Kini - Raja Azmi Akhirnya Terbuka Hati Plak Untuk Berhijab Penuh !




RASANYA, ramai yang masih ingat kenyataan kontroversi produser, Raja Azmi yang pernah menyebut dia tidak boleh menerima kalau perempuan yang tidak menutup aurat akan masuk neraka dalam satu program hiburan.

Ia sekaligus mengundang banyak kritikan kerana dianggap tidak sensitif terhadap syariat agama.


Namun, siapa sangka tidak lama selepas itu, Raja Azmi terbuka hati untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas memikirkan semasak-masaknya kenyataannya sebelum ini.

TERBARU DNA KHINZIR: 2 Sampel Coklat Cadbury Diambil Terus Dari Kilang Tidak Mendapati !




BANGI – Dua sampel coklat Cadbury, yang didakwa mengandungi DNA khinzir, diambil terus dari kilang pembuatan bagi mengelak sebarang pencemaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata sampel itu juga diteliti makmal yang terletak di Petaling Jaya dan telahpun diberikan autoriti oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan sijil halal.

Makmal itu juga diwarta sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menganalisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA, termasuk pengujian produk makanan terproses.

“Untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, makmal mereka didedikasikan bukan untuk menentukan halal dan DNA berunsur khinzir tetapi hanya penemuan sampingan, sampel mereka juga bukan dari kilang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perasmian Ijtima Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersempena program Dakwah Negara 2014 di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Jamil Khir berkata sumber sampel juga merupakan perkara yang penting dalam meneliti kandungan bahan itu di makmal sama ada melalui orang persendirian, kedai atau kilang.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar menunggu sehingga Rabu ini iaitu selepas tujuh hari waktu bekerja bagi mendapat pengesahan berkaitan kedua-dua produk.