Salji Pertama Turun Di Malaysia!! - Berita Terhangat Di Malaysia

Ramai yang berkata perkara yang sama - cuaca sekarang sangat sejuk! Memang betul suhu sekarang lebih sejuk berbanding dulu. Saya yang dah terbiasa bangun awal pagi dan bila bangun pagi suka duduk di luar rumah beberapa minit, dapat merasakan perbezaan itu. Dengan suhu dingin dan bayu bertiup agak deras...subhanallah...dunia terasa begitu nyaman dan indah..

salji.jpg (1280×1024)

Anak Saya sampai mengadu di sekolahnya cuaca terlalu sejuk di waktu pagi hingga pelajar-pelajar terpaksa menutup kipas siling dalam bilik darjah, itu pun tak berjaya mengusir rasa sejuk yang menggigit kulit.

Mana tak sejuknya kerana mengikut sumber dari Jabatan Meteorologi Kelantan/Terengganu,  Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah celsius semalam - rekod terendah suhu di Pantai Timur.  Suhu di sekitar Besut pula turun kepada 19 darjah celsius pagi semalam - rekod suhu terendah di daerah itu.

Suhu 17 darjah celsius memang rendah, ia sama dengan suhu aircon   yang biasa dipasang di pejabat dan di rumah. Patutlah kebanyakan orang Kuala Kerai sekarang terpaksa memakai baju sejuk (termasuk murid-murid dan guru-guru sekolah), mandi air panas dan malam terpaksa memakai selimut tebal seperti yang dilapor dalam akhbar, kerana suhunya sangat sejuk.

Mengikut Jabatan Meteorologi kesejukan melampau itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.

Tapi mungkinkah keadaan sebegini akan menyebabkan salji turun di Malaysia seperti  yang berlaku di Vietnam dan Laos baru-baru ini? (Dua hari lepas ada video mengenai salji turun di Indonesia yang rupanya cuma berita gempaq dan tipu!).

Kalau salji turun di Malaysia, Saya berharap salji pertama akan turun di Alor Setar kerana jarak antara negeri-negeri Utara dan Pantai Timur Semenanjung  dengan Vietnam cuma antara 800 km - 1,000 km saja!

Tapi mengikut sumber Jabatan Meteorologi salji tak mungkin  turun di Malaysia, kerana negara ini terlatak di garisan Khatulistiwa. Vietnam dan Laos yang terletak di selatan China kalau salji turun memang ada logiknya.

Apa pun, suhu terendah yang berlaku di banyak tempat di Malaysia patut kita jadikan iktibar tentang kekuasaan dan kebesaran Allah. Jika Dia mahu menurunkan salji di Malaysia, tiada siapa termasuk Jabatan Meteorologi dapat menghalangnya. Jika dulu Jabatan Meteorologi tak pernah meramalkan gempabumi akan menimpa Malaysia, kini kita sudah merasai tempiasnya. Begitu juga tsunami yang dulu cuma berlaku di Jepun, siapa menjangkakannya ia akan melanda Malaysia pada 2004 hingga menyebabkan lebih 70 orang meninggal dan lebih 400 cedera?

Siapa Sebenarnya Syasya Solero? - macam cantik je, macam comel je...

Pernah tengok kan video seorang perempuan yang menonjolkan diri di keek masa dahulu sambil berkata macam cantik je, macam cantik je, macam comel je. 

Dialah sebenarnya Syasha Solero yang semakin popular dengan video tersebut.























Syasya Solero

Please Stop Making people famous

Sejujurnya bila tengok video macam cantik je dah buat  rasa nak pening-pening muntah. Dah tak ada kerja lain nak buat.

Ramai orang cuba memparodykan apa yang telah dilakukan oleh syasya Solero. Ada yang memerli dan tak kurang juga memberi nasihat agar tidak membuat video yang membuang masa.

Kemudian bila dah popular dengan perbuatan tersebut,

Ada pula artis-artis yang cuba membuat lagu macam cantik je. Antaranya ialah Amar, Band M-pop dan yang terbaru Erry putra. 

hahaha..

Rasa si syasya tak layak popular di mana-mana pun. haha, jahat giler punya statement. Sebab perangainya kat video memang betul-betul annoying.

Tak nampak bakat pada si syasya inikan lagi pada bobo lagi takde! dengan tarian paling merapu. 

Tapi itu rezeki masing-masing nak buat macam mana. 

Syasya Vs Bobo.

Tuan Guru Dato Hj Harun Taib meninggal dunia - Al Fatihah


PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah malam Jumaat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Berita mengenai kematian tersebut disahkan Pegawai Tadbir Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hassan.

"Allahyarham uzur dan tidak sedarkan diri sejak malam semalam (Khamis)," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham akan disolatkan pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

"Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik, Manir Kuala Terengganu," katanya.

Harun Taib
Benarlah hadith dibawah, di akhir zaman Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama. Apabila alim ulama sudah tiada, maka orang ramai memilih orang-orang jahil di dalam Pas. Pemimpin yang jahil tadi akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan yang menyebabkan mereka sesat dan menyesatkan.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." 
H.R. Muslim

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pernah berkata, keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald  mesti disokong umat Islam.

Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik, kata beliau .

Perkara ini bertentangan dengan pemimpin Pas seperti Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad.
 
 
Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa menyelar ketegasan JAIS merampas Bible sebagai perbuatan yang akan memburukkan sifat rahmat Islam kepada semua penganut agama.

Bukan sekali, tetapi dua hari berturut-turut Mujahid 'menyerang' JAIS seolah-olah memperlihat beliau mahu melepaskan geram di mana dalam kenyataannya sebelum itu, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan pendekatan kasar digunakan ke atas masyarakat Kristian.

Mujahid pernah dipetik sebagai berkata: "Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya. Kali ini, apa pula tuduhan mereka terhadap Kristian? JAIS patut malu."

Allahyarham Tuan Guru Harun Taib sebelum ini lantang memperbetulkan Pas yang dilihat sudah hilang arah tuju, antaranya:

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

 4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

 9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” - kl express

Laporan Asal celahgelegar