LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Imigresen Lapangan Terbang Terbaik oleh Anugerah Lapangan Terbang Dunia tahun lepas

1103KLIATerbaik01


LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Imigresen Lapangan Terbang Terbaik oleh Anugerah Lapangan Terbang Dunia tahun lepas.
Anugerah berkenaan merupakan satu pengiktirafan ke atas lapangan terbang di seluruh dunia melalui satu kaji selidik melibatkan pengembara dari lebih 160 negara.
Anugerah itu dimulakan pada tahun 2009.
Pada tahun ini majlis anugerah itu akan diadakan pada 26 Mac depan di Fira de Barcelona di bandar Barcelona, Sepanyol sempena Pameran Ekspo Penumpang Terminal.
Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, di Tokyo Jepun di tempat kedua kategori sama manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura menduduki tempat ketiga.
Lapangan terbang di Singapura itu turut dianugerahkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik pada tahun lepas.
Dalam kategori Lapangan Terbang Terbaik mengikut saiz pengendalian penumpang setahun, KLIA mendapat tempat ketiga untuk kategori pengurusan 30 hingga 40 juta penumpang setahun.
1103KLIATerbaik02
Untuk kategori sama, lapangan terbang terbaik ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan dan tempat kedua ialah Lapangan Terbang Munich, di Jerman.

Pengiktirafan sebagai khidmat imigresen terbaik dalam anugerah berkenaan merupakan satu bukti bahawa kemungkinan tipis keselamatan berkaitan imigresen di KLIA longgar sehingga terlepasnya dua individu warga Iran yang didapati menggunakan pasport palsu. – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS