Maklumat = Kedua -Dua Individu Misteri Dikenal Pasti Memang Merancang Untuk Tidak Kembali?

0903MaraldiPhuket


KEDUA-DUA individu yang dikenalpasti menggunakan identiti dan pasport palsu didapati membeli tiket sehala dalam penerbangan mereka dan tidak membeli tiket untuk pulang.
Ia antara maklumat yang diperolehi dalam siasatan membabitkan dua suspek berkenaan oleh pihak berkuasa yang ketika ini tidak menolak kemungkinan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah angkara keganasan.
(BACA – Kedua-Dua Lelaki Misteri Beli Tiket Penerbangan Secara Bersama)
Data perjalanan kedua-dua lelaki itu menunjukkan dua lelaki Asia menaiki MH370 menggunakan dua pasport dipercayai yang dicuri daripada seorang warga Itali Luigi Maradi dan warga Austria Christian Kozel.
Dua suspek itu juga didapati membeli tiket bersama dan menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama-sama sebelum transit di Beijing untuk ke Amsterdam.
Selain itu data juga menunjukkan kedua-dua mereka tidak membuat sebarang perancangan untuk pulang dari Copenhagen, Denmark iaitu lokasi tiket dengan identiti Maraldi tamat dan di Frankfurt, Jerman ialah lokasi penamat untuk lelaki yang menggunakan pasport Kozel, menurut laporan New York Times.
Perkembangan itu membuatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera melancarkan siasatan bagaimana pasport palsu berkenaan boleh melepasi pemeriksaan lapangan terbang seterusnya boleh menaiki pesawat.
“Saya masih terkejut, takkan pegawai imigresen tidak boleh membezakan apabila menerima pasport Eropah tetapi pemiliknya mempunyai wajah Asia,” katanya malam tadi, memetik laporan The Malay Mail Online. – MYNEWSHUB.MY