(WOW) GAUN TRANSPARENT AKTRES CHINA YANG GERENTI MENJOLOK MATA!!!



Sumber menyatakan artis ini cuba mengambil perhatian orang ramai dan mungkin juga ingin mendapatkan publisiti.







Lagi Terkena ! ‘Giliran’ Makanan Mamak Pula Dikritik Chef Wan Sewaktu Makan Bersama Rakan-Rakanya..

Chef Wan Kritik Makanan Kedai Mamak
Bila orang biasa memberikan komen peribadi tentang makanan, sah-sah tak ramai yang ambil peduli.
Tapi kalau yang mengeluarkan kenyataan adalah orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masakan, sudah tentu ia mendapat perhatian ramai.
Jika sebelum ini Chef Wan memberikan komen pedas tentang makanan disajikan di hotel 5 bintang dan syarikat penerbangan yang tidak menepati selera tekaknya dan memalukan, terbaru, Chef Wan mengkritik pula makanan di kedai mamak.
BACA: Chef Wan Mengamuk Hidangan Tidak Asli
BACA: Chef Wan – ‘Nasi Lemak MAS Macam Telanjang’
Dalam satu status dimuat naik di laman Instagam miliknya beberapa jam lalu, Chef Wan berkongsi cerita bagaimana daripada sekian banyak makanan yang dipesannya dan rakan-rakan di sebuah kedai mamak termasuk teh tarik, tosai, mi segera goreng dan ayam tandoori; tak satu pun yang disukainya.
Malah Chef Wan menyifatkan ayam tandoori yang dihidangkan kepada mereka keras dan kaku macam ayam mati terperanjat dilenyek lori bandaraya.
Berdasarkan perkongsian Chef Wan, beliau sebenarnya memang sudah lama tak makan di kedai mamak kerana sentiasa terkenang pengalaman jijik ketika kecil.
Di sebuah kedai mamak di kampung halamannya, Chef Wan melihat bagaimana mamak memasak di dapur yang kotor dan selamba menghembus hingus ke lantai sebelum mengesatnya di kain pelekat sebelum menyambung semula membuat rojak.
Sejak itu kata Chef Wan, dia tak pernah lagi jejakkan kaki ke kedai mamak sampailah semalam. Itu pun semata-mata kerana hendak menunjukkan gaya hidup makan lewat malam di negara ini kepada rakannya dari luar negara.

chefwanchefwan1
Nampaknya pengalaman Chef Wan bersama kedai mamak memang menjijikkan tapi tak dapat dinafikan, banyak juga kedai mamak pada hari ini yang amat bersih dan sedap makanannya.
Apa pun, diharapkan teguran Chef Wan ini diberikan perhatian oleh segelintir kedai mamak yang kotor dan tidak sedap makanannya untuk meningkatkan kualiti mereka.
- REM RAMZI
Sumber: Instagram CHEF WAN

Memang panas !!! Hanez Suraya Tuntut Isteri Kekasih Minta Maaf...

Hanez Suraya Tuntut Isteri Kekasih Minta Maaf
Memang panas kes melibatkan Hanez Suraya yang dikatakan menjalin hubungan dengan suami orang.
Bermula dengan penyiaran gambar mesra Hanez di tepi pantai bersama kekasih baru disusuli pengakuan mahu berkahwin penghujung tahun ini, akhirnya terpokah cerita bahawa kekasih Hanez sebenarnya suami orang.
hanez

Suspek Kes Campak Al-Quran Dalam Jamban, Di Tangkap Dan Dibelasah.. Belum Pasti Mungkin Ke Dia ‘Gila Isim’

Suspek Campak al-Quran Dalam Jamban Parah Dibelasah


Kejadian naskhah al-Quran diselerakkan dan sesetengahnya dicampakkan ke dalam lubang tandas di Masjid Limbongan, Besut, Terengganu sememangnya sesuatu yang mengejutkan dan menaikkan kemarahan umat Islam.
BACA: Perbuatan Khianat! Al-Quran Dibuang Dalam Tandas
BACA: VIDEO: Rakaman CCTV Suspek Campak Al-Quran Dalam Ruang Solat, Jamban Masjid
Susulan itu, seorang lelaki yang dikatakan pelaku perkara keji ini telah berjaya diberkas.
Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dikatakan ‘gila isim’.
1303
Menerusi gambar yang tersebar di rangkaian media sosial sejak semalam, wajah seorang lelaki yang didakwa pelaku kes ini kelihatan berlumuran darah dan cedera parah, dipercayai akibat dipukul.
Bagaimanapun,TIDAK DAPAT DIPASTIKAN sama ada gambar tersebut benar-benar merupakan pelaku yang telah ditangkap.
Fullscreen capture 352014 115546 AM
1966731_421458117997630_33923178_n
Dalam pada itu, penangkapan suspek kes ini turut diuar-uarkan di laman Facebook Masjid Limbongan menerusi satu status yang dimuat naik semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Tuan Kamaruddin Mohd Zakaria dikatakan memberi pengesahan tentang penangkapan ini kepada para jemaah selepas solat Isyak dan solat sunat hajat di masjid tersebut.
Turut hadir ketika penjelasan diberikan adalah ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Pegawai Agama Daerah Besut.
Buang-Al-Quran

Apa pun jika benar pelakunya sakit dan kurang siuman, semoga dia kembali diberikan kesembuhan, hidayah dan petunjuk.  - REM RAMZI