Buaya Terbesar Di Dunia (11 Gambar)



Buaya Air Masin Terbesar Di Dunia Lolong Mati: Manly tears. Buaya air masin (Crocodylus porosus) terbesar di Filipina dan juga terbesar di dunia di laporkan mati semalam. Buaya air masin yang di kenali sebagai Lolong ini mempunyai ukuran sepanjang 6.17 meter dengan berat lebih 1 Tan seperti yang di sahkan oleh Dr. Adam Britton. Punca sebenar kematian buaya ini masih lagi sedang di kenal pasti dan lolong akan di awetkan untuk di letak di dalam Muzium Negara Filipina. 




BoBoiBoy Musim 3 - Januari Promo (Video)


BoBoiBoy Musim 3 - Januari Promo




Seorang ibu berusia 31 tahun beri anak minum racun

BANGI – Seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian anak bongsunya akibat meminum racun,Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, wanita berusia 31 tahun itu direman sejak kelmarin selepas disyaki terlibat menyuruh ketiga-tiga anaknya berusia dari 10 hingga 15 tahun meminum racun yang dicampurkan dalam minuman ringan.

Gambar Hiasan

“Anak lelaki mangsa masih dirawat dan dilaporkan stabil di Hospital Serdang, manakala suspek yang turut minum racun sempat diselamatkan selepas menerima rawatan di Hospital Kajang,”katanya.
Menurutnya, sementara itu polis sedang mengesan suami wanita berkenaan yang dipercayai menjadi punca kejadian selepas dikatakan tidak pulang ke rumah selama seminggu.
Suspek sebelum itu sempat diselamatkan selepas anak sulungnya bertindak meminta bantuan dari teman lelakinya selepas mendapati ahli keluarganya tidak sedarkan diri setelah meminum minuman ringan diberikan oleh ibu mereka.

Video & Gambar Rusuhan Di Singapura




SINGAPURA – Menurut sumber The Straits Times Singapore, polis rusuhan kini masih lagi mengawal keadaan di sekitar ‘Little India’ di sini bagi memastikan rusuhan yang berlaku pada malam Ahad tidak menjadi semakin serius.
Kami kongsikan beberapa foto kejadian rusuhan yang berlaku di ‘Little India ‘ yang berlaku lebih kurang jam 10 malam pada malam Ahad.
Menurut kenyataan polis Singapura pada jam 12.48 pagi Isnin, 10 anggota polis dilaporkan cedera manakala beberapa buah kereta persendirian, lima buah kereta peronda polis dan sebuah ambulans telah dirosakkan oleh para perusuh.
Sekurang-kurangnya dua buah kereta polis diterbalikkan oleh para perusuh di tengah jalan manakala sebuah ambulans dibakar.
Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean berkata rusuhan di Little India malam tadi adalah satu insiden yang amat serius dan pihaknya akan menangkap mereka yang terbabit.
Oleh: HARITS ASYRAF | mynewshub.my
Sumber/Foto: The Straits Times Singapore
r1r2r3r4r5r6r7r8
Video, Gambar Rusuhan Di Singapurahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/r3.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/r3-150x150.jpgMyNewsHubmyHangatUtama,

MyNewsHubMyNewsHubrhad76@yahoo.comAdministratorMyNewsHub | Berita Online Terhangat di Malaysia.

TERKINI: Aril AF Nikahi Pramugari 20 Disember ini


Gadis bertuah yang berjaya mencuri hati Aril bernama Puteri Erma Edlinda dan bekerja di Saudi Arabian Airlines. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.
isteri aril af
Majlis pernikahan bakal berlangsung di Wakaf Che Yeh, Kelantan, tempat kelahiran bakal isteri Aril AF. Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja untuk keluarga dan rakan-rakan rapat. Tahniah diucapkan buat Aril dan Puteri Erma Edlinda atas berita gembira ini. Beberapa keping lagi gambar bakal isteri Aril AF dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
isteri aril af

isteri aril af
isteri aril af


isteri aril af
isteri aril af

Gempar!!! 6 Gambar rusuhan di Singapura !




Media Singapura, The Straits Times melaporkan kejadian berpunca dari pekerja Bangladesh dilanggar bas.Ini mendorong rakan-rakannya membakar bas tersebut. Laporan itu menyebut empat buah kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.

Pertama kali Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun, kali terakhir adalah pada Mei 1969, malam Ahad lalu  tiba-tiba negara jiran kita itu dikejutkan dengan satu rusuhan besar di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire di kawasan yang dikenali ramai sebagai Little India.
Bagi siapa yang selalu ke Singapura, kawasan ini berdekatan dengan pusat beli belah 24 jam yang terkenal iaitu Mustapa Store.

Memang kalau hari minggu, Little India itu jadi port ribuan pekerja asing khususnya warga India dan Bangladesh melepak. Jika ikut kenyataan polis Singapura, rusuhan tersebut bermula jam 9.23 malam.


Kejadian dikatakan berpunca dari satu kemalangan jalanraya di situ melibatkan sebuah bas melanggar seseorang.

Ia mengakibatkan beberapa orang mengamok memukul dan memecahkan cermin bas. Ia kemudian melarat.

Apa yang berlaku kemudian terbakar sana sini. Ambulan dan harta awam dibakar perusuh. Kereta polis pulak diterbalikkan. Menurut laporan agensi berita , Polis Singapura mengeluarkan kenyataan ringkas jam 11.50 malam Ahad.

