Kisah Sedih Percintaan Antara Seorang Gadis Dan Teman Lelakinya Yang Lumpuh !!!

Terpaksa Tinggalkan Kekasih Lumpuh Kerana Syarat
BUKAN mudah untuk mendapat seorang kekasih yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi kebahagiaan insan yang dicintainya.
Itulah yang dibuktikan oleh seorang gadis di China apabila sanggup menjaga teman lelakinya yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2009.
Bagaimanapun, percintaan mereka hampir mengakhiri noktah apabila ibu bapa Yang Nan mendesak dia supaya meninggalkan Yan Hongbo selepas syarat yang ditetapkan mereka hampir berakhir.
Sebelum ini, ibu-bapanya menegaskan bahawa sekiranya selepas tempoh tiga tahun Yan masih tidak dapat berjalan, maka mereka harus memutuskan hubungan itu.
Selepas dirayu, mereka kemudian memberi peluang untuk pasangan itu bersama untuk tempoh enam bulan lagi.
Terpaksa Tinggalkan Kekasih Lumpuh Kerana Syarat
“Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan. Kami tidak ada wang untuk rawatan. Kami hanya mengharapkan keajaiban,” ujar Yang.
Bagi Yan pula, dia akan meminta Yan mengikut sahaja syarat ibu-bapanya.
“Saya tidak nampak masa depannya bersama saya. Dia mempunyai masa depan yang lebih cerah di luar sana. Jika kaki saya tidak pulih, dia perlu tinggalkan saya,” katanya.
Yang kini berharap ayahnya akan dibebaskan dari penjara suatu hari nanti agar dia boleh menjaga dirinya selepas ketiadaan Yan.
Memang menyedihkan, tetapi tiada apa yang dapat mereka lakukan setakat ini. Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan berat ini…
Oleh: ELZA
(Sumber: Oddity Central)