ELLY TRAN HA MODEL SEKSI VIETNAM YANG 'HOT'


Elly Tran Ha merupakan model seksi dan hot dari Vietnam. Jom saksikan koleksi gambar menarik Elly yang lahir pada tahun 1987 dan menerima jolokan Paris Hilton Vietnam ini:

Dek Kerna Rasa Bersalah Curangi Kekasih, Seorang Wanita Mengambil Keputusan Dengan Gantung!!!

curang

DEK kerana rasa bersalah kerana berasmara dengan bekas kekasihnya dalam keadaan mabuk, seorang wanita Rusia mengambil keputusan menamatkan nyawanya dengan menggantung diri.
Alina Bogdanova, 28, ketika kejadian sudah pun mempunyai teman lelaki baru iaitu Arturas Pakalniskis.
Mayat Alina ditemui bekas kekasihnya, Aleksandrs Zuks, 29, keesokan paginya dalam keadaan tergantung di tangga rumah abang Alina.
“Saya tidur dengannya selepas dia datang ke bilik saya pada malam itu. Esoknya, saya melihat dia seperti sedang berdiri, namun apabila saya menghampirinya, bibirnya sudah membiru,” kata lelaki itu.
Zuks tinggal bersama abang wanita itu walaupun mereka sudah berpisah.
Sementara itu, Pakalniskis berkata, teman wanitanya itu seorang yang sangat ceria dan tidak menghadapi sebarang tekanan.
Gantung Diri Kerana Rasa Bersalah Curangi Kekasih
“Saya tahu Zuks tinggal bersama abangnya. Alina hanya berkata yang dia ingin bertemu abangnya. Itu sahaja,” ujarnya.
Kejadian itu dianggap sebagai suatu yang sangat tragis oleh keluarga dan kenalan mereka.
Oleh: ELZA
(Sumber: Daily Mail)

(Video) Rakaman 'jin' jilat makanan terdedah tersebar.. Mai Tengok!!!


Tak dapat dipastikan apakah objek hitam yang berterbangan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini yang kini menjadi viral di laman Facebook.



Menerusi video berdurasi 40 saat itu dapat dilihat objek itu pergi ke arah meja makan dan kemudiannya menjilat makanan yang terdedah di situ.

Memetik komen yang ada di status itu, memang terdapat kebenaran daripada ulama yang makanan dibiarkan terdedah akan dijilat oleh jin.

Sebab itulah, segala makanan harus disimpan dengan sebaik mungkin dalam bekas tertutup atau pun ditutupi dengan tudung saji.

Ini sekali gus menghindarkan lalat dan serangga daripada menghinggapi makanan dan mengelakkan makanan itu daripada tercemar.

Tips-Tips Malam Pertama dalam Islam.. Nak Tahu Bagaimana ?



Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :


Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)


Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Lagi-Lagi Foto Aksi Bog*l Pelajar Wanita Sekolah Menengah.. Up Load !!!




Sebenarnya admin tak nak keluarkan artikel ni sebab terlalu memalukan melihat kepada tingkah laku anak-anak pelajar ini.Namun setelah mendapatkan pandangan rakan-rakan admin keluarkan buat tatapan semua.Bukan berniat untuk menjatuhkan maruah orang MELAYU apatah lagi menghina tetapi atas dasar mahu memberikan kesedaran kepada diri admin dan semua agar kita lebih berhati-hati dalam menempuh liku-liku kehidupan yang rasanya semakin mencabar.

Pertamanya admin bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.

Di Sebabkan Terlalu Ketagih Diet Coke Seorang Wanita Sanggup Berbelanja Ratusan Ribu !!!

coke
Cheshire – Seorang wanita yang ketagih dengan minuman Diet Coke telah menghabiskan wang sebanyak £150,000 untuk membolehkannya minum hingga 16 liter minuman itu setiap hari.
Sehinggakan pada satu-satu masa, Jakki Ballan sanggup minum 50 tin Diet Coke sehari hanya dalam masa tiga jam.
Ibu kepada tiga orang anak itu mula minum Diet Coke ketika berusia 14 tahun dan sejak itu dia mula ketagih dengan minuman berkenaan.
Adakalanya dia sanggup membelanjakan £500 seminggu semata-mata untuk membeli Diet Coke.
Ballan juga akan panik jika bekalan coke itu tidak mencukupi.
Dia kini mula mendapatkan rawatan perubatan untuk mengatasi ketagihannya itu selepas mengalami halusinasi akibat minum terlalu banyak Diet Coke.
“Ketagihan ini membuat hidup saya kacau-bilau. Saya tidak boleh keluar rumah tanpa memastikan Diet Coke mencukupi.
“Saya kini bimbang dengan kesihatan saya dan saya mahu melihat anak-anak saya membesar,’’ katanya.

