Terima Padah Kerana - Dibuang Kerja Disebabkan Enggan Layan Nafsu Bos

fired


Dua eksekutif jualan wanita di London, Anna Mazover, 29, dan Diana Nicholl-Pierson, 24, menuntut ganti rugi sebanyak RM545,066 (£100,000) daripada bekas majikan mereka.
Ini kerana kedua-dua wanita tersebut mendakwa mereka telah diberhentikan kerja selepas enggan melayani nafsu seks bos mereka, Darren Scott, 55.
Malah Anna dan Diana juga mendakwa sekiranya mereka bersetuju melakukan hubungan seks dengan Darren, kedua-duanya akan dinaikkan pangkat.
anna
Anna
Menurut Daily Mail, disebabkan keengganan melayani permintaan melampau bos, kedua-duanya telah diberhentikan kerja secara serta-merta.
Selain itu, kedua-dua wanita itu juga menyatakan mereka sebelum ini telah banyak diganggu secara seksual oleh Darren termasuk sering mengajak ke kelab tarian bogel.
diana1
Diana
Namun, Darren membela dirinya dengan mengatakan dia terpaksa membuang pekerjanya itu disebabkan prestasi kerja yang kurang memberansangkan daripada Diana sementara Anna pula dibuang kerja disebabkan sering lewat hadir ke tempat kerja.
380674417751-2014-03-12(10).jpg
Darren
Oleh: AUDREY LEE