Gempar!!! Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tangkap Buaya 15 Kaki Panjang (3 Gambar)

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din bersama ahli-ahli darusyifa brunei berjaya menangkap buaya 15 kaki panjang di Lagoon Kg Pandan Kuala Belait.








Remaja Melayu Kini Semakin Parah dan Melampau

Rasa sedih ada, nak marah pun ada malah lagi banyak bila tengok cara budak-budak sekarang yang makin menipis rasa malu.
Jika sebelum ini ada video remaja baru nak akil baligh dah pandai luahkan sayang melangit pada kekasih, sejak akhir-akhir ini makin ramai pula menggunakan gambar untuk berkongsi perkara serupa.
Yang tak tahan tu, paparkan gambar mencium kekasih lepas itu siap minta didoakan semoga hubungan mereka kekal.

Apa kejadahnya campur adukkan doa dengan perkara maksiat dik? Mustahil asas agama pun tak tahu, kan.

Yang ini pula, gambar tengah ‘comolot’ baik punya pun nak dimuatnaik di Facebook. Apa agaknya yang ada dalam fikiran saat mereka menekan butang share ye?
Mungkin mereka rasa perbuatan ini sesuatu yang urban lagi hip untuk dipertontonkan agaknya.
Mungkinkah mereka lupa, kalau pun mereka tidak ada rasa malu tapi keluarga terutama ibu bapa pasti ada perasaan begitu jika melihat anak yang baru setahun jagung sudah ‘advance’ sampai begini rupa di belakang mereka.


Silap-silap yang sedap anak yang tak tahu malu ini tapi yang bakal dipersalahkan sah-sah ibu bapa padahal depan mereka si anak mungkin pijak semut pun tak mati.

Di bawah ini pula, tersilap menimbang perkara yang betul dan salah. Memanglah gambar yang dimuatnaik bukan gambar dengan bukan muhrim tapi sedar tak sedar, apa dilakukannya menghampiri dosa yang lebih besar.


Kononnya daripada dicium lelaki lebih baik berciuman dengan sesama jenis.

Kesimpulannya tak kisahlah bagaimana posisi mahu pun alasan gambar dimuatnaik, budak-budak zaman sekarang nampaknya makin nipis akhlak, iman dan malu.
Bayangkan yang anda tonton ini adik beradik atau anak sendiri, apa agaknya yang bakal budak-budak ini terima bila balik rumah nanti?

Sepasang kekasih bergaduh tengah jalan sampai bogel

Beijing – Sepasang kekasih muda China bergaduh dengan menanggalkan pakaian dan berbogel di tengah jalan raya yang sibuk, semalam.
Sambil berdiri di tengah jalan dan menjerit ke arah satu sama lain si lelaki bertindak menanggalkan pakaian terlebih dulu sebelum diikuti teman wanitanya.


Insiden memalukan itu berlaku di jalan raya di Dongguan, wilayah Guangdong. Yang peliknya, pengguna jalan raya dan orang yang lalu lalang di situ tidak mempedulikan kelakuan mereka walaupun wanita terbabit bertelanjang bulat di tengah jalan.
Saksi, Jiang Dayu sempat merakam aksi pasangan berkenaan dengan menggunakan telefon bimbitnya. “Pasangan itu mula bergaduh di tepi jalan sebelum beralih ke tengah jalan.
“Mereka tidak mengendahkan kesesakan jalan raya walaupun pemandu membunyikan hon dan terpaksa mengelak daripada melanggar mereka,” katanya.
Walaupun pergaduhan agak sengit, tetapi pasangan terbabit akhirnya berdamai dan saling berpelukan sebelum beredar dari tempat itu.
Wanita terbabit dilihat masih tidak berpakaian ketika meninggalkan tempat berkenaan. – Agensi

Lagi Panas!!! ~ Pasangan kekasih asyik berkhalwat bersama tiga sahabat serentak

KUALA TERENGGANU- Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM2,300 terhadap sepasang kekasih selepas mengaku bersalah berkhalwat bersama tiga lagi rakan di sebuah hotel, pada Jun 2012.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail turut memerintahkan pasangan itu, Mohamad Nazri Aliliah @ Alias, 21, dari Marang dan Syafiqah Husna Mohd Nor, 19, juga dari Marang, dipenjarakan tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Gambar Hiasan Carian Google

Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas Mohamad Nazri yang bekerja sebagai buruh dan pasangannya, Syafiqah Husna mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Berdasarkan fakta kes, pasangan itu mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini jam 10 pagi pada 25 Jun 2012.
Hasil pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram.
Bagaimanapun, selepas kejadian itu, pasangan berkenaan berkahwin dan kini mempunyai seorang cahaya mata.
Selain pasangan muda itu, seorang rakan mereka, Nurul Syazwani Zulkifli, 19, dari Bukit Payong, Marang turut dikenakan pertuduhan sama dijatuhi hukuman denda RM2,400 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Bagaimanapun dua lagi tertuduh, Siti Normaisarah Alias, 20, dari Manir, di sini sudah pun menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor sementara satu waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap Abdul Rahman Razak, 21, dari Bukit Payong, Marang selepas gagal hadir ke mahkamah.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.
Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin kira-kira jam 10 pagi pada 25 Jun 2012.
Ketika serbuan, pintu berada dalam keadaan tertutup dan berkunci sebelum dibuka oleh Siti Nor Maisarah. Sebaik dibuka, Abdul Rahman duduk di atas katil manakala Mohamad Nazri sedang tidur di atas katil.
Dua lagi tertuduh wanita berada di sebuah katil berasingan sebelum pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram. - suarainsan.net

Panas Sungguh!!! ~ Ape Yang Tak Kena Dengan Awek Melayu Ni??

Ape ke hal awek ni? Saje cari pasal ke? Atau sengaja cari publisiti murahan? Untung-untung nanti popular dan boleh masuk tv, gitu ke?

Untuk rekod, dari 10 orang yang mengundi pakatan, 4 adalah melayu, termasuk la awek ni (itu pun kalau mengundi), tapi diaorang punya salakan, diaorang punya lagak, diaorang punya sombong, macam melayu majoriti dalam pakatan.

Sistem dan undang-undang pilihan raya di Malaysia berlandaskan kemenangan mengikut majoriti mudah dan kemenangan perwakilan mengikut kawasan, bukan berdasarkan undi popular.




Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, keputusan menentukan majoriti adalah berdasarkan kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi oleh parti yang bertanding.

“Alasan pembangkang patut membentuk kerajaan kerana undi popular lebih tinggi berbanding BN tidak boleh diguna pakai kerana sistem pilihan raya diamal di negara ini tidak ambil kira perkara itu,” katanya.

Ujar beliau, walaupun undi popular adalah baik bagi menterjemahkan majoriti rakyat menyokong sesuatu parti, hakikatnya sistem pilihan raya yang telah diamalkan di negara ini berdasarkan kemenangan kerusi paling banyak oleh sesuatu parti.

“Sudah tentu undi popular bagi kawasan bandar lebih tinggi daripada kawasan luar bandar kerana kepadatan dan polarisasi kependudukan berbeza antara satu sama lain.

“Namun undi popular tidak mencerminkan parti politik itu menang secara keseluruhannya kerana hanya berjaya menarik sokongan di kawasan bandar, namun gagal mendapat undian di kawasan luar bandar,” katanya.

Tegas Azmi, adalah bertentangan sekiranya konsep undi popular itu yang diambil kira bagi menentukan parti pemerintah.

Bahkan katanya, George W Bush tetap menang pilihan raya Presiden di Amerika Syarikat walaupun tidak mendapat undi popular yang tinggi.

Walaupun demikian, Azmi berkata, ketidakseimbangan keputusan undi popular berlaku bukan sahaja di Perak, bahkan turut berlaku di beberapa negeri lain.

Katanya, ini kerana undi popular berlaku akibat peningkatan jumlah pengundi berdaftar keluar mengundi, terutamanya kaum Cina, berbanding kaum lain. 

“Ini termasuk juga jumlah 2.4 juta pengundi pertama kali mengundi,” katanya.

Pembangkang mendakwa mereka boleh membentuk kerajaan kerana jumlah undi popular yang diperoleh lebih tinggi iaitu sebanyak 5,623,984 berbanding yang diperoleh BN, iaitu 5,237,699.

Walaupun parti-parti pembangkang memperoleh jumlah undi popular sebanyak 5,623,984 mereka hanya berjaya memenangi 89 kerusi Parlimen dalam PRU13.

Laporan Asal Beliabangkit