Twitter Catat Kerugian RM2.14 Bilion Tahun Lalu

Twitter Catat Kerugian RM2.14 Bilion Tahun Lalu
NEW YORK – Laman sosial Twitter mencatat kerugian sebanyak USD 645 juta atau RM2.14 bilion tahun lalu.
Kerugian itu dicatatkan tiga bulan selepas sahamnya diapungkan di Bursa Saham New York (NYSE) kira-kira tiga bulan lalu.
Penganalisis telah menjangkakan kerugian berdasarkan laporan yang menunjukkan pertambahan jumlah pengguna yang perlahan sejak tahun lalu yang menimbulkan kegusaran pelabur sejak sekian lama.
Purata pengguna laman blog mikro itu direkodkan 241 juta sebulan pada suku akhir tahun lalu, peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding 10 peratus pada suku tahun pertama 2013.
Kajian mendapati, terdapat penurunan sebanyak 7 peratus dalam laman Twitter yang dikemas kini pengguna sekali gus mempersoal kedudukannya sebagai laman sosial arus perdana.
Saham Twitter jatuh 12 peratus selepas didagangkan pada Rabu. – Astro Awani