Jururawat mengaku berkhalwat dengan suami orang di kuarters kesihatan

PASIR MAS – Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu.
Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu.


Sarizana didapati bersalah di bawah Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.
Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta tingkap tertutup rapat.
Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri, seorang wanita memakai kain sarung batik dan berbaju T telah membuka pintu rumah.
Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang tidur.
Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung wanita itu.
Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut bukan suami isteri dan bukan mahram.
Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk diambil tindakan selanjutnya.
Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut.
Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Norhasney Ridhwan Hassan.

Cinta Tidak Direstui, Johan As’ari & Lana Nordin Akhirnya Putus Cinta

Sekali lagi pelakon Johan As’ari, 27, menggemparkan semua pihak apabila dia kini dikatakan telah putus dengan aktres seksi Lana Nordin, 34, apabila hubungan cinta yang dicanangkan itu tidak mendapat restu daripada keluarga terutama ibunya.


Berita perpisahan itu, diumumkan sendiri oleh Johan yang mengakui bahawa hubungan cinta mereka itu telah putus kelmarin setelah keluarganya tidak dapat menerima kehadiran Lana Nordin. Menurut Johan, dia terpaksa akur biarpun masih sayangkan Lana namun terpaksa bertindak demikian demi memilih keluarganya.
“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana.
“Keadaan saya cukup tersepit, umpana diluah mati mak, ditelah mati bapa. Syurga di bawah telapak kaki ibu saya. Jika pilihan saya tidak mendapat restu keluarga , saya anak derhaka.
“Saya minta maaf, Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana.
“Saya bimbang harapan kami tidak kesampaian. Kami tetap berkawan selepas ini.” katanya ketika ditemui di Istana Budaya semalam.

Sebelum ini, nama Johan hangat diperkatakan kerana melamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu sedangkan dia kelihatan begitu rapat dengan penyanyi Shila Amzah. Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan mereka, hinggalah Shila menjauhkan diri dari Johan dengan menyekat Johan daripada menghubunginya.

Sumber

(Video) Adik Natasyah dicampak pengasuh sampai sawan dan mati

Kuala Lumpur: “Saya terpaksa mengambil Natasyah dan lima lagi anak dari sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Ogos lalu, selepas mendapat tahu daripada anak sulung Natasyah sering dipukul, dibaling dan dicampak pekerja di pusat kebajikan terbabit.


“Malah, ketika bercuti di Teluk Kemang, Port Dickson, Oktober lalu, tiba-tiba anak saya diserang sawan menyebabkan dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu saya mendapat tahu dia mengalami pendarahan dalam otak,” kata Zuraidah Jasman, 31, ibu seorang kanak-kanak perempuan, Nurain Natasyah Abdullah, 4, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat didera, kelmarin.
Menurutnya, sejak kejadian itu, anaknya kembali beransur sembuh, namun Sabtu lalu, dia mendakwa mangsa sekali lagi terkena sawan sehingga kaki dan tangan kejang menyebabkan dia terpaksa mengurut anaknya kira-kira 10 minit sebelum mangsa kembali stabil.
“Anak saya kemudian meminta air sebelum dia tidur. Bagaimanapun, ketika saya mengejutnya jam 9 malam untuk makan, Natasyah tidak sedarkan diri walaupun saya memanggil namanya berulang-kali.
“Saya terpaksa menggoncang dan menampar serta mencubitnya supaya dia kembali sedar, namun tidak berhasil menyebabkan saya panik dan terus menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur seorang diri kerana ketika itu suami tiada di rumah,” katanya di pekarangan Masjid Sungai Besi, di sini, selepas solat jenazah anaknya itu.
Zuraidah berkata, mangsa anak bongsu daripada enam beradik di mana yang sulung berusia 11 tahun dan anak hasil perkongsiannya dengan bekas suami sebelum mereka bercerai.
“Saya hidup susah dan terpaksa menyerahkan anak kepada pusat kebajikan terbabit selepas dibuang ahli keluarga sendiri yang enggan menerima saya,” katanya



(15 GAMBAR) Majlis Resepsi Perkahwinan Fizo Omar & Mawar Di Pulau Pinang


gambar resepsi fizo mawar
Majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang diadakan di Butik Fareeda Pulau Pinang. Kami doakan semoga Fizo dan Mawar akan bahagia hinggan akhir hayat.. Selamat pengantin baru buat pasang romantik ini.
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar
gambar resepsi fizo mawar

SEXY : Pelakon Wanita, Danice Patrick Dengan Kostum Berotot Yang Nampak Benar (5 Gambar)

Nampak macam memang dia yang berotot. Tetapi semua ini hanya untuk pengiklanan sahaja bagi Super Bowl.



