Samsung Umum NotePro – RM2,999

Samsung Umum NotePro - RM2,999
NAMPAKNYA saiz merupakan elemen yang penting buat Samsung. Memperkenalkan peranti tablet terbaru dari Samsung, Galaxy NotePro yang direkan dengan paparan skrin WQXGA Widescreen 16:10 12.2-inci yang mampu memberi kualiti resolusi 2560 x 1600, hampir sama seperti kualiti skrin resolusi maksimum Retina Apple Macbook Pro 15-inci.
Dilengkapi oleh sistem pemproses Quad-core 2.3 GHz Krait 400, Qualcomm Snapdragon 800 chipset, Adreno 330 GPU serta memori RAM 3GB, NotePro ini semestinya peranti tablet yang boleh diambil kira sebagai tablet terbaik buat masa ini.
Tablet ini juga menyokong hubungan LTE selain kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 2MP, memori dalaman 32GB (boleh ditambah dengan kad microSD). Direka dengan kuasa bateri 9,500mAh, tablet ini masih dikatakan agak ringan walaupun bersaiz besar.
Dilancarkan pada bulan Mac 2014, peranti ini akan dijual pada harga RM2,999. Walaupun agak mahal, dengan spesifikasi yang yang terdapat pada peranti premium ini, pengguna semestinya akan berpuas hati dengan tablet generasi baru ini.
Selain pilihan warna hitam dan putih, NotePro juga dijual bersama aksesori seperti LAN Hub, Papan Kekunci Bluetooth, Tetikus S Action dan HDTV Adaptor.
Sumber: Lowyat