Nak Elak Dicekup Khalwat, Lelaki Sanggup Dakwa Kekasihnya Itu ‘Mak Sedara’!!!

Nak Elak Dicekup Khalwat, Lelaki Dakwa Kekasihnya Itu 'Mak Sedara'!
TAMPIN – “Ini mak saudara saya,” jawab seorang lelaki berusia 43 tahun apabila ditanya mengenai hubungannya dengan seorang wanita ketika diserbu oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah premis rumah kedai dekat bandar ini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan sempena Ops Mungkar yang melibatkan kira-kira 20 anggota penguatkuasa JHEAINS itu, lelaki berkenaan berada di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang merupakan anak wanita berkenaan.

" Anak Durjana Diibaratkan" Sanggup Pukul Ibu Dengan Batang Besi

Pukul
KUALA TERENGGANU – Dek kerana amarah, seorang remaja lelaki tergamak memukul ibunya sendiri dengan batang besi dalam satu kejadian pada 12 Februari lalu.
Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila berjaya ditangkap dan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Berdasarkan pertuduhan, remaja berusia 16 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada ibunya yang berusia 45 tahun dengan sebatang besi, kira-kira jam 2.10 petang di sebuah rumah di Kampung Pengadang Baru, di sini.
Dengan itu, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh sampai tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Majistret, Rozianti Mohamed Hanaphi kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 23 Mac depan.
Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna. – Sinar Harian Online

"Bernafsu Syaitan" Bapa Saudara Sanggup Meliwat Pelajar... (Detik Hitam)

Diliwat
SABAK BERNAM – Hasrat seorang pelajar tingkatan satu menziarahi neneknya yang tinggal berhampiran bertukar detik hitam apabila dia diliwat bapa saudaranya sendiri di sebuah bilik tingkat atas rumah terbabit, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, remaja lelaki tersebut dipercayai datang ke rumah neneknya untuk berjumpa wanita berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja sampai di rumah itu, nenek mangsa tiada di rumah sebaliknya yang ada hanya suspek dianggarkan berusia 30-an bersama-sama seorang lagi abang dan kakak iparnya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Mangsa sempat duduk di ruang tamu rumah itu kira-kira lima minit sebelum suspek mula memasang jerat dengan menyuruh mangsa naik ke biliknya di tingkat atas untuk mengambil pengecas telefon bimbit,” katanya kepada Sinar Harian.
Noor Mushar memberitahu, semasa berada di dalam bilik itu, mangsa kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran suspek yang masuk ke dalam bilik dan kemudiannya bertindak menutup pintu dan menolak sofa untuk menyendal pintu dari dalam.
“Suspek yang gagal mengawal nafsunya itu terus menindih dan membuka seluar mangsa sebelum bertindak memegang kemaluan walaupun ketika itu mangsa menendang dada suspek dan cuba melarikan, diri tetapi sempat ditarik oleh suspek dan dicampak ke atas katil.
“Suspek kemudiannya meniarapkan remaja itu dan kemudiannya meliwat mangsa sebelum mangsa akhirnya bertindak ganas dengan menendang suspek hingga menyebabkan bapa saudaranya itu terjatuh,” katanya.
Katanya, berang dengan tindakan terkutuk bapa saudaranya itu, mangsa yang sempat memakai seluar terus menuruni tangga bawah rumah berkenaan.
“Ketika dia menuruni tangga, seorang lagi bapa saudaranya dan isteri yang berada di ruang tamu rumah mengesyaki sesuatu apabila melihat mangsa melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa lalu memaklumkan kepada ibu mangsa.
“Kedua-dua pasangan suami isteri itu bisu, dan hanya memaklumkan kepada ibu mangsa melalui kiriman mesej menerusi laman sosial Facebook,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa terus mencari anaknya itu dan membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
“Pasukan forensik polis juga telah dipanggil ke tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Klang untuk pemeriksaan doktor,” katanya. - Sinar Harian Online

"Kenalan Dajjal" Dirogol Lebih Lima Lelaki...

Rogol

TUMPAT – Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Geting di sini.

Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial itu.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini menerusi laman sosial.
Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi.
“Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal.
“Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya.
Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya.
“Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir.
“Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan diri,” katanya.
Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah di Pangkalan Chepa.
Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini.
“Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. - Sinar Harian Online

Mengerikan !!! ‘Potong Kemaluan Macam Ais Krim’

Pisang
Chicago – Dua bekas pegawai polis merancang menculik dan menyeksa seorang ahli perniagaan termasuk memotong kemaluannya ‘seperti ais krim’ dalam usaha memeras wang daripada mangsa.
Rakaman video FBI menunjukkan Steven Mandell, 62, di dalam sebuah bilik yang didakwa dibina khas untuk tujuan itu bersama rakannya Gary Engel.
Dalam rakaman itu yang ditayangkan di mahkamah, mereka menceritakan kepada ejen hartanah George Michael butiran perancangan memeras wang daripada Steve Campbell, ahli perniagaan yang meraih keuntungan daripada sewaan pelbagai hartanah miliknya.
Bilik itu dilengkapi peralatan khas untuk memudahkan mangsa dikelar dan anggota badan dipotong selepas dibunuh selain sinki besar untuk mengeringkan darah daripada mayat mangsa sebelum dibuang.

"PaNas" Gambar Palsu Neelofa Dan MB Terengganu Tersebar...

Angkara Siapa Gambar Palsu Neelofa Dan MB Terengganu?
ALAHAI, siapalah empunya angkara ‘mengubah’ wajah patung lilin aktor terkenal Hollywood, George Clooney yang dipeluk Neelofa kepada wajah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said?
Tak pasal-pasal pelakon dan pengacara itu dikaitkan dengan VIP pula.
Nasib baiklah penulis pernah melihat gambar asal terlebih dahulu melalui Instagram Neelofa.
Gambar tersebut diambil sewaktu Neelofa mengunjungi Madame Tussauds yang menempatkan pelbagai patung lilin selebriti terkenal di London.
Angkara Siapa Gambar Palsu Neelofa Dan MB Terengganu?
Kalau tak, mungkin penulis akan tertanya-tanya juga kesahihan gambar tersebut sebab sekilas pandang, ia seakan-akan betul pula .
Hai, sudah-sudahlah menyalahgunakan teknologi komputer untuk menabur fitnah ya!
Kasihan Neelofa, tak putus-putus cerita panas yang timbul mengenainya…
Oleh: ELZA

Fizz Fairuz Demi ‘Cicakman 3′ Pakai Sut 10 Kilogram...

Fizz Fairuz Pakai Sut 10 Kilogram Dalam 'Cicakman 3'
FIZZ Fairuz mengakui sanggup menolak banyak tawaran demi memberi sepenuh komitmen terhadap filem ‘Cicakman 3′ yang merupakan arahan bersama Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar.
Fizz mengenepikan tawaran lain kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap filem bertemakan ‘superhero’.
“Memang kerana ‘Cicakman 3′ saya terpaksa menolak banyak tawaran lain sehingga 5 Mac hadapan. Namun, kerana minat dan sukakan watak sebegini, jadi saya sanggup menerima tawaran ini. Karakter saya dalam filem ini begitu berbeza dan belum pernah dilakonkan sebelum ini,” ujar Fizz ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut di Kolej Segi, Kota Damansara, pada Khamis.
Menurut Fizz, sebagai Inspektor Adam dia perlu hadir ke set penggambaran awal satu jam bagi mengenakan kostum yang perlu digayakan dalam filem itu.
“Sut yang saya pakai itu seberat 10 kilogram dan saya mempunyai hampir 76 babak memakai sut tersebut. Saya hilang berat badan kerana mengenakan beban sebegitu ditambah pula dengan cuaca panas sekarang ini,” ujar Fizz berkongsi cerita.
Jejaka kelahiran Raub, Pahang ini menggangap pengalaman yang diperolehi ketika menjalani penggambaran ‘Cicakman 3′ sebagai sesuatu yang baru kerana Fizz bukan sahaja sukar bergerak ketika mengenakan sut tersebut, malah dia juga menghadapi kesusahan untuk ke tandas.
Malah menurut Fizz, dia sudah bersedia sekiranya ada pihak yang ingin membandingkan watak-watak ‘superhero’ dalam ‘Cicakman 3′ dengan filem lain. Fizz di majlis yang sama sempat mengumumkan tarikh resepsi serta pernikahannya bersama Almy Nadia. – GUA

"Dasyat" Wanita Cedera Gara-gara Mangkuk Tandas Meletup..

Wanita Cedera Mangkuk Tandas Meletup
SEBUAH mangkuk tandas di sebuah bar tiba-tiba meletup dan mencederakan seorang wanita yang baru sahaja duduk di atasnya.
Kejadian yang berlaku di Barcelona itu dipercayai akibat mampatan gas metana yang terkumpul di dalam mangkuk tandas tersebut.
Menurut pihak bomba, tandas tersebut terlalu kotor selain mempunyai masalah pengalihan udara.
Sebaik sahaja wanita itu memetik suis lampu tandas, ia mencetuskan percikan api pada gas dan menyebabkan letupan.
Wanita itu kini dirawat di hospital kerana mengalami kelecuran darjah ketiga di kedua-dua belah kakinya dan luka akibat serpihan porselin mangkuk tandas yang pecah.
Oleh: ELZA
(Sumber: David Jackson.Info)

"Hijrah" Rabecca Mahu Jual Semua Pakaian Seksi !!!

Rabecca Mahu Jual Semua Pakaian Seksi
UMUM mengetahui bahawa pelakon Rabecca Nur Al Islam kini sudah berhijrah dari segi penampilannya iaitu dengan menutup aurat.
Keputusan tersebut dilakukannya selepas menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Terbaru, pelakon itu mengambil keputusan untuk menjual semua pakaian seksinya, memetik Sinar Harian.
“Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi. Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial.
“Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya.
“Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah. Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus,” jelasnya.
Kami tabik dengan keputusan Rabecca itu. Ada baiknya dia tidak lagi menyimpan pakaian yang tidak sesuai dengan imej barunya.
Tapi, rasanya lebih baik jika pakaian seksi tersebut tidak dijual kepada mereka yang beragama Islam, tak gitu?
Oleh: ELZA

Seram! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai Tangan (Video)

Siapa yang tidak terkejut jika kita sedang melalui kawasan perkuburan tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari dalam kubur. Itulah yang dialami oleh seorang wanita dari Brazil apabila terdengar bunyi bising dari sebuah kubur di kawasan berkenaan. Kemudian dia ternampak tangan ‘mayat’ berkenaan melambai-lambai ke arahnya. Sejurus selepas itu, niat untuk melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terbantut apabila mengalami ketakutan yang amat sangat. Wanita itu juga bergegas membuat laporan polis setelah melihat kejadian tersebut. Anda boleh tonton video di atas ini.

"Koleksi Mewah" Lamborghini Yusry Kru


Yusry Kru merupakan antara antara artis yang berjaya di Malaysia. Hasil kreatif & inovatif 3 adik-beradik ini, mereka berjaya membuka empayar yang amat berjaya. KRU kini terlibat dengan banyak perkara dalam industri hiburan.
Untuk makluman KRU telah ditubuhkan pada 1992 dengan berlatarbelakang muzik hip hop dan rap.

Dengan kejayaan Yusry tidak mustahil dia mampu mempunyai beberapa aset mewah dan salah satunya ialah kereta Lamborghini,

Watak Hero Lelaki Digayakan Oleh Wanita (15 Gambar)

Bila watak komik dan adiwira dimainkan oleh wanita. Cuba anda bayangkan spiderman wanita, superman wanita. Dari badan yang berketul-ketul, wajah yang bengis bertukar pulak ke watak yang alahhh comel nya, cantik nya. Macam mana nak selamatkan dunia ni. hehe 

Jom tengok cosplayer ni beraksi :

Rita Rudaini Dan Gambar Bekas Suami Pertama

Tadi terbaca kat satu blog tentang suami pertama Rita Rudaini...first time aku tgk rupa suami Rita Rudaini...yg pertama...rupa-rupanya suami petamanya pengulas sukan iaitu Akhbar Shaari...you all tahu ke...atau aku yg belum tahu..Dibawah biodata sepenuhnya Rita Rudaini