
Video ini baru sahaja dimuat hari ini tetapi sudah mencapai hampir 1 juta tontonan.
Bendanya bukan apa pun, seorang penari jalanan wanita terkencing di atas badan seorang lelaki yang menari bersamanya sambil berbaring di atas lantai.
Habis gelabah lelaki itu melarikan diri sambil marah.
Namun, adakah mungkin semua itu telah dirancang?
DI SEBALIK raut wajahnya yang tenang bagaikan seorang lelaki yang tinggi ilmu agama, siapa sangka dia sebenarnya bijak memperdayakan wanita demi memenuhi kepuasan seksualnya sendiri.
Dengan bermodalkan nama pengamal perubatan Islam yang mampu mengubati pelbagai penyakit, Halim, 60, meniduri pesakit-pesakit wanitanya dengan menggunakan sihir pengasih.
Menurut salah seorang mangsa, Maria, 44, Halim yang lebih dikenali dengan panggilan Aji dalam kalangan pesakitnya itu dipercayai membacakan jampi sihir ke atas pesakit wanita ketika dia mengurut ataupun memandikan mereka.
"Kejadian ini bermula apabila saya pergi berubat dengan Aji kerana saya menghidap sakit dada setelah dicadangkan oleh suami yang sememangnya mengenali bomoh tersebut".
"Bagaimanapun, pada keesokan harinya, saya secara tiba-tiba sering teringatkan wajah dan terbayangkan diri Aji", katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Gila bayang
SAYA berumur 27 tahun dan baru rujuk dengan suami, baru-baru ini. Kami tidak mempunyai anak dan bercerai sebulan lalu kerana sikap suami yang kasar dan panas baran.
Pada masa sama, suami tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya, tetapi akan mengungkit apabila saya melakukan kesilapan walaupun kecil.
Disebabkan hal itu, kami sentiasa bergaduh dan hubungan kami mulai renggang dan akhirnya dia menghalau saya keluar dari rumah dan melafazkan cerai.
Sebelum berpisah, suami bekerja tidak tentu masa dan saya selalu ditinggalkan sendirian di rumah. Dia juga suka memaki hamun apabila saya lambat melakukan kerja rumah.
Bukan saya sengaja, tetapi saya juga bekerja. Dia terlalu inginkan kesempurnaan sehingga menuduh perkara yang tidak pernah saya lakukan.
Saya sakit hati dan setiap malam melayari laman web sosial sehingga berjumpa semula bekas kekasih.