Penyanyi Antarabangsa - Mary J Blige Kongsi Kesedihan Insiden MH370

mary

Selain selebriti tempatan yang turut menzahirkan perasaan sedih mereka berhubung insiden pesawat MH370 di laman sosial masing-masing, penyanyi antarabangsa, Mary J Blige juga turut tidak terkecuali meluahkan perasaan sedihnya di atas kehilangan MH370 yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu.

Mary turut sama mengajak pengikut di laman Twitter dan Instagramnya bersama-sama mendoakan kesejahteraan MH370.
Penyanyi yang popular dengan lagu Family Affairs dan No More Drama itu menulis, “this is really sad. Please send prayers to those on Flight MH370 and their families”.
mary
Misteri kehilangan MH370 terus menjadi liputan utama media tempatan dan antarabangsa apabila ianya melibatkan sebanyak 239 nyawa yang sehingga kini masih tidak diketahui status mereka.
Daripada 227 penumpang, 152 daripadanya adalah dari negara China termasuk seorang bayi dan 38 rakyat Malaysia.
Selain itu terdapat rakyat dari 12 negara lain yang turut sama menaiki penerbangan itu antaranya, Australia, Kanada, Perancis, Ukraine, Rusia, New Zealand, Amerika Syarikat, Taiwan, Belanda, Austria, Indonesia dan India.
Oleh: AUDREY LEE