Segera ! KDN Akan Buat Siasatan Dalaman Kes Pasport Palsu

0903MaraldiPhuket


PIHAK Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengarahkan satu siasatan dalaman bagi mengesan dua pasport palsu yang melepasi kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Siasatan itu diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat.
Beliau tidak menolak kemungkinan dua pasport asing berkenaan sukar dikenalpasti pemiliknya kerana tidak mempunyai kecanggihan sistem biometrik seperti digunapakai di Malaysia.
Sementara itu, Polis Thailand hari ini meminta kerjasama mangsa kecurian identiti dari Itali Luigi Maraldi untuk menyiasat sebarang informasi yang boleh membantu operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak semalam.
Dalam pesawat berkenaan dua individu dikesan menggunakan identiti palsu dan seorang daripadanya menggunakan identiti Luigi selepas pasportnya didakwa dicuri di Thailand.
Seorang lagi individu menggunakan pasport milik warga Austira Christian Kozel yang juga turut dicuri pasportnya di negara sama.
Maraldi kini berada di Phuket untuk bercuti dan pihak polis negara itu menjejaki beliau berada di sebuah pangsapuri di Nanai Road, satu kawasan yang popular dengan lokasi hiburan malam di wilayah Patong.
Maraldi berkata beliau tiba di Phuket pada 1 Mac lepas dan merancang untuk meninggalkan negara itu pada 15 Mac.
Dalam sesi bercuti tahun lepas, beliau berkata pasportnya telah dicuri ketika berurusan di sebuah kedai sewa motosikal di Patong.
Dalam kehilangan itu, wanita yang menguruskan kedai berkenaan berkata pasportnya telah diberikan kepada seorang lelaki Itali.
Menurut lelaki itu “Maraldi merupakan bekas suaminya,”
Di Thailand, kecurian pasport mudah berlaku kerana dokumen perjalanan itu digunakan para pengendali kedai sewa kereta sebagai cagaran dari pelanggan untuk menyewa motosikal.
Menurut Maraldi, pasportnya hilang pada 22 Julai tahun lepas dan membuat laporan polis pada 25 Julai.
Beliau dibenarkan kembali ke Itali menggunakan satu dokumen perjalanan sementara pada 3 Ogos tahun lepas.
“Saya tidak mempunyai banyak maklumat untuk diberikan, saya bukannya pekerja asing yang tinggal di Phuket, saya hanya datang dan pergi sebagai seorang pelancong,” katanya.
Maraldi mengetahui mengenai kehilangan pesawat MH370 selepas ahli keluarganya menghubunginya untuk memeriksa adakah dirinya sama dengan Maraldi yang sama didakwa menaiki pesawat berkenaan.
Dua individu yang menggunakan identiti Maraldi dan Kozel didapati membeli tiket MH370 melalui syarikat penerbangan China Southern Airlines.
Seorang dalam penerbangan dari Beijing ke Copenhagen, Denmark dan seorang lagi menghala ke Amsterdam.
Setakat ini operasi mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang tanda berkenaan lokasi pesawat itu berada selepas operasi mula dilancarkan pada pagi semalam. – MYNEWSHUB.MY
Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS