Giliran Hatta Dolmat Jelas Isu Busana Neelofa

Giliran Hatta Dolmat Jelaskan Isu Busana Neelofa
JIKA pereka duo Wanpa menafikan ‘jumpsuit’ merah jambu yang dikenakan oleh Neelofa untuk Anugerah MeleTOP Era merupakan rekaan mereka, Hatta Dolmat turut memberikan kenyataan mengenai persalinan hijau rekaannya.
Ia dimuatnaik menerusi laman Facebooknya yang berbunyi:
“Cuba search google #anugerahmeletopneelofa, result show that high light of the main issue is about sexy, i nak clarify a few things about outfits neelofa malam #anugerahmeletopera #meletop, bila melibatkan media, Hatta rasa perbetulkan sedikit ralat disini, yang mana kita tahu ” little mistake still a mistake” untuk media dan umum yang mungkin terkeliru, outfit pertama rekaan bercirikan #jumpsuit #pink adalah rekaan pereka #wanpa, rekaan ini menimbulkan isu, namun bukanlah hal hatta untuk bercerita pasal rekaan #wanpa, mungkin bila #wanpa bersedia mereka akan tampil mengeluarkan kenyataan.

Reese Witherspoon Gemar Menari Hip-Hop

reese
Siapa sangka aktres kecil molek, Reese Witherspoon yang kelihatan seperti wanita lemah-lembut ini gemar menghadiri kelas tarian hip-hop sekiranya tidak terikat dengan sebarang aktiviti lakonan dan penggambaran filem.
Menurut pelakon berusia 37 tahun ini yang terkenal dengan watak gadis ‘bimbo’ menerusi filem Legally Blonde, ramai yang tak mengetahui mengenai hobinya yang satu itu.
“Ramai yang tak tahu mengenai perkara ini iaitu saya gemar menghadiri kelas tarian bergenre hip hop.
“Sejak sekolah lagi saya gemar mengambil kelas tarian tetapi saya tak pernah bagus menari,” katanya memetik Just Jared.
Reese yang sentiasa kelihatan awet muda, sudah pun memiliki tiga cahaya mata iaitu Ava, 15, Deacon, 11, dan Tennessee James Toth, 2.
reese1
Oleh: AUDREY LEE

Dituduh Raba Dalam Wad Hospital

Peniaga Wanita Dakwa Dicabul Doktor
Kuantan – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis dalam sebuah wad hospital pakar di sini, kira-kira tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Faiz Fitri Suhari, 23, dari Kampung Mak Chili Paya, Kemaman, Terengganu bagaimanapun menafikan perbuatan itu dan mohon dibicarakan.
Dia dituduh melakukan kekerasan jenayah mencabul kehormatan seorang wanita berusia 29 tahun ketika kejadian.
Tertuduh yang ketika itu berusia 21 tahun dituduh mencium pipi, mulut dan meraba kemaluan mangsa dalam sebuah wad di tingkat dua hospital terbabit, kira-kira jam 4.30 petang September 2011. - myMetro Online

Fesyen Baju Askar Zizan Cetus Kontroversi?

Zizan Razak
Masih belum habis lagi rupanya isu berkaitan Anugerah Meletop Era (AME) yang diadakan Sabtu lalu, memang betul-betul meletoplah sehinggakan tidak habis-habis diperkatakan orang ramai.
Tak cukup dengan isu pakaian ‘merepek’ Neelofa, isu Wak Doyok yang dikatakan terasa hati dengan Neelofa kini timbul pula isu berkaitan pakaian yang digayakan pemenang terbesar AME iaitu Zizan Razak.
 zizang

Liam Berpacaran Dengan Nina Dobrev?

