SERIUS - INRI CRISTO : LELAKI YANG MENGAKU JELMAAN NABI ISA (12 GAMBAR)

Orang Islam dan Kristian percaya apabila kiamat hampir tiba Nabi Isa/Jesus akan kembali semula ke dunia bagi menentang dajjal/anti christ. Di Brazil sudah ada seorang lelaki yang mengaku diri beliau sebagai jelmaan semula Nabi Isa sejak tahun 1979. Inri Cristo (66) yang berasal dari Santa Catarina ialah ketua kultus yang mengaku beliau tuhan dan juga Nabi Isa. Beliau pada awalnya seorang atheist yang kemudiannya mendakwa mula mendengar suara yang mengatakan diri beliau ialah Nabi Isa. Ramai yang mengatakan beliau tidak siuman tetapi Inri masih mempunyai ramai pengikut. Agaknya kalau Inri Cristo, Tuhan Harun dan Ayah Pin bergaduh siapakah yang akan menjadi "tuhan" yang paling power? 



Laporan asal Oddity Central

Top 6 Perkahwinan Paling Mahal Di Dunia

Diantara perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia setakat ini. Status hebat itu dimiliki bukan setakat kerabat di raja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga. 

Perkahwinan Seemanto dan Sushanta Roy
RM386 Juta


Ringkasnya, mahkota gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy, anak ahli perniagaan terkenal India. Perkahwinan yang bertarikh 14 February 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal di dunia dengan kos perkahwinan sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang.

Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara. Antara tetamu yang menhadiri majlis tersebut ialah seperti bintang terkenal Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai. Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.

Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Puteri Salama
RM300 Juta



Ditangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheikh Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai RM300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guiness Book of World Records dan paling mahal pada 1981.

Hebatnya perkahwinan itu bukannya di hotel atau villa mewah sebalinya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam. Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempana perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.

Vanisha Mittal dan Amit Bhatia
RM211 Juta



Hartawan India yang bermastautin di London, Lakhmi Mittal yang juga hartawan besi dan merupakan antara manusia terkaya di dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.

Putera Charles dan Puteri Diana
RM148 Juta



Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.

Andrei melnichenko dan Aleksandra Kokotovic
RM90 Juta



Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005. Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.

Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria
RM69 Juta



Satu lagi perkahwinan yang disenaraikan yang termahal, berlangsung membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun, Kanwar Singh Tanwar. Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit syiling perak sempena majlis itu.

10 Punca Kematian Yang Paling Pelik Di Dunia

Antara punca kematian yang paling pelik di dunia.
1 - Li Po - Mati Ketika Merenung Bayangan Bulan Di Dalam Sungai


Chinese poet Li Po (701-706) dikenali sebagai salah seorang daripada 2 greatest poets dalam sejarah sastera China. Mamat ni terkenal dengan kaki-botol dan selalu meludah di atas karya2 beliau ketika mabok(WTH..). Satu malam, ketika sedang asyik menikmati cahaya bulan di dalam Sungai Yangtze, dia terjatuh lalu mati lemas.


2 - Hans Steininger - Mati Disebabkan Janggut



Austrian Hans Steininger ni sangat femes kerana die memiliki janggut yang terpanjang di dunia iaitu mencecah 1.4 meter!! Pada suatu hari yang tenang, berlaku kebakaran di tempat kediaman mamat ni.. Hans menjadi panik hingga terlupa untuk menggulung janggut ketika ingan melarikan diri. Dalam kekalutan tersebut, beliau terpijak janggutnya yang panjang tu, lalu terjatuh dan mematahkan leher beliau dan mati di tempat kejadian!!

3 - King Adolf Frederick - Mati Disebabkan Makanan



King Adolf Frederick of Sweden ni memang terkenal kerana suka makan dan mati disebabkan oleh makanan! Irony kan?? King yang diberi gelaran “King Who Ate Himself to Death” ni mati pada tahun 1771 ketika berumur 61 tahun disebabkan oleh masalah penghadaman setelah membaham bermacam2 makanan dalam satu masa! antara makanan yang beliau makan ialah lobster, caviar, sauerkraut, cabbage soup, smoked herring, champagne dan 14 pinggan dessert kesukaan beliau iaitusemla, a bun filled with marzipan and milk. tula..sape suruh makan sampai tak hengat dunia...kan mati sia2 jer.. haha

4 - Allan Pinkerton - Mati Kerana Tergigit Lidah



Kematian ni memang stress.. Allan Pinkerton ni merupakan founder Pinkerton Detective Agency dan femes kerana developing investigative techniques seperti surveilling suspects dan undercover work. Mamat ni mati kerana infection setelah tergigit lidahnya ketika tersadung di tepi jalan..sungguh tragis..memang stress..


