Pendedahan Mengejutkan Peserta Ratu Rantik

Maya Nava
Venezuela – Seorang remaja yang bercita-cita menjadi Miss Venezuela bukan sahaja melakukan pembedahan hidung dan implan payu dara, malah sanggup menjahit plastik di lidahnya, bertujuan memastikan dia sentiasa kurus.
Maya Nava ketika mendedahkannya berkata, apabila plastik itu dijahit ke lidahnya, dia akan berasa sangat sakit apabila makan makanan pepejal.
Dia hanya boleh makan makanan berupa cecair dan sungguhpun ia merupakan sesuatu yang menyakitkan, namun Maya berpendapat itu sahaja cara untuk memastikan dia kekal langsing serta berpeluang menjadi ratu cantik.
“Saya berasal dari keluarga miskin dan saya mahu orang ramai tahu bahawa kami juga boleh berjaya.
“Hanya dengan menjadi ratu cantik, maka ia dapat mengubah nasib saya dan keluarga saya serta keluar daripada kemiskinan ini,’’ katanya ketika ditemubual BBC 3.
Harapan tinggi Maya itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia menetap di Santa Cruz, iaitu kawasan di mana pembunuhan berlaku setiap 40 minit.
Dengan memenangi Miss World, karier mereka dalam bidang hiburan akan berkembang dan dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.
Maya merupakan antara peserta yang menyertai kem kecantikan yang ketat yang diselia oleh Osmel Sousa.
Dalam kem itu, mereka sentiasa diawasi oleh kamera dan pembedahan kosmetik merupakan perkara rutin.

Jual Barang Kemas, Bayar Hutang Judi

mariam
London – Bekas isteri Sultan Brunei, Mariam Aziz mengaku menjual barang kemasnya bagi membayar hutang judi berjumlah lebih £1 juta di kasino di sini.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan melibatkan pengawal peribadinya, Fatimah Lim yang dituduh mencuri berlian bernilai £12 juta daripadanya dan menggantikan dengan berlian replika.
Fatimah mendakwa dia berbuat demikian untuk membayar hutang judi selama 20 bulan ketika Mariam mengunjungi kasino di seluruh dunia.
Bagaimanapun Mariam menafikannya dan memberitahu bahawa dia tidak pernah meminta sesiapapun terutama Fatimah untuk menjual berlian berkenaan kerana dia sendiri boleh membayar hutang itu.
Fatimah telah diupah oleh Mariam sebagai jurulatih badmintonnya sebelum menjadi pengawal peribadinya.
Dalam sesi perbicaraan itu juga, Mail Online melaporkan mahkamah mendengar keterangan bahawa Mariam, 57, pernah rugi sebanyak £500,000 hanya dalam semalam, ketika berjudi di London.
Wanita itu yang juga bekas pramugari dilaporkan kerap mengunjungi kasino di Singapura, Macau dan London – termasuk Clermont Club di Berkeley Square , di mana dia mempunyai had kredit sebanyak £2.5 juta.
Mahkamah turut dimaklumkan Mariam memujuk pengawal peribadinya yang beragama Islam untuk berjudi dan memberi cip judi bernilai £1,500 pada satu-satu masa meskipun ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Mariam yang memiliki hartanah di Leicestershire, Kensington, dan Singapura mendakwa dia tidak mempunyai masalah untuk menyelesaikan hutang judinya.
Sultan Hassanal Bolkiah dan Mariam bercerai pada 2003 selepas 21 tahun berkahwin serta mempunyai empat orang anak.
Perbicaraan itu bersambung.

