Jessica Rabbit - Menjadi Watak Animasi Paling Seksi Sepanjang Zaman !

JessicaRabbit_1
WATAK animasi dalam filem Roger Rabbit, Jessica Rabbit telah dipilih sebagai watak kartun paling seksi sepanjang zaman melalui satu undian melibatkan 1,000 peminat kartun.
Dalam undian pada 2009, itu Jessica menewaskan watak-watak kartun lain dengan mendapat sebanyak 37 peratus undi.
Watak kartun paling seksi kedua ialah Betty Boop yang popular dengan topi dan skirt pendeknya yang mendapat undian sebanyak 21 peratus.
Dalam satu maklumbalas peminat mengenai Jessica, mereka berkata watak animasi itu merupakan seorang yang seksi, menarik serta menyukai lelaki yang mempunyai unsur kelucuan dan dia akan melakukan apa sahaja untuk suaminya.
Undian dikendalikan syarikat pengeluar coklat terkenal Cadbury Dairy Milk. Bagaimanapun, watak animasi Cadbury Caramel Bunny hanya menduduki tempat ketiga dengan 10 peratus.
Selain Jessice dan Betty, watak kartun lain adalah Cadbury Caramel Bunny, Cinderella (7%), Snow White (7%) dan Daphne dari filem Scooby Doo (7%).
Menurut jurucakap syarikat Cadbury, tiga watak mendapat undian paling tinggi mempunyai kekuatan yang hampir sama iaitu mereka bersifat menarik dan menggoda.
Pada undian mengenalpasti sebab watak animasi itu seksi, bentuk badan mendapat undian paling tinggi dengan 28 peratus.
Mata yang menarik mendapat tempat kedua dengan 15 peratus dan suara mendapat tempat ketiga dengan 15 peratus undian.

 

Kerana Pakaian Menampakan Seluar Dalam - Farawahida Jadi Bualan Dan G-String Oleh Peminat Di Laman!!!

mynewshub.my


(Petikan: http://plbgaimacam.blogspot.com)
Dalam kegembiraan penyanyi Farawahida Razali bergelar isteri kepada jejaka pilihan  hati, Abdul Shukur Mohd Zain, timbul pula kontroversi lain membabitkan dirinya yang tidak sedap didengar.
Kontroversi itu berkaitan dengan sekeping gambar Farawahida yang diambil dari akhar Kosmo telah menjadi bahan bualan mulut gatal penggiat-penggiat laman sosial.
Perkara yang dipertikaikan mereka ialah garis seluar dalam Farawahida yang ketara dilihat di sebalik skirt merah jambu yang dipakainya.
mynewshub.my
Susulan itu, ada peminat menyarankan agar penyanyi lagu Tanpamu itu memakai
seluar dalam jenis g-string bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

Macam-macam pula dengan karenah dan kelakuan peminat di laman sosial.
Tak senang dibuat mereka hidup sebagai seseorang selebriti itu. Kesian pula dengan Farawahida yang baru berkahwin.

VIDEO: Lelaki Ditolak Dan Diseret Entiti Misteri !!!

VIDEO: Lelaki Ditolak Dan Diseret Entiti Misteri

TIDAK dapat dipastikan kebenaran video seram yang mula viral di laman YouTube ini.
Ia merupakan rakaman kamera pengawasan di salah sebuah tingkat bangunan yang menyaksikan seorang lelaki berjalan seorang diri sebelum dia tiba-tiba ditolak oleh satu bayangan entiti hitam.
Sebaik saja terjatuh, entiti tersebut dilihat menarik kakinya sehingga dia terseret beberapa kaki.
Lelaki yang ketakutan itu kemudiannya segera melarikan diri sebaik sahaja kakinya dilepaskan oleh entiti itu.
Pelbagai komen yang diterima daripada para penonton video tersebut.
Ada yang menganggap video tersebut sebagai asli, namun ada juga yang menyifatkan rakaman itu sebenarnya diubahsuai menggunakan teknik imej janaan komputer atau CGI.
Apa pun, saksikan dan nilailah sendiri kebenarannya…