liam
Bekas kekasih Miley Cyrus, Liam Hemsworth kini digosipkan bercinta dengan pelakon jelita, Nina Dobrev selepas kedua mereka dilihat bertemu janji di sebuah bar di Atlanta, baru-baru ini.
liam1
Difahamkan, Liam berada di Atlanta bagi menjalani penggambaran filem The Hunger Games: Mockingjay sementara Nina terikat dengan penggambaran drama bersiri The Vampire Diaries di sana.
Peminat yang ternampak kelibat mereka di situ mengatakan mereka kelihatan sangat mesra, seperti pasangan kekasih yang hangat dilamun cinta.
Adakah Nina merupakan wanita bertuah yang dapat mengisi kekosongan di hati Liam selepas dirinya berpisah dengan Miley sejak tahun lalu?
Sama-sama kita nantikan perkembangan pelakon sama cantik sama kacak ini.
Oleh: AUDREY LEE

Gambar ‘Selfie’ Terawal Di Dunia

Gambar 'Selfie' Terawal Di Dunia
PADA masa kini, tiada apa yang menghairankan tatkala melihat ramai pengguna lama sosial memuatkan gambar ‘selfie’ mereka.
Jika anda fikir ‘selfie’ hanya wujud selari dengan kemunculan Facebook dan Instagram, anda sebenarnya silap!
Gambar ‘selfie’ terawal telah dirakamkan pada tahun 1909 oleh sekumpulan jurufoto di Manhattan yang bernaung di bawah syarikat The Bryon Company.
Pemilik syarikat, Joe Bryon bersama rakan-rakannya telah merakamkan gambar mereka di atas bumbung bangunan 5th Avenue, New York.
Gambar 'Selfie' Terawal Di Dunia

Gambar 'Selfie' Terawal Di Dunia
Koleksi gambar tersebut kini dipamerkan di Muzium New York untuk tatapan ramai.
Bagaimanapun, sumber tertentu menyebut ‘selfie’ yang pertama di dunia diambil oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius pada tahun 1839.
Gambar 'Selfie' Terawal Di Dunia
Oleh: ELZA
(Sumber: Mirror UK)

Nabil Tak Mahu Lagi Masuk Pertandingan

Nabil Tak Mahu Lagi Masuk Pertandingan Lawak
MERASAKAN penilaian orang lain padanya agak tidak adil, pelawak dan pelakon Nabil Ahmad tidak lagi mengambil keputusan untuk tidak lagi memasuki sebarang pertandingan lawak kecuali jika kesemuannya bersaing secara solo.
Kami yakin ia berikutan kedudukan tercorot yang diperolehinya sewaktu pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) baru-baru ini yang menyaksikan kumpulan Sepahtu merangkul gelaran juara.
“Bagi saya penilaian orang lain pada saya agak tidak adil kerana saya satu kepala lawan tiga kepala dan bila saya buat lawak mereka rasa tak kelakar.
“Jadi selepas ini bila ada pertandingan solo, barulah orang boleh menilai secara individu, siapa yang lebih hebat,” ujarnya memetik laporan Sinar Harian.
Hmm, susah nak cakap, tapi kami rasa jika seseorang pelawak itu benar-benar hebat, pasti dia dapat meninggalkan kesan yang mendalam pada penontonnya walaupun cuma berseorangan di atas pentas.
Buat para pelawak sekalian, ambil positif setiap kritikan membina daripada para penonton sebab ia untuk kebaikan kerjaya anda juga.
Oleh: ELZA

Marc Anthony Berpisah Selepas Setahun Bercinta

marc
Penyanyi Marc Anthony dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Chloe Green selepas setahun berpacaran.
Menurut sumber Us Weekly, kesibukan kerjaya kedua mereka menjadi punca utama perpisahan tersebut.
marc1
Marc, 45, dan Chloe, 22, yang merupakan pewaris takhta perniagaan butik fesyen Topshop, mula membuat kemunculan bersama pada Anugerah Grammy tahun lalu.
Sebelum bertemu janji dengan Chloe, Marc pernah mendirikan rumah tangga dengan diva tersohor dunia, Jennifer Lopez dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak kembar, Max dan Emme yang kini berusia lima tahun.
Oleh: AUDREY LEE

Wajah Lee Min Ho Dipergunakan Di China?

