Montreal – Menteri Pertahanan Kanada
 semalam memohon maaf kepada ibu seorang askar yang menerima cek 
bernilai satu sen sebagai ‘bayaran pelepasan’ tiga tahun selepas anaknya
 membunuh diri.
Rob Nicholson menyalahkan kesilapan 
birokratik yang tidak sensitif mengakibatkan bayaran tidak munasabah itu
 dibuat kepada keluarga Justin Stark, 22.
Stark membunuh diri pada 2011 selepas pulang daripada tugasan selama tujuh bulan di Afghanistan.
“Saya akan mengambil langkah segera 
untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang,” katanya dalam 
satu kenyataan, semalam.
Perkara itu turut dikutuk ahli parlimen pembangkang, Wayne Marston.
“Cukuplah apa dilalui ibu Stark, memang kejadian ini tidak masuk akal langsung,” katanya. – AFP