Malaysia Pelik ! Malaysiakini Berebut Hak Jagaan Itik Dengan Polis?

Malaysiakini Berebut Hak Penjagaan Itik Dengan Polis?


Selasa lalu, pejabat portal media Malaysiakini yang terletak di Bangsar Utama telah disabotaj pihak tertentu.
0cfd323d3649689703897ddf08f2d65e  925f514692bd10261b6536fb443ea7d2
Selain disimbah cat merah dan disyaki dikenakan sihir, seekor itik turut ditinggalkan di luar pejabat berkenaan.
Itik tersebut yang pada mulanya disangka sudah mati, ditinggalkan dalam satu kotak kertas bersebelahan pintu masuk pejabat portal berkenaan.
Selepas dikeluarkan, itik tersebut bagaimanapun bertindak agresif dipercayai kerana trauma diikat dan diletakkan dalam kotak dalam tempoh yang lama.
Ia kemudiannya diambil oleh anggota forensik untuk dijadikan salah satu bahan siasatan sebelum dipulangkan semula kepada Malaysiakini.
Dalam satu kenyataan disiarkan di Malaysiakini hari ini, Ketua Pengarang portal media berkenaan, Steven Gan mengumumkan haiwan tersebut akan dijadikan ‘itik angkat’ oleh mereka.
302ad05f8e4613b4b157e3a71a92d061
Begitu pun kerana ruang pejabat di Bangsar Utama sekarang agak terhad, itik itu hanya akan mempunyai ‘tempat duduk’ sendiri di pejabat baru mereka di Petaling Jaya yang dijangka siap pertengahan tahun ini.
Justeru buat sementara waktu, itik tersebut akan dijaga oleh seseorang yang berpengalaman membela haiwan.
Dalam pada itu, Gan turut mempertikaikan tindakan polis yang mahu mengambil semula itik itu untuk tujuan siasatan selepas menyerahkannya kepada mereka.
“Kami tidak mahu terlibat dalam PEREBUTAN HAK PENJAGAAN dengan polis, tetapi kami tidak akan menyerahkannya sehingga mereka menjelaskan alasan di sebalik permintaan itu,” katanya, sebagaimana disiarkan Malaysiakini. – REM RAMZI
Sumber: Malaysiakini.com