minho
Sebuah klinik yang pakar dalam pembedahan plastik di China menyalahgunakan gambar bintang terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho dalam salah satu iklannya.
Selain wajah Min Ho, wajah seorang lagi penyanyi Taiwan, Harlem Yu turut disalahgunakan bagi tujuan yang sama.
iklan
Iklan tersebut dilihat dipaparkan di sebuah hentian bas di China yang menggambarkan imej Harlem sebelum menjalani pembedahan plastik dan wajah Min Ho pula digunakan seolah menunjukkan itulah hasilnya sekiranya mereka mengunakan perkhidmatan klinik tersebut.
Walau bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu masih lagi belum membuat sebarang kenyataan berhubung pengyalahgunaan gambar mereka dalam iklan tersebut.
lee min ho
Oleh: AUDREY LEE

77 Maut Pesawat Tentera Algeria Terhempas

Pesawat
ALGIERS – Sebuah pesawat pengangkut tentera Algeria terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini mengorbankan 77 orang dengan seorang terselamat.
Pusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum heiekopter dikerah menjalankan operasi mencari.
Pesawat berkenaan akhirnya ditemui terhempas di Gunung Fortas berdekatan pekan Ain Kercha, 50 kilometer di barat daya Constantine, bandar utama di sebalah timur Algeria.
Ketika nahas, pesawat dalam pernerbangan ke Constantine dari Tamanrasset yang kini dalam operasi ketenteraan besar-besaran berikutan keadaan tidak stabil di sempadan selatan negara itu.
Pesawat berkenaan membawa 74 penumpang dan empat anak papal, kata tentera Algeria dalam satu kenyataan.
Nahas dipercayai berlaku akibat cuaca buruk.
Satu-satunya penumpang yang terselamat setakat ini ialah seorang anggota tentera yang hanya mengalami kecederaan di kepala dan kini dirawat di hospital tentera.
Sementara itu, Agensi Pertahanan Awam Algeria berkata, pesawat berkenaan patah tiga dengan wanita dan kanak-kanak antara yang maut.
Menjadi satu kebiasaan pesawat pengangkut tentera Algeris digunakan bukan saja untuk membawa anggota tentera, malah anggota keluarga mereka, termasuk orang awam.
Komander tentera Farid Nechad, yang mengetuai pasukan penyelamat berkata, setakat ini 55 mayat sudah ditemui di tempat nahas namun cuaca sejuk dan terdapat salji menyukarkan operasi. – AP

Kuda Selesa Tinggal Di Dalam Rumah

GERMANY-ANIMAL-FEATURE
HOLT, Jerman – Seorang doktor perubatan, Stephanie Arndt memelihara seekor kuda di dalam rumahnya di utara negara ini.
Pada mulanya, dia membawa kuda tersebut ke dalam rumahnya ketika ribut Xaver melanda wilayah utara Jerman pada hujung tahun lalu.
Kuda betina itu yang kini berusia tiga tahun kemudiannya berasa selesa tinggal di dalam rumah.
Kuda baka Arab itu akan berjalan di ruang tamu dan diberi minum jus buah-buahan di ruang tamu rumah tersebut. – Agensi