'Gara-Gara Ikan Emasnya DiMakan' Kuncing Dipaksa Panggang Hidup-Hidup!!! ZalimNya...

kucing

London – Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sanggup memanggang kucing hidup hidup dalam mikrowave hanya kerana menyerang ikan emasnya.
Laura Cunliffe, 23, mengaku memasukkan kucing berusia empat bulan itu dalam mikrowave selama lima minit.
Kucing betina itu bagaimanapun masih hidup selepas Cunliffe mengeluarkannya dari mikrowave namun kemudiannya mati.
kucing1
Susulan itu, mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas wanita kejam itu pada 13 Mac ini.
Menurut pendakwaraya, Brian Orsborn, Cunliffe memelihara kucing itu sejak ia berusia beberapa minggu.
“Anak kucing itu berada dalam keadaan parah selepas Cunliffe mengeluarkannya dari oven. Dia kemudiannya membawa binatang itu ke rumah saudaranya.
“Anak kucing itu tidak dapat bernafas dan mati 19 minit kemudian. Cunliffe telah menanamnya dengan bantuan seorang lelaki,’’ katanya.

VIDEO: Maksud Yang Tersirat Di Sebalik Goyang Kepala!!!



Selepas Melayu dan Cina, India adalah kaum ketiga terbesar di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa.
Tidak hairanlah, kebanyakan kita biasanya mempunyai kenalan India tidak kiralah kawan sekolah, jiran di kawasan perumahan mahu pun di tempat kerja.
Salah satu ciri yang dapat dikaitkan dengan masyarakat India adalah kegemaran mereka menggoyangkan kepala ketika berkomunikasi.
Tapi tahukah anda, setiap cara goyangan kepala ini sebenarnya mempunyai maksud tertentu?
Saksikan video di bawah dan anda pasti akan lebih memahami apa maksudnya apabila kawan atau mamak restoran menggoyangkan kepalanya ketika bercakap dengan anda. - REM RAMZI

Sesi Minum Bersama Rakan Bertukar, Suami Tak Sedar Isteri Jadi Mangsa Rogol Bergilir Gilir Rakan Sekerja ...


SIBU: Seorang isteri pekerja sebuah tapak pembinaan di Jalan Lanang di sini menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki pada malam Sabtu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia dalam lingku-ngan 20-an dikatakan mengikuti satu sesi minum ber-sama suami dan dua rakan lelaki mereka di kuarters pekerja di situ.

Difahamkan, selepas dua rakan lelaki berkenaan beredar dari situ pada jam 10.30 malam, pasangan suami isteri tersebut dikatakan mengajak beberapa orang rakan sekerja di tapak pembinaan tersebut untuk meneruskan sesi minum di bilik mereka.

Sesi minum tersebut dikatakan semakin rancak sehingga pasangan suami isteri terebut dikatakan tidak sedarkan diri sehingga keesokan pagi-nya.

Apabila si isteri terbangun pada pagi Ahad itu, dia mendapati pakaiannya berada dalam keadaan tidak teratur dan kusut.

Si isteri berasa hairan kerana dia tidak mungkin melakukan hubungan seks dengan suaminya kerana suaminya sudah tertidur terlebih dahulu.

Bimbang dan curiga sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya, si isteri kemudian bertanya kepada suaminya sama ada mereka berdua ada melakukan persetubuhan pada malam itu.

Selepas mendapati suaminya tidak menyetubuhinya pada malam itu, dia terus memberitahu suaminya bahawa dia mungkin dirogol secara bergilir-gilir oleh rakan sekerja di situ ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana sudah mabuk.

Satu laporan polis telah di-buat oleh pengadu di Balai Polis Sentral Sibu kelmarin.
~gambar hiasan~

Ketahui Kelebihan Bersuami Boroi, Gemuk ?

suami Boroi
BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang.
Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an.
Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam.
Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan.
Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan.
Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah?
Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap?
Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami.
Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti terbaik.
Sesiapa yang tidak fahami metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya!
Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi.
Itu berkaitan dengan boroi.
Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus.
Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.
Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.
23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus.
Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita.
Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita.
Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji ‘tembikai masak’ anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang.
Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap!
Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia.
Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk! – Sinar Harian Online

Disebabkan Tekanan Hidup, Sanggup Bakar Anak Saudara Bagi !!!

girl

Andra Pradesh – Akibat menjadi `bujang terlajak’ dan tertekan kerana tidak berkahwin, seorang lelaki sanggup menculik tiga anak saudaranya sebelum membakar mereka hidup-hidup.

Semuanya kerana dia cemburu dengan abangnya yang berkahwin dan mempunyai tiga anak perempuan sedangkan dia masih bujang.
Tindakan Nerendra Reddy, 37, itu yang menculik Sree, sembilan tahun, Akhsya (enam) dan Khushi (empat) mengejutkan penduduk setempat.
Apatah lagi ketiga-tiga kanak-kanak itu adalah cucu kepada ketua penduduk di kampung Dupalli.
Menurut anggota keluarga itu, Narendra, menculik kanak-kanak itu dengan mengumpan mereka coklat pada satu majlis perkahwinan.
Narendra kemudiannya menghubungi salah seorang anggota keluarga dan memberitahu bahawa dia tertekan kerana semua saudara-maranya sudah berkahwin sedangkan dia masih lagi membujang.
Narendra juga mengancam untuk membunuh diri.
Mayat Akshaya, Suri, dan Khushi ditemui di sebuah kolej kejuruteraan berhampiran majlis perkahwinan itu.
Botol petrol juga ditemui di tempat kejadian.

