CooL : Tablet Samsung Terbaru Dalam Proses Pembinaan

Federal Communications Commission (FCC) adalah agensi di Amerika Syarikat yang mempunyai fungsi seakan-akan SKMM yang terdapat di Malaysia. FCC selalu sahaja akan mendedahkan peranti terbaru yang didaftarkan di bawah mereka bagi membuat penyiasatan terperinci tentang wifi, bluetooth dan sebagainya selamat digunakan oleh pengguna. Terbaru, FCC telah mendedahkan Samsung Tablet terbaru di mana mempunyai saiz di antara 8 hingga 9 inci.


Dalam lakaran gambar di bawah, Samsung nampaknya memberikan prototaip peranti tablet ini kepada FCC dan mereka akan memastikan prototaip ini berfungsi dari segi wifi dan Bluetooth. Setakat ini, tiada gambar prototaip yang berjaya didapati namun peminat Samsung perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama memandangkan ia masih dalam proses pembinaan.

Laporan Asal Skynightz

Panas : Neelofa Kecewa Isu Dirinya Ditangkap Khalwat

Isu khalwat: Neelofa Kecewa, Jangan Sebar FitnahPELAKON popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini.

Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

"Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut," katanya menerusi laman Twitter.

Pengacara itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.

Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.

"Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.

"Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.

"Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," katanya.

Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

NGERI : GAMBAR NURI YANG TERHEMPAS DI PULAU PERAK, KEDAH (8 GAMBAR)

Helikopter Sikorsky Nuri milik ATM terhempas lagi semalam. Kali ini ia terhempas di Pulau Perak, Kedah. Ketiga-tiga orang anak kapa dilaporkan hanya cederta ringan. Kerosakkan pada helikopter nampak teruk tetapi fixable. Good thing Nuri kini dalam proses digantikan Eurocopter EC725 Caracal



Laporan asal Twitter AyaqJagung

Emma Maembong Rugi RM5,000 Jadi Mangsa Penyeluk Saku


emma maembong diseluk saku
Kejadian ini terjadi ketika Emma Maembong membelek-belek pakaian di sebuah kedai di Lot 10. Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam. Bahu Emma Maembong telah dilanggar oleh seorang lelaki yang kemudiannya terus meluru keluar. Cerita Emma Maembong:-
Saya tidak dapat mengecamnya kerana kejadian berlaku begitu pantas. Tidak lama kemudian saya dapati beg duit dan telefon bimbit jenis iPhone yang disimpan di dalam poket baju lesap.
Di dalam beg itu mengandungi wang RM2,000, kad kredit dan MyKad saya. Selepas kejadian ini, saya akan lebih erhati-hati.
emma maembong