Ajal Di Saat - Mati Ketika Sedang Buat Projek




Info sebagai peringatan dan pengajaran.Disebabkan Terlalu asyik projek kat tepi tingkap Condo last2 dua2 terjatuh dan mati on da spot....Kat China....
Macam tak leh projek kat tempat lain nak gak tepi tingkap. Kan tuhan bayar cash dah la mati pastu memalukan plak tu dalam keaadaan bogel..Kucinghitam minta simpang la ngeri...

WUHAN (China) – Sepasang kekasih ditemui mati dalam keadaan bogel setelah dikatakan terjatuh daripada pangsapuri rumah mereka kerana terlalu asyik berasmara di sini baru-baru ini.
Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sedang ‘bergurau-senda’ di tepi tingkap rumah mereka sebelum si wanita gagal mengimbangi badannya.

Pihak polis percaya, berdasarkan siasatan awal, tingkap rumah berkenaan didapati rosak dan ia mungkin ‘menyumbang’ kepada kejadian ngeri tersebut.
Kedua-dua mayat mengalami keceraan parah di bahagian kepala dan seluruh badan.
Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca SEBENAR kejadian sama ada disebabkan mereka terlalu asyik mengadakan hubungan seks di tepi tingkap ataupun disebabkan ada unsur-unsur jenayah yang lain.
Yang pasti menurut penduduk setempat, cuaca panas di daerah itu sejak akhir-akhir ini MUNGKIN menjadi penyebab mengapa pasangan itu memilih tingkap sebagai tempat melampiaskan keinginan batiniah mereka.
Macam-macamlah

Cukup Panas - Seorang Wanita Bergelar Ustazah Sanggup Berkedudukan Bersama Teman Lelaki



gambar hiasan
Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi

Nafsu - Adik Angkat Ajak Isteri Orang Tidur Sekali

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu pentadbiran dan jualan dari Taman Seri Orkid, di sini tidak menyangka hubungan atas kakak dan adik angkat bertukar menjadi siri gangguan seksual dan ugutan dari bekas rakan sekolej.

Mangsa, Chan Yee Fong, 28, berkata, dia dan rakannya yang dikenali sebagai Jameson, 27, terputus hubungan sejak berkahwin pada 2007 namun tiba-tiba diganggu oleh rakannya itu sejak 24 September lalu.

“Saya kenali Jameson pada 2006 ketika kami sama-sama belajar di kolej dan hubungan kami ibarat adik-beradik malah dia turut memanggil saya sebagai kakak.

“Namun selepas berkahwin saya mula menjauhkan diri kerana ingin menumpukan perhatian terhadap keluarga selain kurang senang dengan sikap dia yang ketagihan dadah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Ibu kepada tiga anak itu mendakwa menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor tidak dikenali yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan intim sebaik sahaja Jameson mula menghubunginya.

“Penghantar sms itu menggesa saya untuk tidur dengannya di sebuah hotel dan akan memberikan wang RM500. Jika permintaan itu tak dipenuhi keluarga saya akan diancam.

“Saya mengesyaki Jameson mempunyai kaitan dalam perkara ini kerana mula menerima SMS gangguan sebaik sahaja dihubungi Jameson dan dia juga seolah-olah mengelak apabila saya menghubunginya,” katanya.

Yee Fong berkata, dia sekali lagi dihubungi oleh Jameson pada 25 September dan memberitahu bahawa telefon bimbitnya telah hilang dan mendakwa nombor telefonnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Ketika saya dan suami bertemu Jameson, dia memberitahu tidak mempunyai kaitan dengan gangguan seksual berkenaan kerana telefon bimbitnya hilang dan mungkin disalah guna individu lain.

“Jadi saya nasihatkan dia agar buat laporan polis namun Jameson enggan sebaliknya mengugut akan diancam oleh rakan-rakannya jika saya membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, dia yang bimbang dengan situasi itu segera membuat laporan polis demi keselamatan keluarganya dan berharap gangguan berkenaan tidak berterusan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Tan Ba Ba berkata, pihaknya akan mengikuti perkembangan kes berkenaan dan menggesa individu terbabit agar menghentikan gangguan.

“Kita akan mengambil tindakan lebih tegas sekiranya individu itu masih mengganggu mangsa,” katanya.