HA, jangan ingat Chef Wan hanya tahu komen mengenai makanan sahaja ya!
Ternyata dia juga mengikuti perkembangan kes pelakon Hanez Suraya.
Kami kongsikan komennya menerusi akaun Instagramnya hari ini:
“Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini.
Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian
isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak
kali and i loved the honesty of his wive. Mana yg suka berfoya foya lagi
tu tak usah la berumah Tangga lagi.
Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si
Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak
dalik macam main Drama minggu ini jugak for what? These is the sad world
today where there is no respect for others..
Many times i come across so many of my close friends going to
the same shit over and over again.Tambahan Anak2 muda sekarang pantang
ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup
senang.I am always a shoulder for them to cry on and share their
problems. My advice is always the same…Cerai kan and Move on as no one
deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst
physically abused.
I also have noticed that what goes around will come back in
this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn
betina2 yg tak senonoh juga.Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu
macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end
will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg
have to suffer.”
Fuh, memang pedas kata-kata Chef Wan umpama masak lemak cili api!
Apa pun, mungkin ramai para pembaca di luar sana mengakui kebenaran di sebalik kata-katanya itu, betul tak?
Oleh: ELZA
(Kredit: Instagram Chef Wan)
STOCKHOLM – Ibu kepada kanak-kanak Malaysia yang dibicarakan di
Sweden kerana memukul anak-anaknya, membuka aib keluarga di mahkamah
kerana anak-anaknya bukan sahaja mempunyai kapasiti untuk berbohong
tetapi memang berniat untuk berbuat demikian.
Shalwati Nurshal menafikan semua pertuduhan yang dikenakan
terhadapnya dengan berkata semua insiden yang dibangkitkan oleh
anak-anaknya semasa temu bual bersama polis adalah disebabkan
kekeliruan, sikap keterlaluan dalam beberapa kes dan pembohongan secara
terang-terangan.
Ketika ditanya peguam Johan Kallus, yang mewakili kanak-kanak
tersebut, sekiranya semua insiden tersebut adalah bohong, Shalwati
mengakui hujah-hujah itu adalah berdasarkan kisah benar tetapi
anak-anaknya memperbesarkan cerita dengan menggunakan perkataan
keganasan.
Sweden telah mengharamkan hukuman pukul terhadap kanak-kanak sejak
1979 dan ini bermakna Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin
berdepan sehingga enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul
anak-anak mereka.
Shalwati mendedahkan anak keduanya, Ammar, merupakan seorang yang
sukakan perhatian dan kecewa kerana rakan-rakannya disekolah cenderung
untuk meminggirkannya.
“Ammar tidak matang, dia fikir boleh jadi popular, terkenal, jika dia memberitahu rakan-rakannya dia dipukul di rumah.
“Apa lagi yang anda perlukan,” kata Shalwati, sambil menitiskan air matanya.
Ibu kepada empat orang anak itu turut mengulas bagaimana anak
bongsunya, Ariff, tidak menyebut perkataan dipukul ketika sesi temu bual
pertama dengan polis tetapi mengubah ceritanya dalam satu temu bual
beberapa minggu kemudian.
“Dia mengagumi Ammar dan dipengaruhi oleh abang-abangnya. Lakaran
rotan yang dilukisnya untuk polis adalah sesuatu yang sempurna, yang
digunakan untuk memukul belakang Ammar ketika di Afrika Selatan,” kata
Shalwati.
Peguam Shalwati, Kristofer Stahre bertanya jika anak sulungnya,
Aishah mempunyai kapasiti untuk berbohong, memperlihatkan keluhan
panjang daripada wanita itu.
Shalwati berkata Aishah mempunyai kecenderungan untuk berbohong bagi
menutup perkara yang memalukannya sama seperti bagaimana Aishah
berbohong mengenai tindakan dia mencuri coklat ketika dia cuba berdiet,
dua tahun lalu.
Mengenai anak ketiganya, Adam, Shalwati berkata, dia mempunyai
kecenderungan untuk menjadi keliru apabila disoal kerana dia mempunyai
masalah pemahaman.
“Dalam temu bual itu, dia kelihatan keliru, dia tidak boleh mengingat
tarikh dan menyebabkan pegawai-pegawai itu salah faham. Ia amat
menyedihkan sebenarnya,” kata Shalwati.
Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa diatas kesalahan
pelanggaran hak integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera mereka.
Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa berlaku di rumah keluarganya di
SpÄnga, pinggir bandar Stockholm, antara 15 September 2010 dan 17
Disember 2013.
Perbicaraan disambung pada 10 Mac ini.