Perkembangan terbaru turut tersebar ! Keluarga Berjaya Hubungi Telefon Bimbit Penumpang? #MH370

1003PenumpangMH370

BEBERAPA perkembangan terbaru turut tersebar di internet.
Antaranya semalam terdapat ahli keluarga warga China dikatakan berjaya menghubungi telefon bimbit milik abangnya yang dikatakan berada di atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Bagaimanapun, telefon berkenaan yang dikatakan berdering kemudian seperti dijawab terus terputus tanpa ada kedengaran apa-apa suara menjawab panggilan berkenaan.
Ahli keluarga berkenaan dikatakan telah memaklumkan mengenai perkembangan itu di dalam laman web MAS dalam satu ruang perbincangan dan siasatan berkenaan perkara itu sedang dijalankan oleh syarikat penerbangan terbabit.
Kejadian itu turut dilaporkan oleh laman web LiveLeak.com hari ini.
Hari ini sudah masuk hari ketiga pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing awal pagi Sabtu lepas hilang dari radar menara kawalan trafik udara Subang sebelum terus terputus hubungan. – MYNEWSHUB.MY