Sedih ! Bingkisan Doa Dan Harapan Rakyat Terhadap #MH370

Bingkisan Doa Dan Harapan Terhadap MH370
Kehilangan pesawat MH370 telah membuatkan rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia bersatu mendoakan kesudahan yang terbaik bagi insiden yang masih menjadi tanda tanya ini.
47414_482590228519711_210277058_n
Di meja kerja salah seorang penumpang terlibat iaitu Philip Wood, 50, yang merupakan eksekutif IBM, banyak origami burung diletakkan sebagai tanda mendoakan keselamatannya.
wood
Wood yang sudah bekerja di IBM cawangan Beijing selama dua tahun, dikatakan sedang dalam proses untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
Berikut adalah gambar lain yang memaparkan doa serta harapan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus.
Antara yang menarik perhatian adalah sokongan daripada anak-anak PASTI di Lahad Datu, pelajar Malaysia di Birmingham, murid-murid di SJK(T) Sithambam Pillay, peminat bola sepak Pahang dan banyak lagi.
Bingkisan Doa Dan Harapan Terhadap MH370  student malaysia  murid  prayformh3701
Apa yang pasti, harapan dan doa yang baik-baik terhadap MH370 telah menyatukan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat dunia tanpa mengira di mana sahaja kita berada.
Fullscreen capture 3112014 64019 PM   1380181_482358511876216_630467548_n  prayformh370
- REM RAMZI
Sumber: Says.com