Video Terkini: Banjir Terburuk di Kemaman 2013


Banjir Terburuk di Kemaman Sekitar Kg. mak chili hingga Kg desa solehah





NGERI!! RAHSIA SILAP MATA NGERI DAVID COOPERFIELD TERBONGKAR



Ini adalah silap mata yang paling ngeri dan paling terkenal di seluruh dunia. Sukar dipercayai David Cooperfield yang sudah terpotong dua di belah oleh mata gergaji besar masih lagi boleh hidup, dan bergerak-gerak. Ketika itu semua orang mengatakan beliau mengunakan Jin.


VIDEO DAVID COOPERFIELD TERPOTONG DUA !
 

Ditambah pula dengan cerita-cerita tentang keanehan David Copperfield semasa berada di Kuala Lumpur, untuk persembahan magiknya. Ada yang bercerita, bahawa David memesan beratus atau beribu telur ayam untuk dihantar ke bilik hotelnya. Kononnya untuk memberi makan jin-jinnya.

Mungkin ramai yang menuduh David membela jin kerana magik yang selalu dilakukannya sangat luar biasa dan di luar fikiran kita.Namun, seorang ‘magician’ yang melihat dan tahu rahsia ini telah membongkarkan rahsia itu kepada orang awam.

INILAH VIDEO RAHSIA DAVID COOPERFIELD YANG DIBONGKAR !
 

persembahan itu, akan menggunakan idea yang sama ataupun, mengolah magik itu menjadi persembahan yang mungkin sedikit berbeza tetapi dengan konsep yang sama.

Antara magik yang dilakukan oleh David Copperfield yang dianggap lagenda:-

1) Menghilangkan ‘Statue of Liberty’
2) Berjalan menembusi Tembok Besar Cina
3) Menghilangkan sebuah keretapi
4) Menghilangkan sebuah kapal terbang
5) David Cooperfield boleh Terbang
6) Terapung di atas Grand Canyon
7) Di belah dengan mata gergaji besar

Menurut salah seorang ‘magician’ yang saya kenali, para ‘magician’ yang membuat magik di mana-mana negara, akan membuat ‘research’ dan ‘study’ tentang masyarakat negara itu. Misalnya di Malaysia, mereka tahu bahawa masyarakat Malaysia seringkali percaya perkara-perkara spiritual, maka mereka akan buat magik yang menunjukkan seolah-olah mereka ini ada membela jin.

Ia tidak lain dan tidak bukan, hanya sekadar nak main-main agar orang takut. Mungkin juga untuk reputasi. Itu lah juga yang mungkin telah dilakukan oleh David, di mana beliau memesan beratus telur ayam ke biliknya. Mungkin beliau tahu bahawa pekerja hotel itu akan bercerita kepada rakan-rakannya dan sudah pasti akan tersebar berita itu. Kemungkinan itu dilakukan untuk menaikkan lagi namanya.

David Copperfield
kepada anda yang masih menyangka bahawa silap mata ini menggunakan makhluk halus, sila ubah sangkaan anda itu kerana silap mata hanyalah illusi dan hiburan, tak lebih daripada itu.

Pelajar perempuan serang kanak-kanak dalam lif dan campak dari tingkat 25



BEIJING – CHINA. Satu rakaman memaparkan seorang pelajar perempuan menyerang seorang kanak-kanak lelaki di dalam lif dan mencampakkannya ke bawah dari beranda di tingkat 25 memeranjatkan seluruh negara.
Rakaman video pengawasan itu yang menunjukkan pelajar perempuan terbabit memukul dengan kejam kanak-kanak berkenaan selepas menghempas dan menendangnya beberapa kali di dalam lif tersebar luas dalam laman sosial mirip Twitter China, Sina Weibo, mencetuskan perdebatan hangat melibatkan lebih 310,000 perbincangan dalam mikroblog.
Portal berita dalam talian BjNews melaporkan insiden itu berlaku pada 25 November di bandaraya Chongqing, barat daya China, apabila nenek kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan itu yang digelar ‘Yuanyuan’ keluar dari lif dengan membawa basikal cucunya, pintu lif tertutup dan meninggalkan Yuanyuan bersama pelajar perempuan berumur 10 tahun itu.
Rakaman itu menunjukkan selepas menyerang anak kecil itu dengan kejam, lif tiba di tingkat 25, pelajar perempuan mengangkat Yuanyuan dan mencampakkannya keluar.
Setelah mendapati lif berhenti di tingkat 25, si nenek yang amat bimbang berkata dia segera bergegas ke tingkat berkenaan dan berjumpa pelajar perempuan itu.
Bagaimanapun, pelajar itu berkata dia tidak nampak kanak-kanak itu dan mendakwa seseorang telah membawanya pergi, tetapi tidak ingat sama ada wanita atau lelaki yang membawanya, kata nenek dan menambah pelajar itu malah menawarkan diri untuk mencari cucunya.
“Dalam masa lima minit, Yuanyuan terbaring berlumuran darah di atas tanah di luar bangunan,” kata nenek itu.
Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami pendarahan paru-paru dan retak tempurung kepala. Keadaannya stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital.
Polis berkata kes itu masih disiasat.
Sungguhpun menerima 58,000 yuan (US$9,464) daripada keluarga pelajar perempuan itu, ibu mangsa berkata pada Rabu dia akan memfailkan saman terhadap keluarga pelajar berkenaan. – Bernama

Kisah adik Baraah membuatkan guru Quran menangis di TV


Kisah gadis kecil yang berasal dari mesir berumur 10 tahun bernama Baraah, kedua ibubapanya merupakan dokor dan berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Ketika usia ini, Baraah menghafal seluruh Al-Qur’an beserta tajweed, gurunya mengatakan bahawa dia merupakan pelajar yang sangat cerdik.
Pada suatu hari ibunya mulai berasa sakit perut yang kronik dan setelah beberapa kali membuat pemeriksaan, ibu baraah menderita kanser, dan sudah berada di tahap terakhir.
Ibu baraah berfikir bagaimana untuk memberitahu putrinya itu, terutama jika suatu hari nanti anaknya bangun dari tidur dan tidak dapat bertemu dengan ibunya lagi.
Dan inilah kata-kata ibu baraah kepadanya “Baraah aku akan pergi ke syurga , tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak… ” Gadis kecil itu tidak faham apa yang ibunya katakan.
Tetapi baraah mulai merasakan perubahan ibunya, terutama ketika ibunya berada di hospital untuk jangka waktu yang lama. Selepas pulang dari sekolah, gadis kecil ini pasti menjenguk ibunya di hospital dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sehingga ayahnya datang dan membawanya pulang.
Suatu hari pihak hospital menelefon ayah baraah bahawa keadaan istrinya sangat kritikal dan dia perlu datang segera, lalu ayah baraah menjemput Baraah dari sekolah dan menuju ke hospital.
Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya untuk tinggal sebentar di dalam kereta … supaya Baraah tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia.
Ayahnya keluar dari kereta, dengan penuh kesedihan lalu menyeberangi jalan untuk masuk ke hospital, tapi tiba-tiba muncul sebuah kereta yang dipandu laju dan melanggar ayah Baraah lalu ayahnya meninggal disitu juga…tidak terbayang ..tangisan gadis kecil ini pada ketika itu…!
Tragedi Baraah belum selesai sampai di sini… berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu baraah yang masih kritikal di hospital, namun setelah lima hari sejak kematian ayahnya akhirnya ibu baraah meninggal dunia .
Dengan bantuan kawan-kawan ayahnya untuk mencari waris keluarganya di Mesir, sehingga dia bertemu keluarga angkat yang boleh menjaganya. Tidak berapa lama menetap di mesir gadis kecil Baraah mulai mengalami penyakit seperti yang pernah dialami ibunya, dan setelah beberapa kali membuat pemeriksaan di dapati baraah telah menghidap kanser … dengan tenang baraah menjawab: “Alhamdulillah, saya akan bertemu dengan mama dan baba saya.”
Semua ahli keluarga angkatnya sedih dan terkejut. Gadis kecil ini sangat tabah menghadapi musibah yang melanda dan dia tetap ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya!…..
Subhannallah ramai yang sudah mulai mendengar kisah Baraah, dan salah seorang dermawan dari Saudi(yang tidak ingin di sebutkan namanya) memutuskan untuk mengurus dan menghantarnya ke London untuk rawatan.
Salah satu channel TV Islam “Al Hafiz” sempat menelefon gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran … Surah yang dibaca Bara’ah adalah Surah As Saffat (Barisan-barisan) mulai dari ayat 83 sampai ayat 102.
Namun sebelum selesai membaca keseluruhan ayat ke 102, gadis itu telah meninggal dunia. Yang sebelumnya ayat ke 101 mempunyai maksud “Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.”
Subhanallah. Semoga amal ibadahnya di terima oleh Allah SWT dan segala budi baiknya menjadi tauladan untuk generasi yang akan datang, amin ya rabbal alamin…

Penyampai Radio Paling Comel di Malaysia?











Kalau korang pendengar setia Era FM, pastinya dah kenal dengan DJ yang bernama Feeya Iskandar.Gadis cantik ini sentiasa membuatkan hati pendengar era 'tak bosan' dengan telatahnya yang cool dan chill. Inilah Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia yang dikenali sebagai Feeya atau nama penuhnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, berumur 22 tahun, belum berkahwin dan berasal dari Pasir Gudang, Johor. 

Feeya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, memiliki Diploma Pengurusan Seni dari UiTM. Kini, Feeya merupakan salah seorang Penyampai Radio FM Malaysia dan juga seorang pelakon drama Kasih Alia dan Jamilah I Love U. Jom tengok beberapa gambar Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia ini yang sangat ayu, cantik dan menawan.

Dan yang paling best,status FB Feeya slalunya macam lain dari yang lain.Sebab apa?Jarang kita jumpa status DJ radio di FB pasal jiwang2 ataupun meluahkan rasa tidak puas hati dengan someone.










