Benarkah Kawasan Makam Rasulullah SAW Bakal Dirobohkan?

Benarkah Kawasan Makam Rasulullah SAW Bakal Dirobohkan?
KERJA pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan sudah bermula.
Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.
Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Umar.
Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya.
Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.
Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.
Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.
Negara itu meruntuhkan Kubu Ajyad yang dibina pada era Uthamniyah untuk projek komp- leks Jabal Omar. Ia juga melaksanakan projek pembangunan baru di tempat kelahiran Rasulullah (SAW) serta rumah isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah.
Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu.
SEMENTARA itu banyak pihak mendakwa perkara tersebut tidak mungkin berlaku seperti mana yang dilaporkan.
Mengikut sejarah, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, perluasan masjid ini telah berlaku sebanyak 15 kali bermula dari zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pd tahun 17 Hijrah, dan projek perluasan ini masih terus berjalan hinggalah ia seperti yang kita lihat pada hari ini.
Ia bagi bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai sekaligus memberi keselesaan untuk para jemaah.
Sebenarnya projek perluasan baru ini tidak menyentuh kawasan Makam Rasulullah SAW.
makam nabi
Pelan Projek Pembesaran Sebenar
Berikut merupakan salah satu komen berkenaan isu itu;
” Perlu difahami bahawa makam Rasulullah s.a.w., Abu Bakar as-siddiq r.a. dan Umar al-Khattab r.a. berada dlm rumah Aishah r.h.a.
” Ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (bani Umayyah) beliau telah membina di sekeliling rumah Aishah r.h.a. tembok berbentuk segi lima di mana di arah utaranya dijadikan berbentuk segi tiga supaya tdk ada org yg solat menghadap rumah Aishah r.h.a. yg ada di dalamnya terdapat makam.
” Kemudian Kerajaan Mamluk (Khalifah Malik az-Zahir) bina Kubah atas rumah Aishah r.h.a dan tembok segi lima yg dibina oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan mereka bina satu lagi tembok di keliling tembok segi lima ini juga Pagar Maqsurah yg dpt dilihat sekarang yg di atasnya berdiri Kubah Hijau.
” Jika dilihat melalui pagar ini hanyalah tembok batu dan suasana gelap dan tidak kelihatan makam Rasulullah s.a.w dan sahabat… Maka, jika Kerajaan Saudi nak robohkan Kubah Hijau ini pun bukan masalah kerana tak akan menjejaskan makam Rasulullah s.a.w dan sahabat sedikit pun kerana yg dirobohkan hanyalah Kubah Hijau dan makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat tidak terusik sikit pun malah makam baginda di rumah Aishah r.h.a yg sebenarnya tidak ada apa2 binaan pun di atasnya
” spt mana sunnah Rasulullah s.a.w agar tidak dibuat binaan di atas kuburan… Yang ada hanyalah tanah dan ditabur atasnya batu2 kecil… ,”
Wallahualam….