Penyanyi Antarabangsa - Mary J Blige Kongsi Kesedihan Insiden MH370

mary

Selain selebriti tempatan yang turut menzahirkan perasaan sedih mereka berhubung insiden pesawat MH370 di laman sosial masing-masing, penyanyi antarabangsa, Mary J Blige juga turut tidak terkecuali meluahkan perasaan sedihnya di atas kehilangan MH370 yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu.

Mary turut sama mengajak pengikut di laman Twitter dan Instagramnya bersama-sama mendoakan kesejahteraan MH370.
Penyanyi yang popular dengan lagu Family Affairs dan No More Drama itu menulis, “this is really sad. Please send prayers to those on Flight MH370 and their families”.
mary
Misteri kehilangan MH370 terus menjadi liputan utama media tempatan dan antarabangsa apabila ianya melibatkan sebanyak 239 nyawa yang sehingga kini masih tidak diketahui status mereka.
Daripada 227 penumpang, 152 daripadanya adalah dari negara China termasuk seorang bayi dan 38 rakyat Malaysia.
Selain itu terdapat rakyat dari 12 negara lain yang turut sama menaiki penerbangan itu antaranya, Australia, Kanada, Perancis, Ukraine, Rusia, New Zealand, Amerika Syarikat, Taiwan, Belanda, Austria, Indonesia dan India.
Oleh: AUDREY LEE

Gambar-Gambar Hot Hanez Suraya Bersosial Sakan..

Tak kenal Hanez Suraya? Mungkin gambar Hanez Suraya bersosial sebelum ini mampu membuatkan anda teringat dengan pelakon suam-suam kuku ini.



Dan gambar Hanez Suraya kali ini menunjukkan yang dia sangat-sangat mementingkan stamina. Terpampang jelas kepenatan di wajah Hanez Suraya akibat beriadah terlalu lama sehingga larut malam.












VIDEO: Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS Kongsi Pengalaman Bersama Kapten Zaharie

MHI

Jika semalam, Buletin Utama TV3 menjemput Bekas Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid untuk membicarakan secara lebih lanjut mengenai misteri kehilangan pesawat MH370, hari ini sekali lagi beliau dijemput menjadi panel dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang dikendalikan oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Saiful Nizam Ismail.
Menerusi video berdurasi 38 minit dapat dilihat Kapten Norudin berkongsi cerita dan pengalamannya sepanjang mengenali Kapten Zaharie Ahmad Shah yang merupakan juruterbang bertanggungjawab menggemudi pesawat MH370 di samping pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
Menurutnya, sepanjang mengenali Zaharie, beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi dalam tugasnya.
Selain itu, Zaharie juga disifatkan Kapten Norudin sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang penerbangan serta mempunyai pengetahuan yang luar biasa dalam bidang yang diminatinya itu.
Dalam pada itu, Kapten Norudin turut berkongsi pendapatnya berhubung misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini masih lagi tidak berjaya ditemui oleh pihak mencari dan menyelamat yang telah dikerahkan sejak hari pertama pesawat itu hilang Sabtu lalu.
Kapten Norudin juga mengatakan segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT, walau secanggih mana pun sesuatu teknologi itu, tidak ada kuasa lain yang mampu mengatasi kuasa Allah Maha Besar.
Saksikan video penuh wawancara tersebut yang diserta di bawah ini: