Gadis ‘Minta Hantaran RM160,000′ Kesal Difitnah

Gadis 'Minta Hantaran RM160,000' Kesal Difitnah
Semalam, kami ada menyiarkan kisah sebuah page Facebook yang dipercayai menggunakan sewenang-wenangnya gambar gadis yang dicuri di laman sosial peribadi sebelum dimuatnaik dan diletakkan kapsyen berunsur penipuan.
Antaranya mendakwa seorang gadis cantik yang dikongsikan gambarnya meminta wang hantaran sehingga RM160,000.
BACA: Cari Jodoh Di FB Hantaran Cecah RM160,000?
Apabila perkara ini dikongsikan beramai-ramai di laman siber, ia akhirnya sampai ke pengetahuan gadis ini sendiri.
Empunya badan nyata terkejut dan kesal dengan insiden berunsur fitnah ini.

Gadis 'Minta Hantaran RM160,000' Kesal Difitnah
Gadis yang dikenali sebagai Dilla turut meminta orang ramai membuat laporan kepada Facebook berkenaan penipuan dilakukan page Agensi Pencari Jodoh (AAS) hingga membuatkan dirinya tak fasal-fasal dikutuk oleh orang yang tak tahu hujung pangkal cerita.
dilla 2
Sebenarnya, sebelum ini pun sudah ada page Facebook dengan modus operandi lebih kurang begini iaitu mencuri gambar-gambar gadis di laman sosial sebelum digunakan untuk menabur fitnah.
Tak tahulah apa motif orang yang tergamak berbuat begini. Mungkin dia sangka itu cuma satu perbuatan suka-suka tapi dia lupa, pada masa sama dia melakukan dosa besar kerana memfitnah orang. - REM RAMZI (Mynewshub.my)

Sumber: brotherssam.blogspot.com