PANAS ! Pelajar Kolej Diperkosa Dua Kenalan Lelaki Ketika Sambut Hari Kekasih

Dua pelajar lelaki sebuah kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol kenalan wanita mereka secara bergilir-gilir di sebuah rumah, sehari selepas sambutan Hari Kekasih, dua minggu lalu.
Gambar Hiasan
Muhammad Afiq Zulkifli dan rakannya, Mohamad Khaizie Hassan, masing-masing berusia 20 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka secara berasingan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini antara pukul 9 pagi dan 9.45 pagi, 15 Februari lalu.

Pertuduhan terhadap kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam bela dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Hakim Azman Mustapha membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie supaya kedua-dua tertuduh tidak dibebaskan dengan jaminan dengan alasan mereka mengenali mangsa.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Mac ini.