KEJAM !!! Ada Apa Kat Dalam Tong Tu?

Kalau korang tengok tong pada gambar kat atas tu, nampak biasa je kan. Takde apa-apa yang boleh menarik perhatian. Tapi sebenarnya ada sesuatu yang tersembunyi kat dalam tong tu. Nak tahu apa dia? Korang tengok lagi gambar kat bawah ni.

GAMBAR-GAMBAR PELIK, GAMBAR-GAMBAR SERAM, GAMBAR-GAMBAR NGERI

GAMBAR-GAMBAR PELIK, GAMBAR-GAMBAR SERAM, GAMBAR-GAMBAR NGERI, MANUSIA KENA SIMEN, ORANG KENA SIMEN, MANUSIA KENA TANAM HIDUP-HIDUP
GAMBAR-GAMBAR PELIK, GAMBAR-GAMBAR SERAM, GAMBAR-GAMBAR NGERI, MANUSIA KENA SIMEN, ORANG KENA SIMEN, MANUSIA KENA TANAM HIDUP-HIDUP
Apa la agaknya yang dia ni buat sampai dia kena sumbat kat dalam tong tu dan disimen?

Lelaki bunuh isteri kerana sudah bosan ketika di ranjang


Seorang lelaki Australia yang dibicarakan kerana membunuh isterinya mengadu wanita terbabit sangat membosankan ketika di ranjang dan menjadi tukang masak yang sangat teruk.
Klaus Andres, 70, sebelum ini mengakui melarutkan mayat Li Ping Cao, 42, dalam tong sampah yang dipenuhi dengan asid. Andres menghadapi perbicaraan kerana dituduh membunuh wanita kelahiran China itu yang menjadi isterinya selama lima tahun dalam satu pembunuhan di kediaman mereka di pinggir Cairns, akhir Oktober 2011.
Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Li Ping dan cuba melupuskan mayat mangsa tetapi berkata, kematian isterinya adalah satu kemalangan. Li Ping dipercayai ditolak ke lantai oleh Andres selepas mangsa menikam tangan suaminya dengan garfu.
Selepas Li Ping mati, Andres membawa 60 liter asid dan melarutkan mayat isterinya dengan bahan itu di dalam tong sampah. Saksi, John Gunner yang juga suami kepada kawan kekasih Andres minggu ini memberitahu mahkamah tertuduh ada mengadu mengenai isterinya.
Gunner bertemu Andres pada Ogos 2011, dua bulan sebelum kematian Li Ping. Andres pula bertemu kekasihnya awal tahun itu ketika isterinya berada di China menziarahi saudara-maranya.
“Li Ping bersikap dingin kepada suaminya, tidak seperti kekasih warga Thai Andres,” katanya dalam kenyataan di mahkamah.
Gunner juga memberitahu mahkamah yang Andres menggelar Li Ping sebagai tukang masak yang teruk dan dia mahu kekasihnya berpindah ke Australia.
Ketika pembunuhan, jiran tetangga memberitahu berita tempatan bahawa mereka terdengar pasangan itu bertengkar sebelum kematian Li Ping.

Pelajar SPM berjalan minta tolong dalam keadaan pisau tercacak di leher


Gambar Hiasan
Bintulu: Seorang pembantu gerai menjual pakaian dipercayai sempat berjalan 20 meter untuk meminta tolong dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tercacak di lehernya sebelum dia rebah dan meninggal dunia di tapak Pesta Makanan 1Malaysia di Dataran Espalanade di sini, semalam.
Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Wan Akmal Rizan Wan Ramzi, itu ditemui terbaring tidak jauh dari gerai tempatnya bekerja berlumuran darah oleh orang ramai jam 3.40 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu Deputi Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan kesan titisan darah di tempat kejadian, mangsa dipercayai sempat berjalan selepas ditikam di leher oleh penyerangnya.
Katanya, berdasarkan siasatan awal di tempat mayat ditemui, besar kemungkinan mangsa ditikam di gerai tempat dia bekerja atau tidak jauh dari situ.
“Ketika ditemui orang ramai, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tertusuk di lehernya.
“Dengan bantuan anjing pengesan, polis menjejaki tempat yang dipercayai mangsa ditikam penyerangnya berdasarkan kesan titisan darah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan tidur di gerai menjual pakaian milik majikannya bersama seorang rakan sekerja berusia 25 tahun.
“Tiada sebarang kesan pergelutan di tempat mangsa ditemui dan siasatan di khemah gerai jualan tempat dia bekerja juga tidak mempunyai kesan pergelutan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, polis menahan rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Difahamkan, mangsa baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Betong.
Mangsa bekerja di gerai jualan pakaian di situ sempena Pesta Makanan 1Malaysia anjuran Persatuan Penjaja Cina Bahagian Bintulu yang berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember ini.
Mayat dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Lelaki curi tabung masjid dibelasah penduduk sampai mati



Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.
Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.
“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.
Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.
Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.