Manusia sekarang bila berdepan dengan laman sosial macam FB/twitter atau
sebagainya macam dah takde privacy & malu dalam hidup depa. Kalau
boleh semua nak tayang.. semua nak cerita.. Kalau boleh tu setiap inci
apa yang ada kat badan atau ada dalam rumah atau ada dalam hidup dorang
semua nak tayang. Macam tu la yang terjadi pada budak2 bakal nurse ni.
Tahulah kau bakal nurse jadi kau akan belajar & tengok semua tu. Tapi perlu ke sampai kau upload gambar macam ni.


Sumber FB
Yang
pelik ada pulak yang backing.. tapi masalahnya lecturer kau bagi markah
kat korang berdasarkan jumlah LIKE @ Share kat FB ke sampai kena upload
tunjuk kat orang dengan aksi tak berapa ada kemaluan sambil memegang
kemaluan patung lelaki itu?? Perlu ke kau ambil gambar & upload kat
FB untuk lulus exam? Kalau betul.. memang dahsyat la sebab markah
berdasarkan jumlah LIKE & Share FB.
Cuba2 la buat sempadan
sikit kat FB tu. Dan cuba2 la ada rasa malu sebagai seorang manusia
lebih2 lagi korang tu perempuan. Mak bapak angpa tengok pun tutup mata
dek non Ooi.. tolong malu dengan perangai anak2 depa. Cheq pun termalu
jugak bila tengok tapi harus la berucap sepatah dua kata sebagai teguran
& peringatan untuk orang lain & juga diri sendiri.
Moral
of the story.. kadang2 kita je rasa benda tu kelakar tapi ramai orang
rasa benda tu sangat mengaibkan & memalukan. Jadi jangan memalukan
diri sendiri dengan buat kelakar yang tak kelakar macam ni.
1 in 3 women face urinary incontinence after giving birth. You can avoid this. Click here to find out more.
ADUHAI, tak tahulah apa masalah sebenar Sharol Shiro dan Jep Sepahtu sehingga berlakunya ‘perang dingin’ antara mereka.
Khabarnya, persahabatan yang terbina sejak ujibakat Raja Lawak musim
ketiga itu mula berantakan sejak kedua-duanya menyertai Maharaja Lawak
Mega (MLM) tahun lalu sehingga Jep enggan berjumpa Sharol.
“Sebenarnya isu saya dengan Jep
bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar besarkan oleh
sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami
jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.
“Bagaimanapun penyertaan dalam MLM mengubah segala-galanya.
Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu
cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM saya lebih suka duduk
diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap
minggu.
“Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari situlah tercetus
isu perang dingin. Segelintir peminat turut terpengaruh. Apa pun saya
taknak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,” ujar Sharol memetik Harian Metro.
“Buat masa ini Jep memang enggan jumpa saya, tapi saya akan
tetap berusaha untuk bertemunya. Di pihak saya memang bersedia kalau ada
salah. Bayangkan saya kenal dia sejak uji bakat RL3 dan sayangkan
hubungan ini.
“Kami sama-sama cuba nasib tapi saya gagal. Apabila Sepah
bertanding, saya adalah penyokong kuat mereka. Jadi saya memang
mengharapkan segala-galanya pulih seperti sediakala dan berharap Jep
positif untuk menyelesaikan perbalahan ini,” tambahnya lagi.
Aduh, sudah-sudahlah bergaduh tu. Industri kita ini bukan besar mana pun kalau hendak bermasam muka.
Toleh-toleh, muka yang sama juga yang dilihat nanti…
Oleh: ELZA