Gempar ! Panti Asuhan Diserbu – Kes Dera, Seksa Anak Yatim

0603PantiAsuhan01

HANYA kerana seorang penghuni di sebuah rumah anak yatim atau digelar Panti Asuhan Samuel di Indonesia, barulah orang ramai dan pihak berkuasa mengetahui bahawa penghuni di dalamnya hidup terseksa.
Rumah berkenaan yang terletak di Banten Indonesia diserbu pihak berkuasa Indonesia minggu lepas apabila menerima laporan wujud perbuatan mendera anak-anak yatim serta penyelewengan berlaku di rumah itu.
Premis itu sudah pun beroperasi sejak tahun 2001 dan ia diusahakan oleh Pastor Samuel dan isterinya.
Di dalam Blog Serius, dipaparkan beberapa keping gambar keadaan rumah anak yatim berkenaan yang begitu menyedihkan, kotor, daif dan pakaian kotor dilihat bersepah di merata-rata tempat.
0603PantiAsuhan02
Selain di blog, di laman Youtube juga terdapat video pendedahan oleh penghuni rumah berkenaan yang memakai topeng kerana melindungi identiti mereka di dalam sebuah rancangan televisyen di Indonesia mendedahkan apa sebenar berlaku di dalam rumah berkenaan.
Menurut kanak-kanak itu, mereka sering dipukul kerana cuba melarikan diri dari rumah itu yang jika dilihat lebih mirip kepada penjara daripada berupa rumah perlindungan untuk anak yatim.
Kanak-kanak yang mendiami rumah itu sering dihidangkan dengan makanan yang sudah basi dan rosak dan akan dihukum tidur di dalam sangkar anjing sekiranya didapati gagal mengikut arahan.
Kesemua 17 orang anak yatim, penghuni malang di dalam rumah itu kini sudah pun diselamatkan pihak berkuasa Indonesia. – MYNEWSHUB.MY