SEGERA: Tragedi Lapan Sahabat Di Sungai Muar…Tiga Mati Lemas, Lima Masih Hilang!

SEGERA: Tragedi Sungai Muar...Tiga Bersahabat Mati Lemas, Lima Masih Hilang!
SEGAMAT: Tiga mayat mangsa daripada lapan pelajar lemas ditemui petang tadi selepas seorang demi seorang terjatuh ke dalam Sungai Muar, Buloh Kasap di sini, pagi tadi ketika cuba menyelamatkan rakan.
Mayat mangsa pertama, Mohd Hafzul Daniel Norhasim, 16, ditemui pada jam 3.26 petang manakala mangsa kedua, Mohd Zikri Zaidi, 14, ditemui pada jam 3.41 petang, tadi.
Sementara itu, mayat mangsa ketiga, Nazrul Aminuddin Zamri, 14, ditemui lima meter dari mangsa kedua pada jam 4.22 petang.
Mangsa lain yang masih hilang dikenal pasti sebagai Mohd Zaki Zaid, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13; Mohd Shafiq Md Sukur, 16; Mohd Noreen Zainal, 14; dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, lapan remaja berkenaan dikatakan berjoging di kawasan berhampiran bersama empat lagi rakan mereka.
Kesemua mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap di sini, dan dikatakan keluar rumah pada jam 6 pagi sebelum melalui lokasi berkenaan.
Saksi kejadian yang juga rakan kepada kesemua mangsa, Mohamad Shahrul Abdul Halim, 14, berkata, beberapa rakannya kemudiannya mengajak mereka semua mandi di sungai berkenaan.
“Bagaimanapun, kami berempat menolak kerana tidak tahu berenang. Lapan rakan yang lain kemudiannya pergi ke tebing sungai.
“Kami sangka sungai berkenaan cetek dan tidak tahu ia kini dalam akibat kerja mengorek pasir,” katanya di lokasi kejadian.
Menurut Mohamad Shahrul, Mohd Hafizuddin yang berada di tebing sungai tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai berkenaan.
Katanya, Mohd Izuan Hakimi dan Mohd Noreen kemudiannya terjun untuk membantu namun mereka juga terkapai-kapai.
“Mohd Zikri dan Nazrol Aminuddin kemudiannya terjun untuk menyelamatkan mereka bertiga namun turut terkapai-kapai.
“Mohd Shafiq dan Mohd Hafzul Daniel kemudiannya menghulurkan kayu kepada mereka namun kedua-duanya turut terjatuh,” katanya.
Menurut Mohamad Shahrul, Mohd Zaki yang pandai berenang kemudiannya terjun untuk membantu namun akhirnya turut tenggelam.
Mohamad Shahrul berkata, mereka kemudiannya memaklumkan kejadian kepada orang ramai sebelum pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian.
Sementara itu, komander operasi mencari dan menyelamat, Asisten Superintendan Mansor Taib berkata, operasi menyelamat bermula pada jam 9.48 pagi membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah dan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra.
“Operasi berkenaan disertai 48 anggota keselamatan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bomba.
“Kami turut mendapat bantuan daripada 12 anggota unit skuba serta lima anjing pengesan daripada Unit K9,” katanya di lokasi kejadian.
Menurut Mansor, siasatan awal mendapati kedalaman sungai dianggarkan antara kira-kira 4.6 hingga enam meter.
“Kami turut mengurangkan penggunaan bot kerana ia boleh menyebabkan dasar sungai bergelodak dan menimbus mangsa,” katanya.
Mangsa lain belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan. – Harian Metro

“Ayah, Saya Sebabkan Kawan Mengandung…,”

2102PrankAyah


SEJAK wujudnya laman sosial video seperti YouTube, seakan wujud satu corak budaya baru apabila orang menghasilkan gurauan melampau atau ‘prank’ ke atas ahli keluarga, rakan ataupun pasangan mereka.
Mereka yang berniat melakukan perkara itu biasanya akan meletakkan kamera di tempat tersembunyi bagi mengelakkan mangsa mereka mengetahui aksi lucu, marah atau sedih yang spontan itu sedang dirakamkan.
Di laman Metro.co.uk, ada satu rakaman video seorang budak kulit hitam berusia 16 tahun melakukan prank ke atas bapanya sendiri.
Emmanuel Kellam yang berasal dari Nigeria memberitahu kepada ayahnya bahawa dia sudah pun menyebabkan seorang gadis yang dikenalinya mengandung.
Bapanya yang mendengar berita itu terkejut dan memarahinya dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Afrika termasuk mahu dia meninggalkan rumah serta pergi ke Nigeria untuk tinggal di sana.
Menurut bapanya, keluarganya akan memelihara bayi itu apabila dilahirkan nanti tetapi Emmanuel harus duduk dan tinggal di Nigeria.
Pada bahagian akhir, bapanya pergi ke belakang rumah dan mengambil sebatang penyapu untuk memukul anaknya. - IBNU K/Mynewshub.my