Menurut saksi kejadian itu, Cik Iman Su , 31, yang berada di berdekatan Jalan Race Course, kekecohan bermula sekitar 9.45 malam, apabila orang ramai mula berkerumun di kawasan sekitar, menjerit dan membaling sesuatu.

Seorang lagi yang melihatnya Nasharuddin Kahn , 32 ,memberitahu beliau melangkah keluar dari kedai 24jam di kawasan tersebut sebelum melihat puluhan kereta polis berkejaran ke arah Little India.

"Apabila saya melihat apa yang berlaku, saya pergi rumah flat berhampiran dan dan diberitahu supaya berada di dalam kawasan tersebut jangan keluar." Katanya, beliau melihat pekerja asing terlibat membaling objek kepada pihak polis.

"Keadaan itu kemudian bertukar kepada rusuhan, apabila kereta polis tiba, kereta polis tersebut diterbalikkan " ujarnya

Penipuan filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Terbongkar!



Dengan meletakkan gambar Ustaz Azhar Idrus pada poster promosi filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, dia dilihat seolah-olah merupakan pelakon utama filem arahan Pierre Andre itu.

Bagaimanapun, jangan tertipu kerana jika anda menonton keseluruhan cerita filem itu di pawagam, hanya ada satu babak ringkas sahaja yang memperlihatkan lakonan Ustaz Azhar Idrus sedang berceramah, namun seperti dicilok. 


Ini sesuatu yang mengecewakan peminat kerana ramai mereka menaruh harapan dapat melihat lakonan pendakwah bebas itu buat kali pertama.

Petikan di bawah ialah tulisan wartawan Syed yang ternyata kecewa dengan eksploitasi gambar Ustaz Azhar Idrus. Baginya, lebih baik menonton ceramah pendakwah itu di laman Youtube daripada di pawagam.


10 Gambar yang Pernah "Mengejutkan" Dunia

10 Gambar yang Pernah "Mengejutkan" Dunia..ini adalah gambar-gambar yang pernah mengejutkan dunia pada suatu masa dahulu, gambar yang telah menaikkan nama-nama juru gambar diseluruh dunia. jelas sekali kebanyakkan gambar yang diambil lebih kepada kehidupan manusia. Enjoy it.


1. Tragedy of Omayra Sanchez (Frank Fourier)

2. Operation Lion Heart (Deanne Fitzmaurice)

3. Bhopal Gas Tragedy 1984 (Pablo Bartholomew)

4. After the Tsunami (Arko Datta)

5. World Trade Center 9/11 (Steve Ludlum)

6. The Power of One (Oded Balilty)

7. After the Storm (Patrick Farrell)

8. Thailand Massacre (Neil Ulevich)

9. War Underfoot (Carolyn Cole)

10. Kosovo Refugees (Carol Guzy)

Kemesraan Safee Sali & Bakal Isteri Baru Warga Indonesia


Gambar- Safee Sali Bakal Berkahwin Wanita Indonesia 28 Disember Ini | Safee Sali, pemain bola sepak kebangsaan dan penyerang Johor Darul Takzim (JDT) dilaporkan akan berkahwin dan memilih 28 Disember ini untuk menamatkan zaman dudanya.

Gambar- Safee Sali Bakal Berkahwin Wanita Indonesia 28 Disember Ini

Pilihan hati Safee adalah gadis Indonesia yang dikenali sebagai Sasha.


Majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan di Kg Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak.


Safee pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusof pada 2007 namun berakhir dengan perceraian pada April 2012.


Bersama Sabarina, Safee dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Syaza Syaqina, 4 dan Nur Syasya Sofirna, 2.

Gambar- Safee Sali Bakal Berkahwin Wanita Indonesia 28 Disember Ini

Buang hantu dalam badan, Gadis berusia 15 tahun dicabul tok bomoh


SABAK BERNAM – Kononnya ingin membuang hantu dalam badan bapa, sebaliknya anak perempuan lelaki itu pula menjadi mangsa cabul seorang bomoh di sebuah rumah taman perumahan di Sabak Bernam, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku sewaktu bapa mangsa berusia 46 tahun mendapatkan rawatan tradisional selepas mengadu sakit perut.
Gambar Hiasan

Menurutnya, sebaik tiba di rumah ustaz itu, lelaki yang turut membawa anak perempuannya berusia 15 tahun itu diarahkan suspek baring dengan keseluruhan badannya ditutup dengan kain dan menutup lampu rumah berkenaan.

“Suspek kemudiannya memberitahu kepada bapa mangsa hantu di dalam badannya itu telah berpindah ke badan anaknya (mangsa) dan menyuruh pelajar tingkatan tiga itu baring diruang tamu rumah dengan ditutupi kain,” katanya.

Noor Mushar berkata, suspek kemudiannya mengarahkan bapa mangsa bangun dan duduk di atas kerusi sambil suspek meneruskan rawatan ke atas mangsa kononnya ingin membuang hantu dalam badan gadis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad
“Sebaik saja bapa mangsa duduk di kerusi itu, dia yang kepenatan terlelap kira-kira 20 minit dan apabila tersedar dari tidur, dia terkejut apabila mendapati bomoh terbabit sedang leka meraba badan anaknya,” katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa yang berang dengan perlakuan jijik suspek itu terus mengajak anaknya itu pulang ke rumah.
“Semasa dalam perjalanan pulang, anak mangsa menceritakan kepada bapanya yang dia dicabul bomoh terbabit di bahagian dada dan kemaluan,” katanya.

Menurut Noor Mushar, bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.
Katanya, kes itu disasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.