Kandung Anak Bermuka Dua

Bayi
Sydney – Sepasang suami isteri berkeras enggan menggugurkan kandungan mereka yang disahkan mempunyai dua muka dan dua otak.
Renee Young dan Simon Howie dari Tregear, di sini, dinasihatkan doktor supaya menggugurkan kandungan itu yang pada mulanya disangka kembar.
“Kami terkejut apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan anak dikandung sebenarnya seorang saja, bukannya kembar,” kata Renee.
Imbasan tiga dimensi menunjukkan bayi itu mempunyai sepasang kaki dan tangan selain satu badan dan semua organ dalaman sempurna termasuk jantung.
Doktor sebelum ini menasihatkan kandungan itu digugurkan bagi mengelak anak berkenaan menghadapi kesukaran kelak kerana dianggap pelik.
Sebaliknya pasangan itu tegas mahu membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan dikelilingi orang yang menyayanginya.
Imbasan jelas menunjukkan dua muka bayi berkenaan masing-masing dengan mata, hidung dan mulut yang lengkap.
“Kandungan ini kini berusia 19 minggu dan sihat dengan degupan jantung serta otak yang kuat,” kata Renee dalam rancangan A Current Affair – In Both Brains.
Keadaan itu dikenali sebagai kraniofasial hiperhidrosis adalah sejenis kes kembar siam ekstrem dan terlalu jarang dilihat, malah hanya 35 kes direkodkan setakat ini.
Tidak satu pun mampu hidup melepasi usia kanak-kanak.
Kemungkinan itu tidak menggugat semangat pasangan terbabit, malah mereka berazam membesarkan bayi itu bersama tujuh anak mereka.
“Keluarga kami sangat rapat dan kami percaya mampu melindungi bayi ini tidak kira apa pun kecacatannya.
“Pada kami menggugurkannya perbuatan tidak bermoral.
“Anak ini tiada bezanya dengan kanak-kanak yang mempunyai autisme atau sindrom Down.
“Bayi ini sihat dan membesar elok dalam kandungan. Tidak wajar ia digugurkan,” kata Howie.
Sementara itu, pakar obstetrik Greg Kesby berkata, ini kali pertama dia melihat kes seumpama itu.- Agensi

Pelanggan Terkurung Dalam Bank

bank
London – Seorang pelanggan terkejut dan marah apabila ditinggalkan terkunci dalam bilik menunggu selama sejam selepas premis itu ditutup.
Wanita itu masuk ke bank Natwest berkenaan sejurus sebelum jam 5 petang untuk mendapatkan penjelasan mengenai akaunnya.
Pengurus cawangan terbabit membenarkannya menggunakan bilik menunggu untuk menghubungi pejabat khidmat pelanggan pusat bank berkenaan.
Bagaimanapun, wanita itu gagal menghubungi mereka dan keluar dari bilik itu untuk memaklumkan pengurus berkenaan namun terkejut apabila mendapati premis sudah ditutup.
“Saya terkejut apabila mesin penggera berbunyi selepas saya cuba membuka pintu.
“Ketika menghubungi pihak polis, mereka memaklumkan saya perlu menunggu sejam untuk mendapat bantuan,” katanya.
Wanita itu akhirnya berjaya menghubungi pihak keselamatan bank yang mencadangkan dia keluar melalui pintu kecemasan.
“Sudah tentu saya menolak. Bagaimana jika mereka temui kesan cap jari saya yang menimbulkan masalah lain kelak?” katanya.

Nurul Izzah Bergaya Cantik Untuk Majalah Nona

Nurul Izzah Nampak Cantik Jadi Penghias Majalah Nona
Wah, terserlah kejelitaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah apabila disolek dan dijadikan penghias majalah terbitan Kumpulan Karangkraf, Nona bagi isu Mac 2014.
Siapa sangka, setuju pula Nurul Izzah untuk bergaya persis model dan bercakap tentang dirinya di saat Parti Keadilan Rakyat sibuk menumpukan perhatian pada PRK Kajang tidak lama lagi kan?
Apa pun, inilah tulisan wartawan majalah Nona hasil temubual eksklusif bersama Nurul Izzah sempena tema ‘Rich and Famous’:
Bukan mudah untuk membuat keputusan memilih siapakah yang bakal menghiasi Nona edisi Mac memandangkan tema kali ini adalah ‘Rich & Famous’, saat redaksi Nona bertungkus lumus memetik nama setiap personaliti yang terlintas, namanya dijulang sebagai wajah tepat untuk diabadikan. ‘Rich’ bukan bermaksud kaya dari segi kewangan, namun beliau seorang yang kaya dengan nilai juang dan semangat berkobar sebagai seorang ahli parlimen Pantai Dalam, ‘Famous’ pula bukan bererti bintangnya bagaikan seorang primadona namun jati diri, kebijaksanaan dan sikapnya yang tenang membuatkan namanya dikenali ramai. Jika tidak masakan beliau berjaya memenangi pemilihan buat dua penggal berturut-turut.

