Panas!!! Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen & Al-Quran

Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen




Tindakan pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23 tahun, yang mahu memulangkan semula wang syiling 5 sen berjumlah RM11,500 kepada Erma Fatima membuatkan pengarah itu menyindir pelakon tersebut di laman Instagram miliknya.

Erma Fatima diarahkan untuk membayar saman kepada Rebecca Nur Al Islam. Siapa sangka saman yang bernilai RM11,200 dibayar dalam bentuk duit syiling 5 sen.


Erma Fatima dalam beberapa kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial tersebut berkata, tidak baik bagi Rabecca untuk tidak menerima wang syiling berkenaan dan senaskhah Al-Quran yang diberikan kepadanya.“Peguam saya terima wang dan sebuah kotak yang saya percayai mempunyai al-Quran pada jam 4 petang semalam, namun dia terpaksa menolaknya atas sebab undang-undang. Menurutnya, wang syiling hanya boleh dibayar tidak lebih daripada RM30 dan selebihnya dalam bentuk wang kertas atau cek. Selain itu, hadiah dan al-Quran yang diberikan juga tidak termasuk dalam syarat tuntutan bayaran, jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerima pemberian itu dan ianya salah dari segi undang-undang,” kata Rabecca Nur Al Islam kepada Murai.

Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen, instagram erma fatima

"Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca"- Erma Fatimamelalui Instagramnya.

Selain wang syiling dan Al-Quran yang dihantar ke pejabat peguam Rabecca, Erma Fatima turut menyelitkan sekeping kad dengan kata-kata agar Rabecca Nur Al Islamterus tidak berbohong.
Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen, isi kandungan surat erma fatima untuk rabecca

Rabecca Nur Al Islam telah menerima wang tuntutannya daripada Erma Fatima sebanyakRM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen selepas memenangi kes tuntutan terhadap pengarah drama itu pada 8 November lalu. Erma Fatima selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40% sehingga menyebabkan Rabecca Nur Al Islam memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai 2013.

Sumber: BNara & Mstar

2 Gambar Gadis-Gadis Comel ini Menjadi Popular Kat FB Sepanjang Musim Banjir 2013



Dua gambar ini menjadikan gadis-gadis ini yang paling popular gambar mereka di share di facebook sempena musim banjir tahun 2013. Gambar-gambar ini dishare tidak putus-putus selama empat hari sepanjang musim banjir ini. Setiap hari ada sahaja yang akan mengkongsikan gambar-gambar ini. Kenapa? inilah kita semua sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan..mungkin mereka tak sengaja atau disengajakan dengan mendedahkan aurat mereka.. kata pepatah moden jangan tersalah upload kat fb dan dah terkonee tu.. tak pasal-pasal jadi isu kat fb sekarang.


Terkini: Rosmah dapat ‘lesen besar’ untuk terus menggunakan jet kerajaan



Satu-satunya perkara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno petang tadi ialah puji-pujiannya atas jasa dan sumbangan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kepada negara. Pujian kepada isterinya sendiri yang dilakukan di pentas Umno ini dengan sendirinya menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian.

Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.

Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam kerana “networking” yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapal terbang Jumbo dengan percuma.
Dengan puji-pujian yang membuatkan Rosmah kelihatan tersipu-sipu malu di tempat duduk VVIP, Najib bergurau lagi, “agaknya malam ini dapat bayaranlah”, lantas membuatkan Rosmah sekali lagi tersipu-sipu.

Najib juga mengakui bahawa beliaulah yang meminta isterinya melakukan kerja itu. Tidak dapat dipastikan kenapakah Najib meminta isterinya melakukan kerja tersebut sedangkan sepatutnya beliau menggunakan saluran rasmi kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Apakah ini menandakan beliau tidak meyakini Anifah Aman untuk melakukan tanggungjawab itu dan lebih mempercayai kemampuan isterinya? Atau apakah ini mengesahkan lagi tanggapan umum sebagaimana tulisan Kadir Jasin yang berbunyi, “…jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti ‘warlods’ dan parti laki-bini.”
Tindakan Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung Umno ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini.
Ia sekurang-kurangnya untuk meyakinkan perwakilan Umno bahawa di sebalik pelbagai dakwaan tentang pembaziran, pemborosan dan kehidupan mewah yang dijalani oleh isterinya, beliau juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.

Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya itu. Dan seperti biasa, perwakilan Umno memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang dimainkannya itu.
Dengan tepukan gemuruh itu yang boleh dianggap sebagai “endorsment” terhadap kerja yang dilakukan oleh Rosmah, sama ada atas permintaan suaminya atau kehendaknya sendiri, isteri Perdana Menteri itu dipercayai akan terus aktif lagi selepas ini, walaupun serentak dengan keaktifannya, mungkin makin banyak pula kecaman dan serangan terhadapnya. Yang lebih penting lagi, dengan pujian Najib terhadap isterinya dan perwakilan Umno pula memberikan tepukan gemuruh, ia seolah-olah “lesen besar” untuk isteri Perdana Menteri itu terus menggunakan jet eksekutif kerajaan dan pelbagai kemudahan-kemudahan lainnya selepas ini, bahkan mungkin dengan skala yang lebih besar lagi.
Tahniahlah kepada perwakilan Umno yang menganugerahkan ” lesen besar” itu.

Sumber:suarainsan