Fakta : Segalanya Tentang T-Shirt Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Rasanya semua orang kat dunia ni pernah pakai t-shirt.. Kalau tak pernah pakai pun, at least tau la ape benda t-shirt ni. Jom kita baca sedikit info mengenai t-shirt yang mungkin korang belum tahu. Layan infographic kat bwah nih..


(10 FOTO TERKINI) "ANAK" JET LI KINI SUDAH BESAR

Miu Tse ialah pelakon cilik yang menjadi anak kepada Jet Li di dalam dua filem popular 90-an iaitu My Father Is A Hero dan The Legend of Shaolin. 

Dari kecil Miu Tse sudah menunjukkan super bakat seperti Sakuragi Hanamichi di dalam seni bela diri Kung Pao. Tahukah anda setelah berehat dari dunia perfileman selama lapan tahun, beliau kembali berlakun di dalam filem Iron Lion pada tahun 2003. 

Miu Tse kini berumur 28 tahun dan kini menjadi bintang TVB. Lama juga kami tertanya-tanya apa terjadi kepada little Jet Li. Nah! hari ini persoalan ini terjawab




BANGANG! Rosyam Noor Buat Hal Di Anugerah Skrin 2012 - Timbulkan Kontroversi

Nampaknya selain daripada kehambaran ASK2012, satu lagi topik hangat yang dibincangkan oleh pengguna Internet Malaysia ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah. Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.

Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir TV Al Hijrah. Namun segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.

Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh. 

Setahu Kami, selalunya penyampai anugerah akan diberikan skrip untuk dibaca ketika berada di atas pentas. Namun Kami tak pasti sama ada lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor ini adalah berdasarkan skrip ataupun terkeluar secara spontan. Apa pendapat anda?

Kredit sepenuhnya kepada Nara

SERIUS : Koleksi Kereta Mewah Milik Paul Walker Yang Masih Tersimpan Dalam Rumahnya (15 Gambar)

Selepas peninggal Paul Walker yang mengejutkan satu dunia, koleksi kereta mewah hak milik Paul Walker telah tersebar luas. Kereta mewah ini masih tersimpan di rumahnya. 



Gempar!!! Gambar dan Video Kejadian Pelik Ribuan ikan Timbul di Tambisan Sabah - tanda tsunami??

Kehadiran beribu-ribu ikan dipermukaan air laut di Tambisan, Lahad Datu, Sabah sangat menakjubkan. Peritiwa ini mengingatkan kita kepada peristiwa tsunami yang pertama dahulu.

Sebelum tsunami berlaku para penduduk di beberapa kawasan muara sungai yang bertemu dengan laut tidak menyangka apa-apa apabila mereka mendapati ikan seperti siakap dan jenahak dilihat dan dapat ditangkap dengan jala.

Kehadiran ikan jenahak yang merupakan ikan laut dalam sebenarnya sesuatu yang pelik. Tannjung Sedili, Kuala Kurau, dan Sungai Remis di Perak mengalami kehdiran ikan dalam kuantiti banyak yang sangat pelik sebelum tsunami 2004.

Kini ikan muncul lagi dalam kuantiti banyak dan menunjukkan diri di permukaan air. Adakah ini rezeki atau petanda bencana besar. Sabah pernah mengalami bencana kemusnahan besar akibat taufan.

Tentu kita masih ingat kejadian dahsyat Gempa Bumi dan 'Tsunami' yang melanda Acheh, Indonesia pada 26 Dicember 2004..Peristiwa hitam yang mengorbankan ratusan ribu orang





(Gambar) Rawang Dilanda Banjir, Ribuan Terkandas


Berikutan hujan lebat pagi Selasa, bandar Rawang dinaiki air yang menyebabkan ribuan penduduk di sekitarnya terkandas.


Menurut laporan Bernama, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang berkata hujan lebat pagi tadi menyebabkan air dari anak sungai berhampiran pusat membeli-belah Aeon Rawang melimpah ke kawasan sekitar.


“Ini mengakibatkan lalu lintas sesak teruk dari arah Jalan Batu Arang menghala ke Aeon Rawang” katanya kepada pemberita.

Beliau turut memaklumkan air mula naik kira-kira 6 pagi tadi. : astroAwani