16 Proton Dirampas, 2 Lelaki Ditahan

Pen. Editor Bernama Kecurian Kereta Di Alam Damai
KUALA LUMPUR – Polis Serdang berjaya menumpaskan ‘Gang Proton’ yang dipercayai terbabit dalam kes mencuri kereta jenis Proton di sekitar Serdang, Puchong dan Petaling Jaya sejak November tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias, menerusi Ops Lejang, kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan di Puchong semalam.
“Hasil tangkapan kedua-dua suspek, polis menemui empat kereta Waja, sembilan Satria, dua Iswara, sebuah Putra serta satu enjin yang telah dilerai di sekitar daerah Serdang dan Petaling Jaya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau dan turut positif dadah jenis ‘methamphetamine’ dan
‘amphetamine’.
Beliau berkata seorang daripada suspek merupakan mekanik dan modus operandi mereka ialah menyasarkan kenderaan yang diparkir di tepi jalan, flat dan kondominium.
“Dalam masih dua minit sahaja mereka melakukan kerja ini dengan menggunakan pelbagai peralatan untuk membuka pintu kereta sebelum melarikannya,” kata Abd Razak.
Kedua-dua suspek direman sehingga Jumaat ini. – BERNAMA

Sedih Ibu Bapa Mereka Didakwa Di Sweden, Empat Adik Beradik Tak Ke Sekolah

Sedih Ibu Bapa Mereka Didakwa Di Sweden, Empat Adik Beradik Tak Ke Sekolah
KOTA BHARU – Keluarga pasangan suami isteri rakyat Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal redha dengan keputusan mahkamah bagi mendakwa kedua mereka secara berasingan atas tuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka.
Abang Shalwati, Badrul Hisham Mahzan, 55, ketika dihubungi menjelaskan tiada apa yang dapat dilakukan selain terus berdoa agar suami isteri itu akhirnya dibebaskan dan kembali bertemu anak-anak mereka.
Perbicaraan kes pasangan itu berkemungkinan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.
Keempat-empat anak mereka, Aisyah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, kini berada dalam jagaan ibu saudara mereka, Shaleena Norshal, 42, di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor.
Azizul Raheem yang merupakan pengarah Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji ditahan pada 18 Disember lalu untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul anak mereka yang tidak bersolat.
Berikutan penahanan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia minggu lalu.
Sementara itu kempat-empat anak pasangan tersebut dikatakan sedih dengan berita berkenaan dan tidak ke sekolah pada Selasa.
Wakil keluarga berkenaan memaklumkan, adik beradik berkenaan tidak mahu diganggu dan dan memerlukan privasi. – Astroawani.com

Pelakon Video Teresa Kok Dakwa Kononnya Tiru Pelakon HK, Bukan Tiru Ahli Politik

Pelakon Video Teresa Kok Dakwa Tiru Pelakon HK, Bukan Tiru Ahli Politik
KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang berlakon sebagai Mrs Jit dalam video kontroversi Onederful Malaysia CNY 2014 berkata, wataknya sepatutnya menggambarkan pelakon Hong Kong, mendiang Lydia Shum.
“Saya tidak tahu mengapa orang ramai mengatakan watak saya menggambar seorang ahli politik di negara ini.
“Peminat-peminat program televisyen Hong Kong pastinya faham mengenai gambaran itu dibuat merujuk kepada Lydia Shum,” kata Lim Ching Miau, 32, ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.
LydiaShum
Pelakon wanita itu menjelaskan bahawa pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menghubunginya antara dua dan tiga hari sebelum rakaman video itu dibuat. – Mstar.com.my

Rosyam Nor Bergelar Penyampai Radio

Twitter Boleh Bikin Orang Berbalah - Rosyam Nor
Makin bertambah dan murah rezeki Dato Rosyam Nor sejak menimang cucu ni kan.
Terbaru, pelakon berbakat besar ini telah dilamar oleh stesen radio popular, Hot FM untuk bergelar penyampai di radio mereka.
Rosyam akan ditugaskan mengendalikan segmen Doktor R yang akan bersiaran setiap Rabu, pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.
Segmen tersebut akan menunjukkan kebolehan Rosyam menjawab pelbagai permasalahan pendengar dari segi cinta, kewangan dan sebagainya.
Selain Rosyam, dua lagi pelakon yang sedang meningkat populariti mereka iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz pula akan bergandingan dalam segmen Diva @ AM Krew yang diadakan dari setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 pagi dan ulangannya pada 9.00 pagi.

VIDEO: Reaksi Orang Awam Lihat Kes Culik

VIDEO: Reaksi Orang Awam Lihat Kes Culik
KES penculikan kanak-kanak merupakan jenayah yang cukup digeruni oleh sesiapa sahaja yang bergelar ibu-bapa sejak dulu lagi.
Bukan sedikit kejadian culik berakhir dengan pembunuhan kejam.
Jika ada yang terselamat, mereka mungkin akan mengalami trauma dari segi  fizikal dan mental.
Video yang bakal anda saksikan ini merupakan eksperimen yang dijalankan oleh beberapa individu yang ingin melihat reaksi orang awam tatkala melihat jenayah ini.
Secara tidak langsung, ia memperlihatkan sikap sesetengah pihak yang mengambil mudah perkara yang mencurigakan di sekeliling mereka.
VIDEO: Reaksi Orang Awam Lihat Kes Culik

Amir (Raja Lawak) Dakwa DIGILAI Dua Wanita Muda

Amir (Raja Lawak)
PETALING JAYA – Pelawak Amir (Raja Lawak) mendedahkan telah menemui cinta hati selepas kecewa dengan lima wanita yang cuba mengambil kesempatan dan mempermainkan perasaannya sebelum ini.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25, berkata, dia digilai oleh dua orang wanita yang tinggal di Kuala Lumpur selepas mereka berkenalan melalui aplikasi sosial WeChat iaitu ‘people nearby’ dan ‘shake’.
“Saya mengaku sekarang ini ada dua orang wanita yang ‘gilakan’ saya. Dua-duanya orang KL (Kuala Lumpur). Kami kenal melalui WeChat. Saya mengaku saya sukakan mereka,” katanya kepada mStar Online.
Dalam laporan portal ini tidak lama dulu, Amir membuat pendedahan dikecewakan lima wanita termasuk seorang yang bekerja sebagai jururawat.
Kelima-lima mereka menggunakan Amir untuk mengambil kesempatan menyebabkan dia serik untuk terus jatuh cinta.
Dalam pada itu pemuda yang berasal dari Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan ini berkata, perkenalannya dengan dua wanita berkenaan yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun, pada peringkat mengenali hati budi masing-masing sebelum dia memilih calon terbaik untuk dijadikan teman istimewa
Katanya, kedua-dua wanita itu juga turut meluahkan perasaan mencinta Amir termasuklah menghantar mesej-mesej berbau sayang setiap masa.
“Di antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut Amir, disebabkan ketiadaan kerjaya tetap dan mengharapkan pendapatan sebagai pelawak, dia belum memutuskan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.
Bercerita mengenai kerjaya, Amir berkata dia lebih banyak dijemput menjadi pengacara untuk majlis-majlis tertentu yang kerap kali dikendalikan bersama pelakon Bell Ngasri.
Walaupun pendapatannya tidak menentu namun dia tidak pernah berkira dengan bayaran yang bakal diberikan penganjur bagi mengendalikan sesebuah majlis.
“Saya tak ‘demand’ pun. Biasanya untuk satu-satu majlis, kalau diberikan bayaran dalam RM3,000 pun saya ambil. Jumlah tu kalau tinggi, boleh dibincangkan lagi. Apa yang penting saya dapat pekerjaan untuk menyara hidup,” katanya. –  mStar Online

Pokok Petai Disangka Menangis, Rupanya Air Kencing Serangga….

Pokok
PASIR MAS – Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu di sini.
Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata.
Penduduk Kampung, Abdul Razak Manaf, 57, berkata, kejadian itu mula berlaku pada malam Jumaat lalu dan berlarutan sehingga semalam.
“Saya menyedari kejadian pelik ini pada jam 3 pagi dan mulanya menyangka ia adalah tangisan anak kecil jiran sebelah rumah.
“Selepas bertanyakan perkara tersebut kepada jiran, saya diberitahu tiada tangisan yang berlaku pada malam itu,” katanya.
Menurutnya, bagaimana pun tangisan itu berulang kembali pada malam berikutnya.
Abdul Razak berkata, disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal dia mengambil keputusan untuk mengesan bunyi tangisan itu.
“Saya terkejut apabila mendapati ia datang dari sebatang pokok petai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

Tebuk Pipi Untuk Dapat Lesung Pipit

cheryl
London – Sanggup berhabisan sehingga RM 16,450 semata-mata untuk mendapatkan lesung pipit seperti penyanyi pujaan. Itu yang dilakukan peminat fanatik anggota Cheryl Cole iaitu Cherelle.
Dia yang juga pelatih peguam berkata, lesung pipit Cheryl Cole sangat menawan menyebabkan dia berasa kecewa kerana tidak memiliki lesung pipit sendiri.
“Saya memang sukakan Cheryl dan lesung pipitnya,’’ katanya.
Susulan itu, dia telah menemui doktor dan kemudiannya pisau bedah digunakan untuk menebuk lubang di pipinya.
Sebaik sahaja lubang ditebuk, maka jadilah lesung pipit.
“Saya mendapat tahu mengenai pembedahan itu daripada rakan-rakan. Kini saya gembira kerana ia akan kekal,’’ katanya.
Biarpun dia tidak menyangka lesung pipit itu agak dalam, namun Cherelle gembira dengannya dan tidak berhenti tersenyum.

BR1M 3.0 Akan Dikredit Ke Akaun Penerima 22 Feb – PM

BR1M 3.0
KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi laman Facebooknya hari ini, Najib berkata bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.
Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lalu, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lalu, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.
Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia. – BERNAMA

Kes Dera: Komen Jiran Pasangan M’sia Di Sweden

Kes Dera: Komen Bekas Jiran Pasangan Malaysia Di Sweden
KES penahanan pasangan suami isteri warga Malaysia di Sweden mendapat liputan meluas hingga ke peringkat antarabangsa.
Rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib pasangan ini apatah lagi mereka dikatakan memukul anak-anak hanya kerana tidak solat.
Begitu pun, kini tersebar pula satu print screen status Facebook yang dikatakan dimuat naik oleh bekas jiran pasangan berkenaan ketika mereka tinggal berdekatan di Sweden.
Tidak pasti sejauh mana kebenarannya namun ia mungkin memberikan dimensi baru bagaimana kes ini boleh menjadi sebesar ini hingga melibatkan tindakan undang-undang.

Status tersebut berbunyi:
1

Remaja Carut Ibu Hanya Kerana ‘Ariana Rose’

Remaja Carut Ibu Hanya Kerana 'Ariana Rose'
BUDAK-BUDAK zaman sekarang memang gemar menjadikan laman sosial sebagai medium untuk melepaskan kemarahan kepada sesiapa sahaja termasuklah keluarga sendiri.
Entah apa yang mereka dapat pun kami tak tahu.
Sebagai contohnya, status yang ditaip di Twitter oleh seorang remaja perempuan ini.
Hanya kerana dileteri ibunya kerana belum menunaikan solat Maghrib kerana sibuk menonton drama bersiri popular ‘Ariana Rose’, dia dengan sewenang-wenangnya mencarut terhadap ibunya hingga terkeluar perkataan ‘babi’.