COOL : Chrome Lamborghini Murcielago Milik Tengku Mahkota Johor

Apabila korang berdarah raja, korang mampu miliki segalanya. Bisnesman yang amat success!


Ngeri!!! Gambar bas ekspres terbalik dan hancur berkecai di Yong Peng, Johor (6 Gambar)

Gambar bas ekspres terbalik dan hancur di Yong Peng, Johor - Sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 107.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan Yong Peng sebelum terbalik dan hancur berkecai mengempap penghadang jalan.

Kemalangan itu mengakibatkan tiga penumpang maut manakala 14 lagi cedera parah. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.10 petang tadi dikatakan berpunca daripada pemandu yang tiba-tiba hilang kawalan.

Ketiga-tiga penumpang bas ekspres yang terbunuh adalah Mohd Sofian Nurhakim Mohd Zaidi 21, Ahmad Amirul Asraf Yaacob, 23 dan Mohammad Zikri Othman, 10.






Lagi Kecoh!!! Penyanyi bertudung dihalau turun pentas

Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. 
 
Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

 
“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.
 
Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.
 
“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”
 
Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.
 
“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.
 
Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.
 
Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti.
 
Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.
 
“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut. - MySuara.net

Apa Citer? Anwar Ibrahim dihalang masuk negara Jepun

Ketua umum PKR itu berkata, pegawai imigresen di Lapangan Terbang Narita memintanya mengambil penerbangan pertama untuk kembali sejurus sahaja tiba atau akan dihantar pulang.
“Ekoran saya terus menuntut penjelasan, mereka akhirnya memberitahu terpaksa mengambil langkah itu ‘kerana laporan terkini’ kemungkinan pada 2013,” katanya.


Beliau kemudian mengambil pesawat keluar pada jam 10.45 pagi waktu Tokyo.
Anwar berlepas ke negara matahari terbit itu untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.
Dalam kenyataannya malam ini, Anwar berkata, pejabatnya sudah menyemak dengan kedutaan Jepun berhubung keperluan penerbangannya minggu lalu dan tidak dimaklumkan sebarang halangan.
Justeru, beliau mendesak Wisma Putra menjelaskan perkara itu, terutamanya berhubung “laporan terkini” yang menyebabkan beliau dilarang.

OMG! - BERANI MATI,JURUGAMBAR AMBIL GAMBAR ANACONDA SECARA DEKAT (6 GAMBAR)

Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi seorang jurugambar ini sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Memang gilerdan boleh menempah maut.



Franco Banfi penyelam Swiss pergi ke rantau Mato Grosso Brazil untuk merakamkan kejadian yang menakjubkan ini secara dekat, ular Anaconda yang sangat besar dalam habitat semulajadi mereka,

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....
Ia berada hanya beberapa inci di bawah permukaan air dan bersedia untuk menyerang - dan korang takkan sedar ia berada di bawah permukaan air.

Imej-imej yang luar biasa menunjukkan ular yang besar 26 kaki (lapan meter) anacondas Mato Grosso di Brazil mencari mangsa.

Dirakamkan oleh penyelam berani dan peminat ular iaitu Franco Banfi, 53, yang menyertai binatang ini dalam habitat semulajadinya dengan hanya bersenjatakan kamera.





Bersedia untuk menyerang : penyelam Berani dan ular peminat Franco Banfi menangkap imej ular Anaconda yang sangat besar mengintai di bawah permukaan sungai di Mato Grosso do Sul, Brazil


Memburu: Anaconda Ini mengimbas permukaan air mencari mangsanya seperti tikus, ikan atau burung



Besar: Ini Anaconda dengan kira-kira lapan meter panjang. Franco Banfi penyelam Swiss menangkap gambar pada lawatan sepuluh hari untuk Grosso Mato Sul di Brazil.

Pelari Marathon Paling Cantik dan Cun & Seksi di China (7 Gambar)


Meluasnya penggunaan internet dan laman rangkaian sosial hari ini membuat mendapatkan kemasyhuran talian cukup mudah , terutama jika anda masih muda , mempunyai penampilan yang kemas dan  orang ingin melihat foto anda . 


Kadang - kadang , kemasyhuran tersebut datang ketika anda tidak mengharapkannya , seperti , apabila anda lari marathon misalnya .

 Di China , seorang atlet cantik meraih kemasyhuran ketika foto - foto dirinya saat mengikuti lari marathon tersebar di laman web China , membuatnya mempunyai lebih daripada 10,000 pengikut di Weibo ( Twitter versi China ) dalam semalam ! Mao Dou ( nama pengguna pada Weibo ) , pertama kali mencuri perhatian awam pada 2013 Beijing Marathon pada bulan Oktober tahun lalu , dan sekali lagi pada 2014 Xiamen International Marathon diadakan di awal tahun ini .

 Dengan rambut hitam panjang sampai ke pinggang , mata besar , senyum manis , dan tubuh yang lansing , sukar untuk tidak melihat wanita ini bahkan di antara ratusan pelari di acara marathon .



Nora Danish: Kami Tidak Seteruk Disangka

Sepanjang menjadi anak seni, cakaplah apa sahaja tohmahan, kata-kata nista, kalau dikumpulkan mahu berguni-guni makian dan cacian yang dah diterima aktres comel ini.

Empunya badan, Nora Danish pun dilihat semakin lali dengan perkara tersebut malah menganggap ianya merupakan asam garam seorang anak seni atau figura awam yang hidupnya senantiasa menjadi titik perhatian orang luar.

Namun, ada ketikanya Nora pun seperti manusia biasa, hatinya bisa menjadi sensitif membaca segala tohmahan yang dilemparkan buat dirinya.

Dan, jika diperhatikan kisah percutiannya bersama teman tapi mesra, Nedim Nazri ke London, baru-baru ini turut menjadi titik perdebatan di kalangan peminat dan hatersnya di Instagram.

Nora Danish- Nedim Tak Suka Pukul Canang

Ditohmah ditaja tiket penerbangan dan duduk sebilik, Nora membidas perkara itu dengan mengatakan, “apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya”.



“Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu!” katanya dipetik menerusi laporan Bi-Pop, hari ini.

Ibu tunggal berusia 32 tahun ini juga menafikan tiket penerbangannya ditaja kerana hasil kerja kerasnya selama ini, dia masih lagi mampu menanggung segala kos perbelanjaan ke negara Eropah itu tanpa melibatkan tajaan mana-mana pihak.

Sabar je la Nora, yang pasti jadikan segala kata-kata negatif itu sebagai penguat anda untuk meneruskan lagi kecemerlangan dalam bidang seni dan biarkan perkara-perkara negatif sebegitu berlalu pergi.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE - mynewshub