5 - Bobby Leech - Mati Disebabkan Kulit Limau







Bobby Leech ni merupakan seorang daredevil yang femes. Beliau penah perform macam2 stunt berani mati dan merupakan orang kedua di dunia yang terjun ke dalam Niagara Falls menggunakan sebuah tong. Pada suatu hari, ketika beliau sedang jalan2 makan angin kat New Zealand, Leech terpijak kulit limau kat atas jalan lalu terjatuh. Kaki beliau patah teruk dan terpaksa dipotong. Tak lame selapas tu, belaiu pun menemuai ajalnya kerana infection yangh teruk kat kaki. Memang sangat irony.. Daredevil mati kerana terpijak kulit limau..

6 - Ray Chapman - Mati Terkena Bola Baseball






Ray Chapman ni merupakan salah seorang legend dalam sukan baseball yang bermain untuk pasukan Cleveland Indians. Pada zaman itu, pitcher selalunya mengotorkan bola baseball sebelum melemparkannya untuk mengaburi pihak lawan. On August 6, 1920, Carl Mays melontarkan bola yang kotor sebagai satu taktik. Malangnya, bola itu terkena kepala Chapman yang tengkorak beliau injured teruk lalu mati di tempat kejadian. Stress kesian... ish3...


7 - Christine Chubbuck - Mati Bunuh Diri Ketika Live News Broadcast







Christine Chubbuck ni merupakan pemberita yang pertama dan satu-satunya pemberita yang membunuh diri secara live di TV. Pada 15 Julai 1974, Christine yang sangat depressed ketika itu berkata kepada live TV "In keeping with Channel 40’s policy of bringing you the latest in blood and guts, and in living color, you are going to see another first: an attempted suicide." Selepas itu, beliau mengeluarkan sepucuk Revolver lalu menembak di kepalanya! Memang rare dan stress!!


8 - Robert Williams - Mati Dibunuh Robot







Robert Williams merupakan manusia pertama di dunia yang mati dibunuh robot. Pada 25 Januari 1979, Williams memanjat rak di Ford Motor’s Flat Rock untuk mengambil spare part untuk robot yang dijualnya. Tiba-tiba, seekor robot telah reactivates dan slammed lengannya ke muka Williams. Williams yang malang tu terjatuh lalu mati. Stress bahaya beb.. ntah cane robot tu boleh idup sendiri.. horror...


9 - Tennessee Williams - Mati Tercekik Tudung Botol



American playwright, Tennessee Williams ni mati pada tahun 1983 kerana tercekik tudung botol ketika minum di hotel beliau. Yes, he had been drinking.Tahniah... haha!

10 - Steve Irwin (The Crocodile Hunter) - Mati Disengat Ikan Pari





Sape tak kenal ngan mamat yang berani nak mampos ni. Aku pun minat gler tgk mamat ni dalam The Crocodile Hunter. Tapi malang tidak berbau.. Seterer mane pon dia, tetap mati disebabkan binatang..


Pada tahun 2006, pakar haiwan liar, Steve Irwin mati kerana disengat ikan pari tepat di dadanya ketika beliau sedang filming dokumentary Ocean’s Deadliest. Bhaya gak ikan pari nih.. RIP Steve Irwin.. No one can replace you..

Polis Wanita Malaysia Diantara Polis Wanita Tercantik Di Dunia. (45 Gambar)

Jangan terkejut, pegawai polis wanita PDRM diantara polis wanita tercantik di dunia....... kesemuanya cun melecun beb....... jom jengok kat bawah ni.

Russia
Austria
Poland
Iraq
Japan
Iran
Malaysia
Netherlands
Singapore
Peru
Pakistan
England
Chile
China
Dominican Republic
India
Jordan
Norway
South Korea
Philippines
Republic of Yemen
Sweden
Taiwan
USA
The Republic of Nicaragua
North Korea
Lithuania
Indonesia
Romania
Hungary
Finland
Cuba
Cyprus
Republic of Zambia
Kuwait
France
Serbia
Algeria
Canada
Germany
Iceland
Colombia
Egypt
Italy
Ukraine