Mahu Pegawai Kadet Pelihara Imej Tentera

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

PORT DICKSON – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Sabtu mengingatkan pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar memelihara imej tentera bagi memastikan pasukan itu kekal mulia di mata masyarakat.
Titah baginda untuk itu mereka perlu sentiasa mematuhi disiplin ketenteraan selain menjaga tingkah laku agar tidak mencemarkan imej dan reputasi ATM.
Baginda turut menggesa pegawai kadet ATM agar terus mengejar ilmu bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan agama.
Walaupun negara dalam keadaan aman sekarang, ancaman boleh datang pada bila-bila masa dari dalam dan luar negara dalam pelbagai bentuk, titah baginda sempena Perbarisan Pentauliahan Diraja 61 pegawai kadet tauliah jangka pendek ke-76 di Kolej Tentera Darat (KTD) di sini.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat itu. Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Tuanku Abdul Halim turut menasihati pegawai kadet berkenaan agar mencontohi kecemerlangan perwira terdahulu.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua mencemar duli berangkat menyempurnakan istiadat perbarisan pentauliahan diraja itu yang diketuai Pegawai Rendah Kanan Nor Ikhmar Madarsa.
Nor Ikhmar kemudian diumum sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik manakala Pegawai Rendah Muda Mohamad Shafiq Ramzan dinobat Penuntut Terbaik Kemahiran Ketenteraan.
Kumpulan pegawai kadet itu ialah yang terakhir diurus selia oleh KTD yang akan distrukturkan semula menjadi Akademi Tentera Darat.
Turut diadakan hari ini adalah acara penurunan bendera KTD sebagai simbolik penstrukturan semula kolej. Bendera itu kemudian dipersembah kepada Tuanku Abdul Halim oleh Komandan KTD Kolonel Abdul Aziz Ahmad. – BERNAMA

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Sepahtu
SHAH ALAM – Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Shiro yang disertai oleh Shahrul dan Ajak. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.
Sementara itu kumpulan Bocey mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.
Bocey Turut memenangi kategori Man of the Match.
Kumpulan Jambu menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Manakala peserta solo iaitu Nabil Ahmad berada di tempat kelima. Nabil mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2013 akhir itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish.
Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.
Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani.
MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November lalu, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). – mStar Online

Liga Super: Penyokong Berbalas Baling Objek

Liga Super
KUANTAN – Suasana tegang berlaku di luar Stadium Darul Makmur berikutan provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebaik perlawanan tamat, malam tadi.
Difahamkan, situasi berlaku apabila penyokong Johor DT cedera, dipercayai akibat dibaling objek keras.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikatakan mengambil hampir setengah jam untuk mententeramkan keadaan.
Situasi kembali tenang apabila penyokong Johor DT diiring masuk ke bas masing-masing. Tiada tangkapan dibuat.
Polis turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan walaupun tercetus insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor DT.
JDT

Tak Tahan Dipersenda, Murid Terjun Tingkat 3 Bangunan Sekolah

Tak Tahan Dipersenda Guru, Murid Terjun Bangunan
Johor Bahru: Hukuman denda luar biasa seorang guru sebuah sekolah di Skudai, dekat sini, supaya sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki dengan mempersendanya beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas dipercayai menyebabkan murid berkenaan tertekan dan tidak lama kemudian, dia didapati terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.
Dalam kejadian jam 1.40 petang, 5 Februari lalu, murid tahun lima dikenali sebagai Aziz yang juga pengawas sebuah sekolah di Mutiara Rini, Skudai, didenda guru kelasnya kerana membuat bising ketika sesi pembelajaran.
Aziz diarah berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid perempuan dengan niat mempersendanya.
Bapa murid itu dikenali sebagai Mohamad, 50-an, mendakwa selepas kejadian, pengurusan sekolah menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu.
Menurutnya, keluarganya terkilan dengan kejadian menimpa Aziz kerana difahamkan dia terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas didenda guru kelasnya.
“Dia dikelilingi sekumpulan murid perempuan menyebabkannya malu serta tertekan,” katanya.
Mohamad berkata, dia diberitahu isterinya anak mereka terjatuh dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada jam 1.50 petang.
Bagaimanapun, menurutnya dia tidak pasti sama ada Aziz terjatuh atau sebaliknya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
“Saya sudah bertemu pengurusan sekolah, namun tidak mendapat maklum balas memuaskan.
“Kedua-dua kaki Aziz patah dengan kaki kirinya patah di dua bahagian,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum dengan kejadian berkenaan dan berharap pengurusan sekolah melakukan siasatan serta memberi penjelasan penuh kepada keluarga murid itu. – myMetro

Balai Polis Bukit Tengah Dibaling Bahan Letupan

Letupan
BUKIT MERTAJAM – Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.
“Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.
“Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.
Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir.
Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat,” katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), DSP Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – BERNAMA
Foto: BH Online

Makanan Restoran Serina Indah Khabar Dari Rupa?

