Kelakar Sungguh… MacGyver Yang Terkenal Dalam Rancangan Tv Tak Tahu Baiki Kereta Rosak?

Kelakar... MacGyver Tak Tahu Baiki Kereta Rosak

Bagi yang membesar tahun 80an, anda tentu pernah menonton rancangan MacGyver.

MacGyver adalah rancangan televisyen dari Amerika Syarikat yang mengisahkan seorang agen rahsia bernama Angus MacGyver lakonan Richard Dean Anderson.
macgyver-lunettes_1390488278
MacGyver mempunyai pengetahuan menakjubkan tentang sains, membuatkan beliau boleh menyelesaikan setiap cabaran dengan menggunakan apa saja barang yang ada di sekelilingnya selain pisau Swiss Army dan pelekat yang sentiasa dibawanya bersama.
macgyver-multitool
Kepakaran MacGyver membuatkan masalah besar seperti bom yang hendak meletup pun menjadi masalah kecil sahaja untuk diselesaikan apatah lagi membaiki kereta rosak.
139617-macgyver
Justeru apabila pelakon MacGyver iaitu Anderson dirakam menghadapi masalah kerosakan kereta dan kelihatan buntu tidak tahu apa perlu dilakukan, ia pasti mencuit hati peminat rancangan ini satu ketika dahulu.
Kelakar... MacGyver Tak Tahu Baiki Kereta Rosak
Bagaimana dengan anda?
Jika anda pernah membesar dengan siri TV MacGyver, gambar di atas pasti turut membuatkan anda rasa nak ketawa… – REM RAMZI
Sumber: Facebook LiteFM