Romantiknya Mereka? Artis Paling Romantik 2013



Romantik sungguh aksi Lisa Surihani ketika tidur sambil dipeluk oleh Yusry KRU di atas kusyen kerana terlalu kenyang makan lemang, ketupat dan rendang di Hari Raya.

Berpakaian serba biru, kedua-dua selebriti ini tertidur dengan lena sekali sehingga tidak menyedari gambar mereka dalam aksi sedemikian telah diambil secara senyap-senyap oleh seorang jurukamera.

Nampaknya, keserasian antara Lisa dan Yusry begitu terserlah di Hari Raya ini. Lagipun, Lisa mempunyai sikap yang suka merendah diri, bertolak-ansur dan memahami diri suami. Bertuah Yusry kan, tak gitu?

Apa yang lebih menarik tentang sekeping gambar ini ialah komen dan like yang diterima di laman facebook sebaik sahaja dimuatnaik oleh blogger Rotikaya.

Hanya dalam tempoh tiga jam, gambar berkenaan telah mendapat 2,298 likes dan 58 comments. Rata-rata komen yang diterima adalah berbentuk pujian.

Justin Bieber Bakal Dipenjarakan?



Seperti yang semua tahu, nama Justin Bieber memang sukar dipisahkan dengan kontroversi dan isu-isu panas sejak dari awal kemunculannya dalam industri hiburan Hollywood.

Terbaru, sebuah portal melaporkan bekas teman lelaki Selena Gomez ini bakal berdepan hukuman penjara jika dia menjejakkan kaki ke Brazil pada masa akan datang.



Larangan itu dibuat selepas Bieber dikatakan telah menconteng dinding bangunan sebuah hotel dengan lukisan grafiti pada bulan April yang lepas.

Menurut laporan tersebut, Bieber dikatakan melukis beberapa gambar dan menulis perkataan seperti ‘Beliebers 4 life’ dan ‘respect privacy’ pada dinding berkenaan.

Malangnya, pihak polis Brazil yang pergi ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan tidak menemui Bieber kerana penyanyi itu telah meninggalkan Brazil.

Selain daripada itu, Bieber yang ditemani oleh pengawal peribadi dan kawan-kawannya turut bertindak mencederakan jurugambar-jurugambar tempatan yang cuba merakam aksinya.

Untuk pengetahuan anda, lukisan grafiti dianggap sebagai satu tindakan vandalisme di negara tersebut dan pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara antara tiga bulan hingga setahun lamanya.

Punca Anak Ketua Polis Negara Maut?



Punca Anak Ketua Polis Negara Maut jatuh longkang - Anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar meninggal dunia secara mengejut awal pagi Selasa selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam.

Kejadian ngeri itu hanya disedari selepas pihak polis berjaya menemui mayat Ahmad Jamal Omar Hanif, 40, kira-kira jam 6.30 pagi sedang terdampar di dalam longkang dalam keadaan menyayat hati.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam DSP Muhammad Idzam Jaafar berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun, itu hanya andaian awal kerana pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan susulan.