Makanan Di Restoran Serina Indah Khabar Dari Rupa?
Selera manusia tidak sama, kadang-kadang sedap di mulut kita tapi sebaliknya bagi orang lain.
Sebab itulah ada sesetengah restoran yang jadi kegemaran kita, mungkin tidak disukai sesetengah rakan-rakan kerana berasakan ia tidak kena dengan selera mereka.
Bagaimanapun apabila restoran itu milik selebriti popular, sudah tentulah sedikit sebanyak orang akan berminat untuk menyebarkan sebarang testimoni yang didengar.
Mungkin itulah yang berlaku apabila beberapa pelanggan dikatakan mengadu kepada sebuah akhbar tempatan bahawa makanan yang disajikan di restoran pelakon, Serina Redzuawan indah khabar dari rupa.

Tazkirah Tanpa Tauliah… Anwar Bakal Ditahan?

Anwar Tazkirah
JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini sudah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di dalam Selangor tanpa tauliah atau beliau akan ditahan.
MAIS dan JAIS menyekat Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menemui penduduk Kajang dengan menggunakan masjid yang sememangnya terletak di bawah pentadbiran MAIS kerana Anwar tidak memiliki tauliah.
Anwar kini sedang dalam rangka program turun padang dan menemui penduduk Kajang kerana beliau sudah diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac depan.
MAIS telah memberi amaran akan menangkap Bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dia didapati memberikan tazkirah di masjid atau surau di Selangor pada hari pertama kempen.
Bagaimanapun keligatan Anwar untuk menemui penduduk Kajang dalam suasana masjid atau surau tidak boleh dihalang kerana beliau sedar itu merupakan antara satu lokasi yang hati pengundi terutamanya warga Melayu dan beragama Islam.
Anwar pasti mahu memberi gambaran beliau sebagai seorang tokoh versatile yang mampu memberikan ucapan, ceramah serta tazkirah tidak kira atas apa isu dalam apa bidang sekalipun termasuk bidang agama.
Semalam, Anwar dalam laman Facebooknya memuatnaik gambar beliau sedang memberikan tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Mynewshub.my menghubungi bahagian Penguatkuasaan Jais berkenaan gambar berkenaan dan jurucakap Jais berjanji akan melakukan siasatan melalui laman Facebook dan blog Anwar berkenaan butiran program beliau yang mempunyai program ceramah.
Surau berkenaan terletak di bawah seliaan Jais tetapi ia diuruskan oleh bahagian daerah Hulu Langat.
Menurut jurucakap Jais, jika terdapat ada pelanggaran peraturan atau Anwar memberikan tazkirah di masjid atau surau tanpa tauliah, pihak Jais akan mengambil tindakan.
Malam ini, Anwar bakal menghadiri Kuliah Datuk Ustaz Siddiq Fadzil di Kolej Universiti Dar Al Hikmah di Sungai Ramal Dalam di Kajang namun tidak diberitahu bahawa ada program tazkirah atau tidak.
Bagaimanapun, dengan masa program berlangsung dari pukul 9 hingga 12 tengah malam, sudah pasti Anwar akan diberi peluang untuk bercakap kepada para pengunjung.
Kini, terpulang pada pihak Jais untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas Anwar jika bakal calon PRK Dun Kajang itu melanggar peraturan melibatkan tauliah. – KUMBANG WIRA/Mynewshub.my

Pendakwah Minta Maaf Sebar Cerita Papadom Guna Minyak Biawak, Tosai Dicampur Tuak…

Pendakwah Minta Maaf Sebar Cerita Tosai Dicampur Tuak...
PADA 27 Januari lalu, Ustaz Shukri Harun telah menaikkan satu status yang agak kontroversi di Facebook.
Status yang dikatakan bersumber daripada pembakar mayat agama Hindu itu memberi amaran agar umat Islam menjauhi dua makanan India iaitu papadom dan tosai kerana ia digoreng menggunakan minyak biawak dan dicampur tuak.
Ustaz Shukri turut menimbulkan isu berkenaan air kencing lembu disimbah di kuali di restoran mamak.
Status ini mendatangkan perasaan kurang senang sebilangan pihak apatah lagi terdapat ramai juga saudara seislam yang berbangsa India.
Jadi beberapa individu telah menghubungi Ustaz Shukri untuk membetulkan fakta yang silap dan boleh menimbulkan prasangka dalam masyarakat ini.
Selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan, Ustaz Shukri akhirnya memuatnaik status bahawa papadom dan tosai adalah makanan yang seratus peratus bersumberkan sayuran.

Siapa JUARA Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang Setengah Juta Ringgit Malam Ini?

final
DALAM beberapa jam sahaja lagi, gelaran unggul Maharaja Lawak Mega 2013 bakal dinobatkan di antara salah satu daripada lima finalisnya.
Lima nama yang berjaya ke peringkat finale pada malam ini ialah kumpulan Shiro, Jambu, Bocey, Sepahtu dan satu-satunya peserta solo, Nabil Ahmad.
Selepas 12 minggu bertarung menambat hati peminat dan juri, pertarungan akhir ini dilihat bakal memberikan saingan hangat di antara mereka.
Jika dilihat daripada minggu ke minggu, dua kumpulan ini iaitu Shiro dan Bocey yang paling konsisten untuk meraih gelaran juara, ini kerana mereka sentiasa memberikan lawak yang baru dan tidak berulang-ulang pada setiap minggu.
Walaupun dilihat sebagai generasi pelawak baharu, Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad, berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri yang nyata terhibur dengan lawak ‘fresh’ dihidangkan mereka, namun seperti biasa, ramai menjangkakan Bocey tidak ‘tergapai’ tangan mereka untuk bergelar juara disebabkan kekurangan peminat jika dibandingkan dengan finalis yang lain.
Tapi tak mustahil Bocey boleh membuat kejutan pada malam ni kan!

Seorang Lagi ANGKASAWAN NEGARA Akan Dihantar Ke Stesen ISS

Seorang Lagi ANGKASAWAN NEGARA Akan Dihantar Ke Stesen ISS
KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka menghantar angkasawan keduanya ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2017 atau 2018, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.
Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu bergantung kepada keadaan semasa ekonomi negara.
“Bagi Program Angkasawan Kedua ini kita telah mempunyai seorang calon sedia ada yang hanya menunggu masa sahaja. Tapi ini masih terbuka kepada calon-calon lain yang berminat menjadi angkasawan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Malaysian Space Odyssey: 20 Years With National Planetarium’ sempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan Planetarium Negara di sini, hari ini.
Malaysia buat julung kalinya menghantar angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke ISS dengan roket Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007, hasil kerjasama dengan Rusia dan beliau menjalankan pelbagai penyelidikan antaranya membabitkan sel kanser dan leukemia di stesen angkasa itu.
Ewon berkata, kerajaan kini juga sedang merangka pembinaan satelit ‘remote sensing’ bagi memantau permukaan bumi iaitu RazakSAT-2.
“Program ini masih dalam peringkat perbincangan dan kita masih memilih teknologi yang kita fikir sesuai kerana kita tak mahu terburu-buru untuk melancarkannya sebelum semua perkara berkaitan dapat kita pastikan,” katanya.
RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancarkan pada 14 Julai 2009 di Kwajalein Atoll, Republik Marshall Islands menerusi kenderaan pelancar, Falcon 1 yang dikendalikan Space Exploration Technologies Amerika (SpaceX). – BERNAMA

Sultan Johor Arah HENTIKAN Hukuman Gantung Seorang Banduan

Sultan Johor Arah Arah HENTIKAN Hukuman Gantung Seorang Banduan
PETALING JAYA – Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati terhadap banduan P.Chandran yang dijadualkan pada awal Jumaat dihentikan, selepas mendapat arahan Sultan Johor berikutan rayuan daripada keluarga.
Abang Chandran, Thamotharan berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai di Jabatan Penjara, lewat Khamis.
“Mereka memberitahu saya bahawa hukuman itu telah dihentikan sementara dan pihak berkuasa akan meneliti kes itu.
“Saya juga dimaklumkan bahawa keputusan untuk menangguhkan hukumannya dibuat selepas mendapat arahan daripada Sultan Johor semalam (Khamis) petang,” katanya, sambil menambah seluruh keluarga sangat berterima kasih kepada Sultan.
Thamotharan berkata dia difahamkan bahawa Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu itu.
“Kami berterima kasih kepada mereka dan juga setiap organisasi dan orang ramai yang bersama dengan kami yang merayu untuk mendapatkan pengampunan untuk Chandran daripada dikenakan hukuman mati,” katanya.
Tahun lepas, anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Semakan Kedua Rekod Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) di Geneva, sebulat suara meminta kerajaan Malaysia mengkaji semula hukuman mati.
Setiausaha Hindraf kebangsaan P. Ramesh berkata, berikutan itu, kerajaan telah bersetuju untuk membentangkan satu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bulan depan.
“Isu ini telah dibangkitkan tidak kurang daripada empat tahun yang lalu, iaitu apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan semua hukuman mati,” katanya.
Chandran didakwa membunuh dengan niat bersama beberapa orang lelaki yang masih bebas yang menyebabkan kematian K.Muthuraman, 36, di hadapan sebuah rumah di No. 94, Jalan Lading 22, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, pada pukul 8.15 malam, 19 Julai 2003.
Chandran, yang telah dipenjarakan selama 11 tahun lalu, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pegawai TUDM Didakwa Berhubung Isu Dakwat Kekal PRU-13

SONY DSC
KUALA LUMPUR — Seorang pegawai Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tentera hari ini terhadap
empat pertuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera berhubung isu dakwat
kekal ketika pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Mejar Zaidi Ahmad, 45, dari Pangkalan Udara Butterworth, turut mengaku tidak
bersalah atas tiga lagi pertuduhan iaitu menyiarkan maklumat rasmi kepada media
dan menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur politik.

Dia membuat pengakuan itu di depan enam anggota panel diketuai Yang Dipertua
Kolonel Saadon Hasnan.

Anggota panel lain ialah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi
Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S.Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor
Azman Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Zaidi didakwa membuat kenyataan media
berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran
pihak angkatan tentera, tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan di
pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas pada 1 Mei 2013.

Zaidi juga berdepan dua lagi pertuduhan iaitu membuat kenyataan media bagi
melahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya
disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera.

Dia juga didakwa menyiarkan maklumat rasmi iaitu berupa kawat tumpangan
keluar kepada pihak media tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera.

Pegawai tentera itu didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan di Taman Bertam
Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Mei 2013.

Bagi pertuduhan keenam dan ketujuh, Zaidi didakwa menghantar SMS berbaur
politik atau hasutan semasa bertugas di Pangkalan Udara Butterworth pada 1 Mei
2013.

Dia didakwa mengikut Sekysen 50(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972
yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan,
termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa TUDM Mejar Ahmad Sanusi Ali manakala
Zaidi diwakili peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga hari bermula 8 April
ini.     – BERNAMA

Sikap FAM Punca Bola Sepak Negara Tak Ke Mana – MB Terengganu

mat said
HULU TERENGGANU — Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad
Said mempersoal tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwa gagal
mengambil kira isu keselamatan dalam insiden membabitkan pasukan T-Team dan
Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan pusingan kedua Piala FA minggu lepas.

Beliau mengulas tindakan FAM yang memberi kemenangan percuma 3-0 kepada JDT
pada Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya
semalam.

Ahmad Said berkata pasukan T-Team bukanlah bodoh untuk menarik diri sesuka
hati pada perlawanan itu dan FAM sepatutnya meneliti lebih mendalam perkara
berkenaan, bukannya membuat keputusan berdasarkan laporan pengadil serta pegawai
terbabit semata-mata.

“Kalau tidak kerana faktor keselamatan, kerana apa? Saya dimaklumkan pasukan
Terengganu terpaksa diiringi keluar oleh polis, dan mereka diiring hingga ke
sempadan Mersing serta diminta jangan pakai jersi. Apakah itu bukan kerana soal
keselamatan?,” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan Dewan Undangan
Negeri Telemong hari ini.

‘Panas’ Pahang VS JDT Malam Ini…784 Anggota Keselamatan Berkawal!

'Panas' Pahang VS JDT Malam Ini...784 Anggota Keselamatan Berkawal!
MALAM ini, peminat bola sepak bakal menyaksikan satu lagi pertembungan ‘panas’ antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) menerusi Liga Super 2014.
Bayangkan, seramai 784 anggota keselamatan akan ditempatkan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada perlawanan yang akan berlangsung jam 8.45 malam itu, memetik Berita Harian.
Rasanya, ramai yang sedia maklum faktor yang menyebabkan begitu ramai anggota keselamatan ditugaskan untuk perlawanan kali ini.
Semuanya gara-gara tidak mahu peristiwa kekecohan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA musim lalu di stadium yang sama berulang kembali.
Mengimbas peristiwa ‘hitam’ pada 28 Mei 2013 itu, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada jam 8.45 malam terpaksa ditangguhkan lebih sejam apabila ada penyokong yang menceroboh masuk ke kawasan perlawanan yang terletak beberapa meter dari padang.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut kemudiannya mencemar duli selama 10 minit turun ke trek olahraga bagi meminta kerjasama daripada para penyokong supaya menjaga disiplin mereka.

Benarkah Kawasan Makam Rasulullah SAW Bakal Dirobohkan?

Benarkah Kawasan Makam Rasulullah SAW Bakal Dirobohkan?
KERJA pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan sudah bermula.
Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.
Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Umar.
Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya.
Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.
Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.
Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ringgit Jatuh Teruk Berbanding Dollar Singapura, TAPI Lebih Baik Dari Baht, Rupiah

Ringgit Jatuh Teruk Berbanding Dollar Singapura, TAPI Lebih Baik Dari Baht, Rupiah
RINGGIT Malaysia mencecah rekod paling rendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini, dengan matawang lain di rantau ini masih lemah.
Penganalisis berkata, ini disebabkan oleh aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju.
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan rekod terendah ini dipecahkan hanya tiga hari selepas Malaysia mencapai rekod terendah RM2.622 Khamis lalu dan berada pada RM2.6207 semalam.
“Keseluruhannya, daripada segi kekukuhan kewangan, Singapura dilihat sebagai lebih kukuh. Oleh itu mata wang kita dilihat semakin rendah berbanding dolar Singapura,” kata Pengurus Besar Fundsupermart, Wong Sui Jau.
Penganalisis mata wang daripada Oanda, Wu Mingze, berkata:
“Daripada segi dasarnya, Malaysia kelihatan tidak hebat. Tetapi ia tetap lebih baik berbanding Thailand, Filipina dan Vietnam.”
Beliau berkata, walaupun Malaysia semakin menghampiri defisit akaun pertengahan tahun lalu, lebihan daripada dagangan Malaysia sedang meningkat dan boleh membantu negara.
Baht Thailand dan Rupiah Indonesia paling terkesan dengan aliran modal besar ini.

Tuah Remaja Tertinggi, Muda-Muda Dah Jadi Model

Tuah Remaja Tertinggi, Muda-Muda Dah Jadi Model
ELISANY Silva dari Brazil adalah remaja perempuan tertinggi di dunia.
tallest-girl12

Ibu Tua Berusia 100 Tahun Sanggup Bela Anak OKU Berumur 62 Tahun

Warga Emas
KUALA NERANG – Sudah 62 tahun, seorang ibu yang kini dipercayai berusia lebih 100 tahun membela anak lelakinya yang kelainan upaya (OKU).
Meliah Md Diah yang kematian suami 20 tahun lalu berseorangan menjaga anaknya Abd Rahman Daud, 62, di rumah mereka di Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing, di sini.
Abd Rahman cacat anggota badan akibat diserang sawan sejak kecil.
Anak bongsu dari empat beradik itu hanya terbaring dan tidak boleh bercakap serta memerlukan bantuan ibunya untuk makan, mandi dan bergerak.
Adik-beradik Abd Rahman yang lain sudah meninggal dunia.
“Hari-hari mak cik suap nasi sebab dia tak boleh makan sendiri. Mak cik mandi dia, pakaikan baju dan dudukkan dia di beranda rumah berehat. Ada adik beradik mak cik mai jenguk(datang ziarah) dan tolong,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini, hari ini.
Ditanya mengenai usianya yang panjang, Meliah berkata beliau banyak memakan ulam dan makanan berebus.
“La ni (sekarang) cuma sakit tua saja, tak larat, telinga pun tak berapa nak dengar dan mata sikit kabur,” katanya yang turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Mak Cik bersyukur sebab diberi nikmat kesihatan dan kekuatan untuk jaga anak istimewa ni. Kalau kata satu hari nanti Mak Cik pergi dulu (meninggal dunia), harap adik beradik lain dapat jaga dia (Abd rahman) dengan baik,” katanya.
Namun nasib dua beranak ini mendapat pembelaan apabila menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri, Badrol Hisham Hashim.
Badrol Hisham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang berkata, selain menyumbangkan keperluan harian, pihaknya akan membina sebuah rumah baharu bagi memudahkan dua beranak itu bergerak dan keluar masuk rumah tanpa perlu memanjat tangga.
“Kalau lihat rumah mereka agak uzur dan mereka terpaksa naik turun tangga. Kita akan bina rumah yang lebih selesa dan akan beri kelengkapan lain seperti kerusi roda,” katanya yang turut meminta pihak korporat menghulurkan sumbangan.
Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut membantu dengan membuat kad pengenalan baharu untuk Abd Rahman yang kali terakhir dibuat pada Januari 1969 ketika berusia 17 tahun.
Ketua Unit Komunikasi Korporat JPN Kedah, Basharudin Ibrahim berkata kad pengenalan baharu itu akan siap dalam tempoh 10 hari lagi. – BERNAMA

GAMBAR: Lelaki Jadi ‘Spyderman’ Elak Ditangkap Di Rumah Pelacuran

GAMBAR: Lelaki Jadi 'Spyderman' Elak Ditangkap Di Rumah Pelacuran
KEGIATAN pelacuran di negara China agak berleluasa biarpun hukuman berat menanti mereka yang didapati bersalah mengusahakan perhambaan seks di negara itu.
Di bawah undang-undang negara komunis itu, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum mati dengan ditembak oleh skuad penembak khas.
Disebabkan itu, setiap kali pihak berkuasa negara berkenaan melakukan serbuan, pasti akan huru-hara jadinya!
Baru-baru ini, sebuah rumah pelacuran di wilayah Jilin telah diserbu polis.
Seorang pelajar sekolah berjaya merakamkan suasana kelam-kelibut yang berlaku, termasuk bagaimana salah seorang pelanggan yang bertukar ‘Spyderman’ kerana hendak melarikan diri!
Lelaki itu memanjat bumbung bangunan dalam keadaan bogel kerana tidak sempat mengenakan seluarnya sewaktu pasukan polis memecah masuk salah sebuah bilik persundalan.
Turut dirakamkan pelajar sekolah itu adalah beberapa pelacur yang bertempiaran melarikan diri, juga dalam keadaan tanpa pakaian.
Mungkin mereka lebih rela mati jatuh bangunan dari terpaksa menerima peluru dari pasukan penembak khas di penjara…agaknyalah.