Misteri ! Kedua-Dua Lelaki Misteri Beli Tiket Penerbangan Secara Bersama, Apakah Sebabnya ?

www.mynewshub.my


Dua lelaki misteri yang menggunakan pasport pihak lain bernama Maraldi dan Kozel didapati membeli tiket secara bersama melalui wakil syarikat penerbangan China Southern.
Perkara itu disahkan oleh pihak China Southern kepada koresponden Daily Telegraph di Beijing, Malcolm Moore setengah jam yang lalu.
Kewujudan dua penumpang misteri itu menjadi antara topik penting yang dipantau banyak pihak dalam insiden kehilangan MH307.
Pasport yang digunakan kedua-dua lelaki misteri berkenaan adalah milik warga Austria dan Itali.
Ia membuka persoalan apakah berlaku serangan pengganas di udara.
Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi.