Info AdSense: Adakah CTR yang tinggi akan membuat akaun Adsense dibatalkan?



images
Adsense adalah satu program pengiklanan yang diperakui dan diterima oleh segenap pengemar pengiklan. CTR di Adsense ialah Klik Melalui Kadar (Click Through Rate) yang bermaksud peratusan klik yang diterima untuk 100 halaman website anda.
Jika anda mendapat 1 klik untuk 100 halaman yang dilihat, CTR anda adalah 1% dan jika anda mendapat 1 Klik untuk paparan 1 halaman, CTR anda adalah 100%. Jika akaun anda menerima peratusan CTR yang tinggi, anda sedang menerima jumlah klik yang tinggi untuk jumlah unique visitor (UV) yang kecil.  Ini boleh menjadi hasil positif atau negatif.

Keadaan yang CTR tinggi tetapi tidak memberi masaalah kepada akaun Adsense anda.

Jika anda penerbit legit dan tidak memaksa sesiapa untuk klik laman web iklan anda sendiri, maka anda tidak takut mengenai CTR yang tinggi laman web anda. Terdapat beberapa situasi di mana CTR yang tinggi boleh berlaku. Pertimbangkan screenshot di bawah.
Capture
Berikut adalah keadaan CTR adalah lebih daripada 6%, kerana lalu lintas yang rendah dan beberapa klik yang sah. Saya mengingati cerita salah satu daripada rakan-rakan saya, yang mempunyai wang tunai keluar pada 35% CTR tanpa sebarang masalah.

Bagaimana keadaan yang CTR tinggi dan memberi masalah sebenar kepada akaun Adsense anda.

Tidak syak lagi jika CTR tinggi berlaku disebabkan oleh klik yang tidak sah, akaun Adsense anda pasti akan dibatalkan. Pertimbangkan contoh berikut.
Capture (1)
Jenis klik yang sebegini akan membuat akaun adsense anda dibatalkan serta merta. Screenshot ini menunjukkan bahawa seseorang telah membuat klik bom pada akaun anda. Jadi anda perlu sentiasa perhatikan akaun Adsense anda.

Kesimpulan

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk menjaga akaun Adsense anda pada tahap yang maksimum.
P/s: Jika anda mempunyai mana-mana blog lain untuk menambah senarai ini serta cara-cara lain untuk menjaga akaun Adsense anda daripada dibatalkan sila beritahu kami di bahagian komen kerana ia boleh memberi manfaat kepada ramai blogger yg ada akaun Adsense.. Selamat Maju Jaya !

Video Rakaman CCTV Kemalangan Kereta Paul Walker Tersebar





LOS ANGELES – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kemalangan sehingga meragut nyawa bintang Hollywood, Paul Walker mula tersebar di Internet.
Dailymail melaporkan, seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata kenderaan jenis Porsche itu dipandu laju sebelum berlakunya kemalangan sehingga kebakaran berlaku dengan begitu pantas.
Rakaman CCTV juga merakamkan asam hitam berkepul-kepul di udara sebaik kemalangan terjadi sehingga turut menampakkan ledakan seperti bola api ke angkasa.
Dalam kejadian Sabtu lalu, bintang t And The Furious itu berasama temannya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat.
Dia yang memandu kereta berkenaan dikatakan gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup. Rakaman YouTube mengenai kejadian itu boleh dikuti menerusi video di bawah

Datuk Mohamad Shahrum: Belia harus manfaatkan konsert K-Pop




KUALA LUMPUR – Belia boleh memanfaatkan konsert K-pop yang diadakan dalam program Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya tahun lepas sebagai sumber inspirasi mempelajari budaya dan bahasa asing negara itu.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Mohamad Shahrum Osman berkata ini kerana perspektif masyarakat kini mengganggap konsert yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan itu sebagai satu pembaziran.
“Ia tidak seharusnya dipandang negatif kerana konsert itu merupakan satu daripada tarikan kepada belia daripada 250 aktiviti yang dijalankan dan ditaja syarikat luar.
“Golongan belia boleh memanfaatkannya dengan mempelajari penguasaan bahasa asing dan tidak terhad kepada bahasa ibunda sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, di Jalan Hang Jebat, di sini, hari ini.
Mohamad Shahrum berkata mereka boleh mengenali budaya lain dengan lebih mendalam serta mengeratkan hubungan persahabatan, dan Korea kini terkenal dengan melahirkan artis-artis yang hebat serta menjadi ikutan di peringkat antarabangsa. – Bernama

SEBARKAN: Jangan Berhentikan Kenderaan Kalau Ditahan Keluarga Ini



Orang ramai dinasihatkan jangan memberhentikan kenderaan jika terlihat pasangan di atas meminta bantuan.
Hal ini kerana, lelaki dalam gambar tersebut dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika anda tidak memberikan wang yang diminta atau banyak soal kepadanya.
Pasangan ini dipercayai sudah berbulan-bulan aktif mengaut untung menggunakan modus operandi sama iaitu melambai meminta pertolongan kepada kenderaan yang lalu di tepi jalan sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Pasangan ini pernah dilihat di kawasan sekitar Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan  Citta Mall.
Terdapat beberapa kes melaporkan, lelaki dalam gambar ini dikatakan naik angin dan bertindak kasar apabila tindakannya meminta bantuan disoal.
Malah orang yang mengambil gambar di atas turut mendakwa lelaki tersebut mengejarnya dengan motosikal dan memecahkan cermin keretanya kerana marah sebaik menyedari gambarnya dirakam.
Orang ramai yang terlihat mereka disarankan menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. – REM RAMZI
Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign

Pencetus Ummah terus tarik perhatian

  • Pencetus Ummah terus tarik perhatian 
  • Pencetus Ummah terus tarik perhatian


RANCANGAN Pencetus Ummah yang menyasarkan untuk melahirkan pendakwah muda terus menarik perhatian ramai. Ternyata, ia merupakan rancangan Islamik kedua, selepas Imam Muda yang berjaya menarik perhatian ramai. 
Kali ini, setelah melalui saat getir di minggu pertama, Pencetus Ummah (PU) Fidz atau nama sebenarnya Mohd Hafidz Mohd Zawawi dari Machang, Kelantan sekali lagi berada di tiga tangga terbawah.
 
Di minggu pertama, memperlihatkan gerangan anak muda yang berusia 27 tahun ini bersaing hebat bersama PU Izzat dan PU Salman, namun kali ini dia ‘bergandingan’ pula dengan PU Fakhrul dan PU Hissam.
 
Biarpun menerima pujian daripada juri tetapnya, Datuk Abu Hassan dan Abby Fana serta juri undangan pada minggu itu iaitu Imam Muda Ashraf, namun entah di mana silapnya, PU Fidz tetap ‘tercalon’ untuk mengisi kedudukan di tiga terbawah itu.
 
“Sejujurnya, ketika melakukan persembahan di minggu kedua, emosi saya sedikit terganggu menyebabkan saya tidak fokus.
 
“Tapi, saya berjanji untuk melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk berada dalam PU lagi,” katanya.
 


Tambahnya, dia menganggap perkara ini sebagai satu ujian dari ALLAH SWT.
 
“Tambahan pula, bidang agama adalah satu bidang yang baru buat saya berbanding rakan-rakan lain yang punya pengalaman luas dalam bidang ini,” katanya.
 
Turut berkongsi kedudukan di  tangga tiga terbawah ialah PU Fakhrul atau nama sebenarnya, Fakhrul Islam Md Zain dari Melaka.
 
Katanya, kurang bersedia dan janggal membawa puisi adalah faktor utama kenapa dia berada di kedudukan itu.
 
“Malah semakin dekat di hari persembahan, saya juga gugup terutamanya dalam penyampaian puisi. Begitu pun, saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan benda baru,” katanya.
 
Bagaimanapun, katanya lagi, dia menyerahkan segalanya kepada ALLAH SWT.
 
Bagi PU Hissam pula, dia meluahkan rasa terkejutnya kerana berada di tiga tangga terbawah.
 
“Tapi, saya hormat dengan keputusan juri. Ini kerana juri lebih arif dan saya berdoa agar tidak tersingkir minggu depan,” jelasnya.
 
Undian dibuat 100 peratus oleh juri namun nasib tiga peserta yang berada di tiga terbawah ditentukan oleh undian penonton.
 
Hafiz menyerlah 
Minggu kedua PU menyaksikan 11 peserta berentap sesama sendiri menggunakan kreativiti masing-masing dalam berdakwah.
 
Keratan akhbar menjadi tajuk utama pada minggu itu.
 
PU Hafiz mendahului 11 peserta lain dengan 87.67 peratus diikuti dengan PU Yeop dengan nilai 87.00 peratus berkongsi mata dengan PU Shahul.
 
Sementara itu, PU adalah sebuah program realiti Islamik terbaru di Astro Oasis (saluran 106) bagi meneruskan legasi membentuk masyarakat terutama anak muda ke arah perilaku yang lebih baik dan berakhlak mulia.
 
Program ini menampilkan Dr Ridhuan Tee Abdullah sebagai pengacara.
 
Setiap peserta PU turut diberi tunjuk ajar oleh Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak.
 
Juara PU akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan kereta Toyota Prius C bernilai RM100,000.
 
Izzat tersingkir 
Terdahulu, PU Izzat atau nama sebenarnya Izzat Fathi Hisham pula menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada program ini.
 
Dia terkeluar setelah mendapat undian terendah daripada penonton setelah menjadi antara tiga peserta yang terbawah pada minggu pertama siaran PU.
 
Meskipun kecewa dengan keputusan itu, anak muda dari Pantai Remis, Perak ini tetap memasang niat untuk meneruskan perjuangannya itu.
 
“Dalam dakwah tiada erti putus asa. Biarpun tersingkir dalam PU, namun saya akan tetap meneruskan usaha dakwah saya. Masa depan saya masih lagi jauh di luar sana,” katanya.
 
Dalam pada itu, dia juga sempat berpesan kepada rakan seangkatannya yang lain.
 
“Kepada yang lain, teruskan perjuangan anda sekalian. Kalian mempunyai bakat yang besar.
 
“Ingat! Mengapa kalian berada di sini. Misi kalian adalah untuk berdakwah,” katanya.

TERKINI: KOLEKSI GAMBAR BANJIR DI KUANTAN, TERENGGANU DAN JOHOR 2013

















TERKINI !!!! KEJADIAN BANJIR DI KUANTAN PAHANG 2013 | AIR NAIK MENDADAK



TERKINI !!!! KEJADIAN BANJIR DI KUANTAN PAHANG 2013 | AIR NAIK MENDADAKAbang Bomba datang memantau keadaan banjir 
di Kuantan Pagi tadi..