Cinta Selepas 18 Tahun Gambar aksi romantik Erra dan Awie...


Lakonan hebat Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira dalam Suara Kita- Pementasan teater muzikal KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 3 hingga 9 Mac 2014.
KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA menampilkan gandingan 3 bintang yang tidak pernah hilang sinarnya iaitu Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira. Teater muzikal ini akan menjadi pengubat kerinduan para peminat kepada lakonan ketiga-tiga bintang ini.

Sedikit paparan gambar aksi romantik Erra dan Awie di Konsert Teaterikal Suara Kita telah dikongsikan di laman Facebook Utusan. Memang amat menarik untuk menonton teater paling happening ini bagi tahun 2014.