VIDEO: Kisah Bekas Penyanyi Sasar Kumpul Aset Syarikatnya Sehingga RM1 Bilion!

Bekas Penyanyi Sasar Kumpul Aset Syarikatnya Sehingga RM1 Bilion!
Sani United Bhd, menyasar mengumpul aset keseluruhan kumpulan bernilai RM1 bilion dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Sani Salleh, berkata syarikat yang kini memiliki aset keseluruhan bernilai RM300 juta optimis mencapai sasaran itu bersandarkan keupayaan syarikat mempelbagaikan cabang perniagaan termasuk yang terbaru iaitu perkhidmatan perkapalan.
Beliau berkata, langkah syarikat memperluaskan portfolio perniagaan, selain turut mengembangkan operasinya sebagai syarikat Bumiputera jelas menunjukkan ia serius untuk menambah pendapatan.
Katanya, antara yang bakal menyokong sasaran syarikat, termasuk peluasan perkhidmatan sektor perhotelan menerusi rancangan mewujudkan tiga rangkaian hotel Sani masing-masing di Kelantan, Terengganu dan Melaka dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Banyak elemen yang akan memacu sasaran kami termasuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan bas ekspres, menambah cawangan hotel serta memperluaskan perkhidmatan untuk sektor minyak dan gas (O&G),” katanya selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) pembelian kapal bersama Strategic Marine Pte Ltd di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Eksekutif Kumpulan Sani United, Yusri Romli dan Pengarah Eksekutif Strategic Marine, Ron F Anderson, turut hadir.
Untuk rekod, Sani adalah bekas model pelakon dan penyanyi kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff pada lewat 90an.
Impression_Jatuh_Hati
Antara aset yang dimiliki Sani United ketika ini menerusi sembilan anak syarikatnya termasuk 35 unit bas dua tingkat dalam Sani Express Sdn Bhd, sebuah hotel di Kuala Lumpur (Sani Hotel Sdn Bhd), kelengkapan perkhidmatan servis kenderaan berteknologi tinggi (Sani Engeneering Sdn Bhd) dan 10 unit kapal yang baru dibeli daripada Strategic Marine.
Sani berkata, syarikat turut menetapkan sasaran untuk mencapai pendapatan terkumpul RM100 juta dalam tempoh tiga tahun lagi.
“Tahun lalu, pendapatan terkumpul Sani United direkodkan melebihi RM50 juta dengan Sani Express menyumbang lebih 60 peratus kepada perolehan syarikat, diikuti Sani Hotel (30 peratus) dan bakinya daripada anak syarikat lain,” katanya.
Untitled_HDR2
Ketika berkongsi pengalamannya, Sani berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang biarpun memiliki impian menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi.
Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun lalu.
”Saya sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri sendiri, tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas desakan diri sendiri.
”Saya akui mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai mencari peluang dan peluang yang ada saya gunakan sebaik mungkin, kalau tidak sampai bila pun kita tidak mampu mendapatkannya lagi,” katanya.
5070307318_bcab08bc49_b
Katanya, pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong dirinya sendiri untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti.
Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi.
Ditanya mengapa industri pengangkutan menjadi pertaruhannya, Wan Mohammad Sani berkata, tiada sebab lain kecuali sektor tersebut begitu mencabar sehingga memerlukan semangat yang kuat kerana ia bukan mudah, selain risiko juga cukup banyak.
Namun, beliau tidak menafikan kesukaran yang dilaluinya berbaloi apabila Sani Ekspres kini adalah peneraju dalam pengangkutan ekspres di Malaysia.
“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.
Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.
Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
saniwisma
Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.
“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata, biarpun SUSB adalah miliknya, tetapi dia masih bekerja seperti makan gaji untuk memastikan syarikat itu menjadi sebuah syarikat pengangkutan terbesar akan tercapai suatu hari nanti.
”Saya sedar impian ini sukar dan saya tidak ada jalan lain kecuali berusaha, berusaha dan berusaha,” ujarnya.