek dipercayai membuat kunci pendua rumah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian untuk memudahkannya masuk melalui pintu utama.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai penjual roti canai dikatakan berhutang tak sampai RM1,000 dengan adik iparnya itu sejak beberapa bulan lalu.
“Suspek dilaporkan tinggal berasingan dengan mangsa, tetapi dikatakan sering datang ke rumah abang iparnya itu,” katanya. – myMetro Online